Budget 2016
Assalamualaikum wbt
Pembentangan belanjawan 2016 telahpun dilaksanakan pada jumaat lepas. No komen!!
Antara intipati yang menarik perhatian aku :
Pengguna pra-bayar telco warga Malaysia akan dapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, dikredit terus mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.
GST dikecualikan bagi barangan makanan seperti susu bayi dan kanak-kanak berasas kacang soya dan susu organik, dhal, gula merah, mee kolok kering dan lain-lain. GST turut dikecualikan ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D.
Had Pelepasan Cukai: Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1000 kepada RM2000. Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tidak tinggal bersama, diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing2 untuk ibu & bapa.Dengan syarat, ibu dan bapa masing-masing berumur 60 tahun ke atas tidak berpendapatan melebihi RM2000 sebulan.
Dalam banyak-banyak yang dibentangkan, yang berfaedah pada aku 3 perkara ni jer la. Aku harap dengan kelebihan yang lain dapat tidak akan menyukarkan kehidupan golongan macam aku ni.
6 Comments
huhuu....sadisss... www.irrayyan.com
ReplyDeletesadis sangatttt
Deletekenapa naikkan BRIM??? Saya tak dapat BRIM punnnn tapi kena hadap kenaikkan yang macam2. Kejam!
ReplyDeletekan....kita jugak yang kena!!
Deletemengeluh panjang tahun depan.. hmmm
ReplyDeletesekarang ni pun dah dok mengeluh hehe
Delete