Ahad Untuk Anak-anak
Hari anugerah kecemerlangan
Assalamualaikum wbt
Ahad baru ni aktiviti bukan main padat lagi untuk aku dan hubby. Dari pagi sampai ke malam. Memang menguji kekuatan mental dan fizikal betul. Seawal pagi, rutin biasa menghantar anak-anak ke sekolah. Biasanya aku boleh rehat lepas hantar diaorang. Tapi hari ni, terus bersiap untuk ke sekolah amira semula. Menghadiri hari anugerah kecemerlangan untuk tahun 2015. Tahun ni, tinggal sorang ajer, biasanya ada kakak dan abang sekali ambil hadiah. Alhamdulillah, masih mengekalkan momentum pencapaian seperti tahun-tahun lepas..mengikut jejak abang kakak.
Sebelum majlis penyampaian hadiah, ada selingan persembahan anak-anak. Amira lain sedikit dari kakaknya. Kakak suka join sukan berkumpulan dan aktiviti yang lasak sikit. Amira lebih pada yang seni-seni. Suka benar dia bila terpilih untuk menyertai kumpulan persembahan sekolah. 2 jenis tarian dipersembahkan. Kalau dah minat, letaklah berapa banyak step tarian pun...depa ni boleh ingat.....
Tahun ni kumpul 4 piala lagi.....dah penuh almari...nak kena tambah lagi tempat simpan piala-piala ni....
Hari konferansi waris
Hubby tak dapat menyertai aku kali ni sebab ke sekolah abang irfan pulak...hari outing, ada benda nak kena cari, jadi berpecah lah kami berdua. Selesai di sekolah amira, aku bergegas pulak ke sekolah kakak - hari konferansi waris pulak untuk menandatangani laporan peperiksaan. Alhamdulillah masih berada dalam lingkungan 5 terbaik.
Makan tengahari
Selesai di sekolah, balik ke rumah singsing lengan pulak menyediakan juadah tengahari. Macam dapat lebihan tenaga pulak hari tu. Buat yang simple-simple ajer denga bantuan hubby. Siap makan barulah boleh duduk santai kejap sambil lipat baju.
Aktiviti lain
Lepas asar, hantar irfan balik asrama ....kemas rumah....tengok kerja sekolah anak-anak..iron baju.....tidoooo......memang penat sangat... Yang penting semua orang gembira dan dan dapat raikan kegembiraan anak-anak bersama-sama.
6 Comments
singgah petang sambil klik nuff.. :)
ReplyDeleteclickclick jugak
DeleteTahniah kak azi. In sha allah penat menjadi ibu terbalas apabila melihat anak-anak berjaya.
ReplyDeletethanks cik T....yup tak rasa penat sebab gembira dengan rezeki Allah
DeleteBusy sunggu kak azi. Alhamdulillah seronok bila tengok anak anak berjaya
ReplyDeletehujung minggu memang busy...sbb tu hujung minggu blog sepi..hehe
Delete