Assalamualaikum wbt. Suka makan sotong? Sotong antara favorite akak. Dulu tak berapa suka. Tapi sekarang pantang jumpa terutama bila ke pasar malam jumpa orang jual sotong saiz besar-besar tu. Sangat suka akak membelinya. Cukup seekor, paling kurang boleh buat dua kali masakan.
Akak satu ketika dulu tak pandai masak sotong. Sebab tu tak berapa suka. Hahhhaa....
Kenapa tak suka ? Sotong ni bila dimasak, daripada saiz besar dia jadi kecil. Geram tau!! Tapi bila makan di kedai, elok pulak saiznya. Masa tu dok terfikirlah macamana la tukang masak kat kedai tu buat.
Rahsia Masak Sotong
Satu yang akak perati bila otai-otai masak sotong, depa suka panaskan dahulu sotong tersebut dalam kuali atau periuk panas. Tak perlu masuk air, letakkan sahaja sotong tu dalam kuali dan kacau-kacau sekejap. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan air yang ada pada sotong tersebut. Tak perlu lama dalam seminit sahaja, tapi pastikan kuali betul-betul panas.
Lepas tu keluarkanlah. Dah boleh la kalau nak goreng ke, masak sambal ke...barulah dia tak kecut sangat. Bila dah pandai masak barulah akak suka makan sotong.
Puashati bila masak, saiznya tak terlalu mengecil.
Mungkin korang ada cara lain. Jom kongsikan!