Assalamualaikum wbt

Terbaca salah satu post kawan-kawan di media sosial.....meja berselerak lebih kreatif.
Betul ke?
Itu menurut pendapat Dr Kathleen Vohn dari University of Minnessota, Amerika Syarikat. Di mana beliau mengatakan - meja kerja yang berselerak mampu menjana minda pekerja agar lebih kreatif dalam menjalankan tugas mereka.

Meja berselerak lebih kreatif, meja kerja, kerja tak habis


Yang ni meja aku kat ofis. Haha...memang berselerak pun bila dah mula bekerja. Macam-macam benda nak kena tengok sampai kena standby botol minyak angin kat depan mata. Tapi berselerak tak lama. Sebelum balik pastikan meja dah bersih. Esok pagi masuk ofis sejuk jer mata tengok meja sendiri walaupun hakikatnya banyak lagi benda nak kena buat.

Meja berselerak lebih kreatif, meja kerja, kerja tak habis

Kreatif ke aku?  hehehe...takkan nak puji diri sendiri kan. Boleh la nak berkreatif kalau kena masanya. Yang penting berselerak mana pun meja kerja.....out put mesti tip top.

Jom sambung buat kerja!!!!


2 Comments

  1. Ye nampak kesibukan kerja..memang kreatif kalau saya yg menilainya.. :)

    ReplyDelete