Inginkah Anda Menyelamatkan Nyawa Dengan Cara Mudah?
Kebaikan Menderma Darah
Assalamualaikum wbt
Korek-korek barang-barang lama dalam bilik beberapa minggu lepas, aku terjumpa kad rekod derma darah. Baru 2 kali buat pendermaan darah. Dah lama juga tak buat ni, kali terakhir sebelum aku mengandungkan adik wan. Bagus sebenarnya kalau korang buat derma darah ni. Kalau korang nak tahu setiap kali korang menderma darah, korang telah menyelamatkan 3 nyawa. Aku dah buat 2 kali maknanya hampir 6 nyawa aku dah bantu untuk selamatan. Sebelum korang nak derma darah tu, korang kena tau jenis darah korang. Pemeriksaan ringkas juga dibuat samada pada masa tersebut korang sesuai untuk menderma darah atau tidak. Antara pemeriksaan yang dibuat adalah tahap kepekatan darah, gula, berat dan tinggi. Bagi wanita yang dalam keadaan haid juga tidak dibenarkan untuk menderma darah. Bukan semua orang sesuai untuk menderma yer.
Kebaikan Menderma Darah :
1. Perasaan gembira kerana berjaya membantu untuk menyelamatkan nyawa.
2. Menderma darah dikatakan boleh mengurangkan risiko penyakit kanser.
3. Menderma darah sebenarnya bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mengurangkan zat
besi yang berlebihan dalam badan disamping mengurangkan risiko penyakit jantung.
4. Setiap kali kita menderma darah, kita juga akan melakukan pemeriksaan kesihatan
yang asas secara percuma. Darah yang diderma juga akan diperiksa samada normal
atau tidak. Secara tidak langsung, kita juga akan menjalani pemeriksaan saringan
awal.
gambar dpd astro
5. Derma darah adalah jalan paling mudah untuk mengurangkan berat badan kerana
setiap kali menderma darah, sebanyak 640 Kcal akan hilang. Tapi kenalah juga pandai
kawal sebab setiap kali derma darah, memang akan terasa lapar, kalau tak kawal,
bertambah selera pulak nanti.
6. Penderma darah akan dapat penginapan percuma kelas 1 di wad hospital kerajaan.
7. Vaksinasi hepatitis B juga akan diberikan secara percuma. Tunjukkan kad rekod derma
darah anda, pihak berkaitan akan bantu.
gambar google
Darah selamat untuk didermakan setiap dua atau tiga bulan bergantung juga pada tahap kesihatan, hemoglobin darah dan paras zat besi anda. Kalau berminat anda boleh terus ke hospital-hospital berdekatan atau ke kaunter-kaunter pemeriksaan kesihatan yang turut dilengkapi dengan kemudahan menderma darah.
gambar google
Korang jangan risau, tak sakit pun. Lagipun orang yang nak derma darah ni akan dilayan baik oleh pihak berkaitan. Korang kan nak membantu menyelamatkan nyawa, melakukan semulia-mulia amalan .......
gambar google
2 Comments
kite takut jarum. tak pernah lagi derma darah
ReplyDeleteaishhh.....jarum tu kecik jer....cer pejam mata..
Delete