Nak Masak Apa Nak Makan Apa?  Mesti soalan ni selalu berlega-legar dalam kotak fikiran korangkan, terutama yang ada keluarga sendiri.  Boleh dikatakan hampir setiap hari akan terfikir...eh hari ni nak makan apa yer?.....hmmmm petang nanti nak masak apa yer?

Kali ni biar akak share gambar beberapa jenis masakan kat sini supaya boleh beri idea untuk korang masak.  Ada yang rajin akan sediakan menu seminggu. Akak biasanya akan plan menu sarapan sebab Dik Wan bawa bekal ke sekolah, akak pun  bawa bekal ke tempat kerja dan biasanya akan masak lebih untuk tengahari juga.  Sebelah petang baru fikir nak makan apa untuk dinner.  Macam tu la hari-hari.

Menu-menu ni apa yang terlintas di fikiran pada ketika dan saat tengah lapar. Samada idea akak atau en hubby yang teringin nak makan.  Yang paling best, bila en suami sama-sama masuk dapur sediakan masakan.

Menu Masakan Yang Selalu Kami Repeat Masak

menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Kerabu Mangga - menu kegemaran semua ahli keluarga.  Tak susah pun nak sediakan, nanti akak share resipi dia. Rasa macam kat kedai tomyam siam.  Kalau kat kedai, kena makan sorang sikit, bila buat sendiri, tak perlu risau, sebiji buah mangga boleh dapat sepinggan kerabu mangga ni.  Makan dia saja pun boleh tapi lepasa tu kena sedialah 'cuci perut'


menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Kari ikan atau orang utara panggil gulai ikan - tak kiralah ikan apa pun, asalkan korang suka. Boleh masuk bendi atau timun.  Sekurang-kurang 1 atau 2 kali seminggu menu ni mesti ada atas meja.  Tak pernah share resipi cara kami, nanti akan share yer.


menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Menu minum petang - cempedak goreng, pisang goreng dan sukun goreng.  Berpadu semua kami makan.  Jarang-jarang buat bergantung kepada ketersediaan bahan dan harga buah-buah ni masa tu.  Yang kami suka beli adalah buah cempedak tapi sekarang pun harga cempedak boleh tahan.  


menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Nasi campur -  menu ni anak-anak suka, nasi putih, ayam goreng, kuah kari daging dan ubi kentang, ulaman daun salad atau timun jepun, last sekali depa curah kicap sedikit.  Kadang-kadang hairan mak dibuatnya kenapa suka makan kuah kari dengan kicap, katanya rasa lebih mantap ! Begitulah anak-anak. Ukaman pun yang tertentu sahaja dimakannya. Tak apa asalkan makan .


menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Menu minum petang lagi Kek Pisang -  kek pisang ni akak sangat puashati kejadiannya.  Belajar secara online sahaja, alhamdulillah setiap kali buat memang cantik kejadiannya. Kek lembab, kelihatan urat-urat pisang, dan suka juga campakkan biji-bji coklat . Pernah share resipi KEK PISANG SEDAP


menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Asam Pedas Ikan Pari - orang Melaka kalau tak ada menu asam pedas ni memang tak complete.  Ikan pari antara ikan yang akak suka, selain itu boleh guna ikan parang, siakap, temenung dan apa sahaja ikan yang sesuai.  Kalau di Melaka, kami suka masak asam pedas ikan parang.  Boleh masukkan bendi, belimbing buluh, bunga kantan - ikutlah mana yang korang suka.  Akak pernah share resipi asam pedas daging sebelum ni.  Lebih kurang sama saja, bezanya, asam pedas daging akak masukkan kerisek dan sedikit gula melaka, lebihkan bawang kisar sebab nakkan kuahnya lebih pekat sedikit,  Boleh tengok resipi di sini ---  Asam Pedas Daging 


menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Pajeri nenas - menu ni kesukaan en suami. Kadangkala buat campuran nenas dan terung.  MIL pun suka menu ni.  Kalau makan kena ada ikan kering goreng atau ikan temenung goreng.  Pajeri nenas juga merupakan menu kegemaran di bulan puasa.  Kalau nak cuba buat, boleh tengok resipi kat sini -------    Pajeri Nenas
 

menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Menu sarapan pagi : Mee Goreng -  paling mudah nak buat.  Ada mee, ada cili kisar, kicap pun dah cukup nak buat mee goreng simple.  Ini akak buat untuk jamuan sekolah dik wan. Satu bekas besar untuk di bawa ke sekolah, satu lagi untuk sarapan yang lain-lain di rumah.  Nak bagi sedap lagi mee goreng ni korang masukkan kacang tanah kisar semasa menumis bawang dan cili.  Kadang-kadang kalau ada kuah kacang, akak akan bekukan dan guna semasa nak menggoreng mee ni. Cubalah, rasanya lain sedikit tau.


menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Ikan Masak Cuka - ni paling senang.  Ikan masak cuka ni, kalau simpan semalaman, rasanya lagi sedap sebab rasa kuah tu dah meresap masuk dalam ikan goreng.  Nanti ada kesempatan, akak share resipi mudah ni.


menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Gandingan kari ikan, telur dadar dan ayam goreng. Kalau anak-aaak ada kat rumah, kenalah ada 2-3 menu, kalau tak satu lauk je pun dah cukup untuk kami. 


menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Nasi Arab Kambing Bakar -  sesekali kami cuba buat kelainan.  Nasi arab pun tak susah untuk dimasak. Ada banyak resipi yang mudah-mudah.  Ada juga yang dah siap pack, korang cuma perlu panaskan sahaja.  Daging bakar ni pula, akak guna daging perap Ramly.  Boleh je guna mana-mana daging perap yang dah siap pack.  Kemudian potongkan cili hijau, limau nipis dan bawang holand.  Kalau ada sup pun sedap juga tapi yang ni kami kisar cili merah dan tomato. Masak sekejap dah boleh jadi kuahnya.


menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Ayam Geprek - makan dengan nasi putih saja.  Nanti akak share cara penyediaannya. Uishh...banyak juga resipi yang akak belum share lagi ni.  Masak cara akak  dan en suami, sedap pun ikut selera kami anak beranak. Yang penting setiap kali masak, habis.


menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Udang goreng tepung - ni lagilah senang, asalkan ada udangnya. Salut dengan tepung bistari sahaja.
 

menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Peria goreng tepung - yang ni pun boleh jadi kudap-kudapan juga.  Kadang-kadang bila banyak virus M, masak yang simple aje.  Korang boleh guna tepung bestari atau pun tepung tempura.  Potong nipis peria, basuh dan rendam dalam air garam.  Sambil-sambil tu ramas-ramas manja, jangan sampai hancur pula. Tujuannya untuk kurangkan rasa pahitnya. Toskan, biar kering sedikit dah boleh celup dalam campuran tepung bestari dan goreng.


menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Fish & Chip cara kami.  Yang ni kami cuba buat sendiri cara kami.  Daripada siang ikan dan penyediaan yang lain-lainnya, kami buat sama-sama anak beranak. Kalau korang nak cuba, boleh try resipi dan cara kami di sini ----  Fish N Chips


menu ringkas, idea masakan, lauk kampung, menu western, makanan sedap

Yang akhir sekali untuk kali ini - Sambal Bilis Kantan.  Makan dengan nasi panas-panas memang menyelerakan. Nak buat pun senang.  Boleh buat bekalan kalau nak berjalan jauh.  Kadang-kadang bekalkan juga untuk anak-anak di asrama,  Bagi yang bak mencuban resipinya di Sambal Bilis
 
Nanti akak share lagi yer menu-menu yang korang boleh cuba.  Sekurang-kurangnya korang dapat jugalah idea nak masak apa.  

Selamat mencuba !



 

4 Comments

  1. Tidak tahu pula kacang tumis kisar boleh masuk dalam mi goreng.
    Hehe sila kongsikan ikan masak cuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya boleh, kacang tanah goreng lepas tu tumbuk . Kalau ada kuah kacang pun boleh. Biasanya mee goreng mamak suka letak kacang hancur ni. Nanti saya share resipi ikan masak cuka yer.

      Delete
  2. adoiyai Azi, semua nampak sedap tengah duk buka blog Azi ni, suka masak dan makan kari ikan, tapi rumah ni tak laku laa pulak kena masak lauk lain untuk anak tu jadi malas hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah rumah ni ada je yang tak makan kari ikan ...kena tunggu yang suka makan ada kat rumah baru boleh masak.

      Delete