Sarapan Pagi

Assalamualaikum wbt

Pagi-pagi biasanya nak makan yang ringkas-ringkas  ajer. Hujung minggu menu akan berubah, pagi-pagi buat yang agak berat sikit sebab nak cover untuk makan tengahari sekali. Hujung minggu kan hari mengemas rumah!

Sabtu baru ni, tiba-tiba teringin sangat nak makan lempeng cicah sambal. Godek-godek peti ais, jumpa sepeket roti tortilla. Apa lagi, roti tu kan dah memang rupa macam lempeng. Panaskan ajer. Oleh kerana isi rumah cukup semua ada 6 orang, kenalah buat tambahan. Tambahkan dengan lempeng kosong ajer. Cicahnya dengan sambal telur kegemaran semua. Jangan tak tahu, adik wan pun suka makan sambal telur tau!!

tortilla lempeng sambal telur, lempeng, sambal telur, sarapan


Resepi...ala resepi lempeng tu takkan korang tak tau? Aku pun main godek jer.

Tepung gandum
1 biji telur
air garam
air suling

Tepung tu ikut la banyak mana korang nak buat...aku buat dalam 2 cawan. Pecahkan sebiji telur dan kacau bersama dengan air garam dan air suling tadi. Bancuhan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.  Panaskan kuali non stik yg bulat tu. Ambil satu senduk kecil bancuhan, masukkan dalam kuali dan lenserkan menjadi bulat leper. Lupa pulak nak ambil gambar part yang ni.

Sambal Telur

2-3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
* bawang ni kisar atau cincangkan sajer
5-6 sudu besar cili mesin
sedikit air asam jawa
5 biji telur
gula & garam secukup rasa

Buat sambal macam korang buat sambal biasa la. Tumis bawang, masakkan cili kisar sampai agak garing, masukkan air asam..rasa. Pecahkan telur satu- satu. Biarkan telur tu keras sikit sebelum balikkan. Ikutlah kadang2 aku hancur-hancurkan sedikit, kadang-kadang aku biarkan dia bulat-bulat. Masukkan gula & garam secukup rasa.

Aku suka buat sambal telur,sambalnya agak kering-kering sikit. Oleh kerana ada budak kecik yang suka makan sambal telur ni, aku tak boleh la buat pedas sangat...agak-agak sesuai dengan citarasa budak-budak.

Macam lempeng cicah sambal masa panas-panas memang terbaik lah!!!

14 Comments

  1. nice. mudah untuk follow kalau nak buat sendiri ;)
    thanks share dear ;)

    ReplyDelete
  2. Mkn time breakfast sedap sgt ni...

    ReplyDelete
  3. Menarik. Klu lin, lin suka sambal ikan bilis...

    ReplyDelete
  4. Menarik. Klu lin, lin suka sambal ikan bilis...

    ReplyDelete
  5. Menarik. Klu lin, lin suka sambal ikan bilis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal bilis pun sedap.....
      hehehe...banyaknyer komen...

      Delete
  6. sambal telur memang sedap kan azie makan dengan apa sekali pun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak suka makan sambal telur macam ni ana....

      Delete
  7. alahaaaiii... kegemaran ain jugak Sambal Telur ni.. ratah mcm tu je pun sedaaaaaappppp... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ain....makan ngan cokodok pun sedap hehhehe

      Delete