Matic Street Arts Festival 2015
Matic Street Arts Festival 2015
Assalamualaikum wbt
Korang pernah dengar pasal street art festival tak?
Ni pertama kali aku dengar. Mungkin sebab aku ni jauh di utara jadi kurang info berkaitan event-event di kotaraya kuala lumpur.
Street Arts Festival atau Festival Seni Jalanan akan diadakan di Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) bermula dari 7 hingga 8 November 2015. Festival ini juga dikenali sebagai Matic Street Arts Festiva (MSAF) adalah bertujuan untuk mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia khususnya masyarat bandar/urban yang merupakan salah satu trend hidup terkini. Festival sebegini bukanlah sesuatu yang asing bagi pencinta seni dunia.
Festival ini adalah merupakan platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis serta karyawan untuk mempertontonkan hasil karya mereka kepada orangramai. Selain itu, ianya turut membuka ruang kepada usahawan termasuk artis tempatan dalam industri kreatif serta makanan.
Pelbagai aktiviti telah dirangka untuk memeriahkan sambutan MSAF ini nanti. Antaranya ialah kemunculan karektor kartun BoboiBoy dan Megamind, persembahan dan pertandingan buskers dan Band Indies, Mural dan Graffiti, Barber dan Clothing, perhimpunan Bikers, pertandingan Bolasepak Jalanan dan `food truck'. Antara artis yang akan menghangatkan lagi festival ini nanti ialah Akim & Amp, Majistret, Bunkface, Lan Typewriter, S.O.G, Ana Rafali, Ainan Tasneem, Shiha dan Sakura Band.

MSAF juga turut membawa
pameran khas iaitu Pameran ‘Flash Hollywood and Football’ di Mini Auditorium dan Galeri
MaTiC mulai 6 hingga 8 November 2015.
Penganjuran festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan PusatPelancongan Malaysia (MaTiC) sebagai salah satu ikon dan pusat informasi pelancongan dan
kebudayaan negara. Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival seni jalanan ini pasti akan
‘memukau’ perhatian anda!
Jom sama-sama kita memeriahkan MSAF pada 7 hingga 8 November 2015 ini!
Jom sama-sama kita memeriahkan MSAF pada 7 hingga 8 November 2015 ini!
0 Comments