Desa Balqis
Assalamualaikum wbt
Tak lama lagi cuti sekolah panjang menjelang tiba. Aku pasti ramai ibubapa yang dah mula merancang percutian keluarga. Tambah-tambah mereka yang akan menempuh gerbang perkahwinan. Pakat-pakat keluarga jauh dekat datang meraikan sambil jalan-jalan cari makan.
Jom aku kongsikan satu tempat menarik bagi yang merancang untuk mengadakan hari keluarga atau untuk berkumpul ramai-ramai dengan keluarga sambil menikmati suasana indah kampung sambil bermain di tepian pantai.
Kalau inginkan percutian ala-ala suasana kampung, korang boleh ke Desa Balqis yang terletak di negeri Melaka. Penginapan yang dibina merupakan rumah-rumah kampung yang cantik dan menarik. Memang sesuai untuk berkumpul beramai-ramai.
Rumah berkonsepkan rumah Melaka, ada anjung tempat berehat ambil angin malam sambil bersembang minum kopi. Letaknya pulak berhampiran dengan pantai. Memang best!!!
Ada banyak pilihan rumah yang korang boleh buat bergantung kepada jumlah penghuninya. Kira boleh book satu rumah jer...boleh muat semua.
Nama-nama rumah pun dipilih berdasarkan nama panggilan dalam keluarga. Rumah Kak Long, rumah kak lang, rumah pak lang, rumah pak ngan, rumah kak cik....menarikkan?
Aku sertakan kadar sewa setiap jenis rumah untuk sesiapa yang berminat. Boleh lah buat perancangan. Lokasi Desa Balqis ialah di KM 50, Kampung Bukit Darat, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah Melaka.
Nanti bolehlah plan buat reunion kawan-kawan kat sini....mesti meriah!!!
No tel (waktu pejabat sahaja) : 03-40227728
email : mail@desabalqis.com
enquiries@multilifttravel.com.my