Assalamualaikum wbt
Perkongsian berguna untuk anak-anak dan ibu bapa.
Terima kasih pada Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah atas perkongsian ini di laman mukabuku.
Sesungguhnya untuk mendidik dan menjadi contoh adalah tanggungjawap yang amat berat untuk dipikul. Sama-samalah kita berusaha untuk mendapat keredhaanNya....
Assalamualaikum wbt
Sehari dua ni rasa nak share menu-menu ringkas ajer. Hujung minggu dah sibuk dengan jemputan kenduri, dah makan menu berat. Apa kata sesekali kita masak yang simple dan mudah disediakan.
Masa kecil-kecil dulu aku memang suka makan ikan bilis goreng kicap. Makan dengan nasi panas-panas beserta dengan telur dadar pun dah cukup mengenyangkan. Tapi dah lama tak buat sehinggalah sahabat sekolah post gambar ikan bilis goreng kicap ni di fb. Bahan semua ada kat rumah, apa lagi akak pun tanpa berlengah terus masuk dapur. Tambahan pulak memang mencari menu untuk makan malam.
Mudah ajer penyediaannya.
Bahan-bahan:
Ikan bilis - ikut lah banyak mana yang korang nak. Gaul sedikit kunyit dan goreng garing.
Cili padi atau cili merah - nak masuk dua-dua pun boleh
Bawang holland - potong bulat-bulat.
Kicap
Ikan bilis lepas goreng, sila ketepikan. Dengan minyak yang sama, goreng cili padi/cili merah dan bawang sampai agak layu. Campurkan semula ikan bilis tadi dan curahkan kicap agak-agak berkuah sikit. Dah siap!!
Mudah kan?...Makan dengan nasi panas, memang boleh bertambah-tambah. Anak-anak pun suka.
Assalamualaikum wbt
Hujung tahun berlumba-lumba sales sana sini. Pilih ajer kat mana...nak beli apa. Sediakan duit dalam poket cukup-cukup. Akak kena tutup mata la bab-bab sales ni. Kena dahulukan keperluan persekolahan anak-anak. Walaupun tak banyak yang perlu disediakan memandangkan boleh recycle baju sekolah tahun lepas, tapi masih ada juga yang perlu diganti. Tahun ni ambil pendekatan ganti yang mana perlu sahaja.
Untuk korang yang nak bershopping, macam biasa SOGO kan rajin buat sales. Weekend baru ni sempat pi cuci mata kat sana. Bahagian bawah macam biasa, sales kasut dan beg-beg kulit berlambak-lambak. Di tingkat atas pulak sales untuk ahli-ahli kad sogo. Berlaga bahu la orang yang masuk bershopping kat situ.
Sales extra vaganza sampai 30 Disember 2015 tau!!
Assalamualaikum wbt
Biasanya bila dah hari-hari memasak, akan tiba satu ketika yang kita tak tahu nak masak apa. Korang pernah tak rasa macam tu? Akak selalu jugak sebab rasa kadang-kadang dok ulang menu yang sama. Nak makan kat kedai macam tak puas pulak bila anak-anak semua ada kat rumah. Masing-masing tengah proses membesar selera pun boleh tahan. Lagipun sekarang ni kena semakin rajin berjimat la dengan keadaan ekonomi negara yang tak menentu.
Menu ringkas akak sekeluarga senang aje bila tiba situasi sebegini...
Geledah dalam peti ais jumpa salad, kambing perap. Hmmm....nak buat apa?
Hubby kata sila bakar kambing perap, ai pi kedai.
Balik daripada kedai...berbungkus beberapa keping roti nan dan setengah ekor ayam panggang. Hiris-hiris kambing bakar dan ayam panggang. Potong tomato dan buah avacado (optional) sedikit bawang holland dan sediakan beberapa helai salad, hirisan lemon dan sedikit sos ladahitam buatan sendiri.
Hasilnya, roti nan daging /ayam bakar.
Mudahkan menyediakannya....tak ambil masa lama pun. Lepas siapkan semua bahan, bolehlah masing-masing susun ikut kesukaan. Ada yang nak makan kambing..ada yang nak makan ayam. Ikut lah korang ..yang penting perut kenyang hati senang!!
Korang pun boleh buat.....
Assalamualaikum wbt
Dah lama tak join GA. Jom kita meriahkan GA Amy Hilmirda ni...
Syarat-syarat Penyertaan :-
1. Follow blog AMY
2. Blogger yang menetap dan beralamat di Malaysia.
3. Buat Entry bertajuk " Amy Hilmirda Giveaway 2015"
4. Letak banner "Amy Hilmirda Giveaway 2015" dalam entry.
5. Tinggalkan URL entry kat ruangan komen.
6. Nak lagi senang copy aje entry ni... hehehe.
TARIKH TUTUP : 31 DICEMBER, 2015.
Assalamualaikum wbt
Kecanggihan teknologi sekarang ni telah menyebabkan apa yang diluar jangka akak suatu masa dulu menjadi kenyataan. Trend membeli, mencari, menyediakan keperluan melalui online semakin berkembang luas. Boleh dikatakan ramai yang lebih suka memilih mencari keperluan secara online tanpa perlu bersesak-sesak. Bagi yang ada anak-anak, tak perlu lagi mengusung sama sambil membeli belah yang mana sukar untuk meluangkan lebih masa memilih.
Akak pun dah semakin tertarik untuk mencari barang-barang keperluan secara online. Tambahan lagi ada peniaga yang memberi peluang kepada pembeli untuk reka DIY barang yang ingin dibeli. Sebelum ni tak pernah terfikir nak hasilkan sendiri hadiah istimewa yang lahir dari hati. Tapi sekarang semuanya boleh dengan adanya perkhidmatan DIY seperti yang ditawarkan di Printcious.com. Mudahlah lepas ni...
Januari dan Februari hari lahir kedua-dua anak dara akak...bolehlah akak mula merancang dan memilih serta mungkin juga mereka hadiah untuk mereka. Akak dan menjelajah di Printcious.com ni dan hasilnya menarik. Di sini anda ditawarkan dengan 7 pilihan cenderahati iaitu t-shirt, mug, cushion, ceramics tiles, phone case, puzzles dan mousepad. Pilih mana yang berkenan di hati.
Cara pembeliannya juga mudah. Anda hanya perlu mendaftar di Printcious.com. Selepas itu, pilih produk yang ada samada yang telah siap design atau anda sendiri yang nak design. Kalau anda nak tahu, setiap pembelian bernila RM75 ke atas melayakkan anda untuk mendapat penghantaran secara percuma. Kalau anda memilih t-shirt, anda akan diberi RM5 lagi discount sekiranya memilih untuk meletakkan logo Printcious.com di bahagian belakang t-shirt pilihan.
Satu lagi yang akak suka kat sini, loading setiap pagenya laju, tak tersangkut-sangkut atau lambat. Cepatlah boleh buat pilihan. Sesuai dengan taglinenya `Precious Gift From Your Heart' , hasilkan lah rekaan terbaik anda untuk dijadikan hadiah istimewa. Lihat sahaja pilihan yang ada dalam setiap kategori....banyak tau!!
Printcious.com juga menyediakan perkhidmatan `return & refund' sekiranya barang yang sampai pecah atau tersalah, anda hanya perlu laporkan pada support team mereka dan tindakan sewajarnya akan diambil segera.
Pada yang masih tercari-cari cenderahati istimewa mampu milik, silalah berkunjung ke www.printcious.com . Pasti anda akan berpuashati!!
Januari dan Februari hari lahir kedua-dua anak dara akak...bolehlah akak mula merancang dan memilih serta mungkin juga mereka hadiah untuk mereka. Akak dan menjelajah di Printcious.com ni dan hasilnya menarik. Di sini anda ditawarkan dengan 7 pilihan cenderahati iaitu t-shirt, mug, cushion, ceramics tiles, phone case, puzzles dan mousepad. Pilih mana yang berkenan di hati.
Cara pembeliannya juga mudah. Anda hanya perlu mendaftar di Printcious.com. Selepas itu, pilih produk yang ada samada yang telah siap design atau anda sendiri yang nak design. Kalau anda nak tahu, setiap pembelian bernila RM75 ke atas melayakkan anda untuk mendapat penghantaran secara percuma. Kalau anda memilih t-shirt, anda akan diberi RM5 lagi discount sekiranya memilih untuk meletakkan logo Printcious.com di bahagian belakang t-shirt pilihan.
Satu lagi yang akak suka kat sini, loading setiap pagenya laju, tak tersangkut-sangkut atau lambat. Cepatlah boleh buat pilihan. Sesuai dengan taglinenya `Precious Gift From Your Heart' , hasilkan lah rekaan terbaik anda untuk dijadikan hadiah istimewa. Lihat sahaja pilihan yang ada dalam setiap kategori....banyak tau!!
Printcious.com juga menyediakan perkhidmatan `return & refund' sekiranya barang yang sampai pecah atau tersalah, anda hanya perlu laporkan pada support team mereka dan tindakan sewajarnya akan diambil segera.
Pada yang masih tercari-cari cenderahati istimewa mampu milik, silalah berkunjung ke www.printcious.com . Pasti anda akan berpuashati!!
Assalamualaikum wbt
Macam best jer nama syarikat penerbangan terbaru ni - Rayani Air. Nak sebut pun best jer. Harap-harap service pun ok.
Rayani Air merupakan syarikat penerbangan patuh syariah yang pertama di negara kita. Syarikat yang telah memulakan penerbangan sulungnya dan buat masa ini hanya 2 destinasi sahaja iaitu Kota Bahru dan Langkawi. Penerbangan daripada KLIA2. Tiketnya lebih kurang macam penerbangan yang lain tapi mungkin akan ada masa-masa yang harganya rendah. Sekurang-kurangnya adalah beberapa pilihan untuk kita pilih selepas ini.
Pilihan warna yang sesuai. Nampak ayu semua menutup aurat. Akak tunggu la operasi sampai kat Penang. Harap-harap mendapat sambutan baik.
Selamat Beroperasi!!
Assalamualaikum wbt
Baru berkesempatan untuk update entry ni.
Pada 14 Disember lepas, pengumuman keputusan peperiksaan PT3 telah diumumkan. Walau ramai yang kata, keputusan pt3 hanya seperti keputusan peperiksaan akhir tahun pelajar, tapi pada akak keputusan ini juga menentukan arah seterusnya anak-anak ini selepas ini.
Alhamdulillah abang irfan dapat straight A's, terus meletakkan dia sebagai pelajar terbaik sekolah. Bukan untuk bermegah tapi syukur kami tak terhingga kerana itulah usaha yang dilakukannya dan hasilnya hanya dia sahaja yang benar-benar merasainya. Ibubapa, guru dan lain-lain sekadar tumpang gembira.
Langkah seterusnya perlu diatur supaya tidak terleka dengan apa yang diterima. Sebab terlalu seronok, terus petang tu jugak diajaknya akak ke kedai buku lagi. Kali ni persediaan dia untuk ke menengah atas. Adik-adik pun dapat semangat baru.
Doa kami, semoga usaha berterusan anak-anak akan terus membuahkan hasil yang paling manis dalam hidup mereka yang pastinya lebih mencabar daripada apa yang kita lalui sekarang......Tunggu tahun 2017 ketiga-tiga anak akak akan melalui peperiksaan besar iatu SPM, PT3 dan UPSR. Akak dah bagitahu siap-siap 2017 tidak ada episod jalan-jalan sampai semua habis exam. Amira tanya...2016 boleh la kan? Tunggu bagi tabung ayam penuh semula.
Tahniah anak-anak ibu!!!
Assalamualaikum wbt
Awal cuti sekolah baru ni, akak dan en hubby merancang untuk bawa anak-anak makan angin ke luar negara. Dengar macam best jer kan...hehe..luar negara akak setakat sempadan ajer lah buat masa ni. Kira luar negara jugak kan??
Beruntungnya kami sebab bermastautin di negeri Kedah sebab kami hanya perlu menyediakan border pass sahaja untuk menyeberang sempadan. Lagipun target lokasi kami adalah Hat Yai dan Songkhla sahaja, memadai menggunakan border pass. Jimat banyak!!!
Dulu border pass hanyalah sekeping kertas sahaja tapi sekarang dah upgrade, dah macam rupa pasport pulak cuma bezanya pada warna. Tak susah pun nak buat border pass ni. Sama saja prosesnya macam korang nak buat passport. Apa yang korang perlu sediakan ialah :
1. Sekeping gambar bersaiz pasport berlatarbelakang putih.
2. Sekiranya ada anak-anak di bawah usia 12 tahun, boleh dimasukkan sekali dalam border pass ibu atau ayah.
3. Untuk anak-anak di bawah usia 18 tahun, border pass boleh buat untuk diri sendiri.
4. Salinan surat beranak dan IC anak-anak yang dah punyai IC.
5. Salinan IC ibu dan bapa.
6. Fee caj RM10 untuk setiap pass.
Salinan IC dan surat beranak tu perlu disediakan untuk setiap anak. Kalau korang tak sempat sediakan gambar dan salinan tersebut, biasanya ada kaunter khas yang disediakan oleh pihak imegresen dengan caj-caj tertentu.
Border pass ini hanya boleh diberi pada pemastautin di negeri yang bersempadan dengan Thailand iaitu Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, Trengganu. Dengan border pass ini korang boleh lah menjelajah ke daerah Songkhla, Satun, Pattani, Narathiwat, Yala di Thailand. Kawasan lain korang kena ada passport antarabangsa.
Setiap pass boleh guna dalam jangka masa setahun.
Walaupun di media banyak kes-kes yang menakutkan berlaku di sempadan ni tapi korang jangan lah pergi ke daerah yang bergolak. Ada jer daerah lain yang korang boleh redah.
Nanti akak buat catatan lanjut percutian singkat kat Hat Yai yer.
Internet plan, Prepaid tahan 2 tahun lebih, SMS dan call rate murah dengan One XOX
Assalamualaikum wbt
Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX | Ramai orang nak jimat kan? Jangan tak tahu kita juga boleh JIMAT dengan talian telefon yang kita gunakan. Kelebihan talian OneXOX ni adalah ia sangat menjimatkan di tambah pula simkadnya murah sahaja.
Masalah dan penyelesian dengan Simkad OneXOX
Antara masalah yang kita hadapi sekarang ialah:
1. Call tidak dapat tetapi kredit kena tolak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.
2. Call sekejap pon kena caj seminit panggilan.
>>> Kadar panggilan serendah 5 sen sahaja KESEMUA RANGKAIAN telco. Tak kira la biru ke.. merah ke.. oren ke..
3. KREDIT BANYAK LAGI TETAPI DAH EXPIRED, NAK KENA TOPUP...!!!!
>>> The best OneXOX top up boleh tahan sehingga 2 tahun 4 bulan. Top up sekali je tunggu sampai 2 tahun akan datang baru top up semula Kalau kredit tak habis-habis la. Biasanya ayah dan mak kita kat kampung la hadapi massalah ni kan? Top up bayak lagi, tapi tak boleh nak call sebab top up dah expired. So, jom la berubah ke OneXOX. Tahan lama kau.
4. Nak add family ataupun friend tetapi diorang pakai telco lain pulak.
>>> Rasanya ade ke telco yang membolehkan kita add friend ataupun family ke semua rangkaian? Tapi dengan OneXOX kita boleh add 10 nombor famili dan rakan-rakan dari semua rangkaian telco. Waowwww...!!!!
5. Kita ter-on internet, habis kredit tanpa disengajakan.
>>> Ini satu hal kan? Dengan OneXOX jangan risau selagi anda tidak melanggan data internet, tak kisah la ter-on ke.. Sengaja on internet ke.. Tak kan ada cas 'Pay Per Use' la. Confirm...!! Lebih lebih lebih lagi data internet dia amatlah laju.
6. Call masuk voice mail je, habis kredit kena tolak banyak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.
7. Internet slownye. Nak send gambar dalam wassap pun berjangut nak tunggu
>>> Pelan internet yang laju dan tiada 'Pay Per Use' dan di jamin tiada kehilangan kredit
Kan OneXOX boleh selsaikan masalah-masalah korang kan? By the way, sim kad OneXOX ni hanya RM10. Ianya tidak menzalimkan betul tak...? Banyak JAMINAN terbaik yang bakal korang dapatkan. Tiada pay per use data dan program-program yang menyedut kredit secara halus. Kredit anda selamat dari ditipu. Memang banyak berlaku pemotongan kredit oleh telco gergasi tanpa kerelaan pelanggan. Rela ke kita sering di tipu? Sudah-sudah la kan kena tipu?
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang sim kad MURAH tapi best ni. Boleh la contact PapaG tau. 24 hour 7 day uolsss.
Assalamualaikum wbt
Tak lama lagi disember akan melabuhkan tirainya. Bermakna akan berakhir jugak 2015. Kejap jer kan? Entry cuti-cuti hari tu pun akak tak updatekan lagi. Banyak sangat gambar nak dipilih. Nanti pelan-pelan akak update.Bukan bercuti ke mana sangat pun...dekat-dekat ajer.
Masa nak pi bercuti hari tu, akak berkesempatan bertemu dengan blogger kek yang sedang meningkat naik sekarang ni. Asyik dok update kek dan brownies ajer kerjanya. Sampaikan akak ter`geram' nak mencuba hasil masakannya. Mujurlah arah perjalanan ke utara membolehkan akak menyampaikan hajat hati ni. Cuba korang tengok blog dia ni www.enyabdullah.com
Ni dia....brownies kedut dan congo bar. Memang puashati lah dik Eny. Anak-anak akak berebut makan terutama congo bar tu. Memang hari tu berjalan tak bawak snack lain sebab nak rasa brownies dik Eny. Kenyang!!! Rasa coklat yang meletopss!!
Nanti-nanti bila nak ke arah utara lagi, akak nak cuba yang lain pulak.
Dek disebabkan mengejar masa dan excited nak pergi berjalan, sampai lupa nak menyelpie dengan dik Eny. Dahsyat kan akak ni!!! Seronok mengalahkan budak-budak !!
Untuk korang yang nak cuba, pi la jengah blog dik Eny tu pilih mana yang berkenan di hati dan jangan lupa...kalau berminat sila tinggalkan pesanan. Tak rugi !!!
Assalamualaikum wbt
Setelah sekian lama menabung, akhirnya akak cash out kan jugak tabungan dalam nuffnang. Nak masuk tahun baru, kita mulakan tabungan baru pulak. Tak banyak manapun dapat tapi okay lah sebagai permulaan.
Kebelakangan ni tak banyak sangat update entry baru, kuranglah CPUV yang menjengah.Untuk Disember baru ada 8 iklan yang berlegar-legar kat blog akak. Kenalah merajinkan lagi berkongsi kisah kat sini.
Jom korang kita tukar-tukar click untuk isi semula tabung yang dah kosong...
Assalamualaikum wbt
Bilakah waktu terbaik untuk makan?
Yang selalu menepati...lunch..hehe
Breakfast kadang-kadang skip jugak, dinner selalu di hujung-hujung waktu ideal. Kena ubah ni....
Jom sama-sama amalkan gaya pemakanan yang sihat....
Assalamualaikum wbt
Produk penjagaan asas bagi kulit wajah amatlah penting untuk mengekalkan kelembapan kulit, mengelakkan kulit terhidrat dan juga menjaga kolagen dalam kulit. Semakin kita berumur, semakin kurang kolagen kulit kita.
Rozita
Che Wan selaku duta Rysya Skincare ini telah mencuba produk ini terlebih dahulu
sebelum beliau menerima tawaran menjadi duta.
Che
Ta mengakui setelah mencuba produk penjagaan kulit Rysya ia mampu menyerlahkan
seri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum wanita yang berusia 40an sepertinya
jangan asyik sibuk dengan tidak menjaga penampilan diri.
“Siapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik. Persepsi macam itulah yang membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baru 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,” seloroh Che Ta.
Terbukti
dalam usia 42 tahun, Che Ta masih kelihatan cantik dengan bentuk badan yang
ramping dan kulit yang bersih.
Menurutnya,
beliau menggunakan satu set produk Rysya seperti cleanser, toner, serum, dan krim
magik. Dimana produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses
penuaan.
Paling best tentang RYSYA SKINCARE ini ialah tiada PARABEN dan TIADA BAHAN KIMIA. Natural gituuuu!!
LY FACIAL CLEANSER
| RM 45
1. Vitamin C
-
Menghilangkan dan menyembuhkan bekas jerawat
-
Dapat menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak
-
Kolagen inilah yang akan berfungsi sebagai agen penyembuh luka
-
Mencerahkan kulit
-
Antioksidan dalam Vitamin C berfungsi untuk meneutralkan serangan radikal bebas
pada kulit.
-
Bertindak sebagai agen anti-penuaan
2. Licorice
-
Ektraks Licorice diperoleh dari akar tanaman Gycyrrhiza Glabra atau yang lebih
dikenali sebagai akar manis
-
Ada banyak komponen yang terkandung dalam ekstrak Licorice, antar yang lain
glabridin, glikosida, flavonoid dan tannin.
-
Komponen pada Ekstrak Licorice dapat membantu mencegah pigmentasi kulit wajah
-
Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan dan anti inflamasi
1. Phyto Placenta Extract
-
Kandungan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam toner dapat menenangkan
kulit.
2. Vitamin B3
-
Kandungan Vitamin B3 di dalam toner dapat menyerap ke dalam kulit untuk
memutihkan dan meningkatkan ‘Vitality’ kulit.
-
Ia juga dapat membantu mengawal ketidakkeseimbangan yang terjadi di dalam
kulit.
-
Memberi kelembapan dan membuat kulit menjadi lebih bersih dan cerah.
Toner
Rysya ialah jenis spray. Tidak mudah tumpah ! Gunakan toner selepas mencuci
muka. Tepuk tepuk sikit muka tu bagi toner menyerap dengan lebih efektif. Jika
mengunakan kapas, hanya sapu ratakan sahaja ! Mudah !
1. Pullulan
-
Ia merupakan sejenis gula semula jadi ( Glucan ) yang terbentuk dari fungus A
yang mengandungi Vitamin C & B12.
-
Bertindak sebagai antioksidan
-
Mampu menegangkan kulit dalam jangka pendek dan panjang
2.Glycine Soja (
Soya Bean )
-
Antioksidan yang hebat kerana ia kaya dengan Vitamin C
-
Mempunyai anti-penuaan yang bertindak sebagai pelindung kulit
-
Melindungi kulit daripada radikal bebas
-
Ejen anti-radang
3. Red Algae
-
Sumber yang paling kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino
-
Membersih dan menyuburkan kulit
4. 24K Gold
-
Meminimumkan kekurangan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit
-
Merawat kulit dengan meningkat dan merangsangkan peredaran di dalam kulit
Penggunaan
serum penting untuk penjagaan kulit muka kita lebih produktif dan melambatkan
penuaan dan menjaga kehilangan kolagen muka.
1. Red Algae
-
Sumber yan gkaya dengan polisakarida semula jadi
-
Meningkatkan fungsi daya tahan kulit
-
Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit
-
Meningkatkan keupayaan kelembapan
2. Soy Placenta Extract
-
Mengurangkan kedutan
-
Menggalakkan kulit supaya lebih cerah
-
Kaya dengan biostimulans yang meningkatkan pernafasan sel kulit dan
pengoksigenan
3. Virgin Coconut Oil
-
Menghidratkan kulit
-
Menyerap, melembap dan melembutkan kulit
-
Berkesan untuk membetulkan segala isu-isu gangguan kulit seperti eczema dan
lain-lain
-
Memberi perlindungan dari sinaran UV yang membahayakan Kulit
TESTIMONI RYSYA SKINCARE
Testimoni
dari Illy Ariffin:-
Testimoni
dari Yaya - yayaflanella.blogspot.com
I
likeee! Bau dia wangi macam syampu. Bila pakai rasa macam sapu losyen lembut
je. Tapi krim ni bukan sebarang krim okay! 24K Gold Miracle Cream ini memberi
keajaiban dengan merawat kulit muka dari dalam tau. Best pakai krim ni. Yaya
rasa jerawat Yaya yang nak tumbuh tak jadi tumbuh. Hihi ^^v
Tak pakai make up pun takpe asalkan penjagaan asas perlu ada okay! Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream! Hihi ;)
Cleanser, Toner, Serum dan juga
24K Gold Miracle Cream!
Tak perlu make up bagai pun boleh
lawa ! ;)
Untuk maklumat lanjut mengenai
Rysya Skincare :
Stokis RYSYA Skincare COD KAJANG, CHERAS, BANGI
Pengeposan di seluruh Malaysia - POSTAGE FREE !!
Instagram: @rysyaskincareselangor
/ #rysyaskincareselangor
Facebook: www.facebook.com/rysyaskincareselangor
Whatsapp: 012-6460421