Puashati Bila Dapat Buat Sendiri Set Fish & Chip
Puashati bila dapat buat sendiri set fish & chip. Jom kali ni akak share resipi mudah untuk sediakan set fish & chip. Sesekali teringin nak ubah menu pula. Makanan ala western ni kalau di kedai harganya boleh tahan juga tambahan kalau pergi ramai. Maklumlah lepas raya, poket pun dah makin nipis. Rajin tak rajin kenalah masak sendiri.
Hujung minggu adalah masa untuk restok bahan mentah kat rumah. Kami terjumpa ikan yang sesuai untuk diambil isinya. Ada pelbagai jenis ikan yang korang boleh guna, yang penting cari ikan yang tebal isi dan tiada tulang halus. Kali ni kami pilih ikan sebelah bersaiz besar.
Langkah Demi Langkah Penyediaan Fish & Chip
Tugas pertama en suami ialah mengasingkan isi ikan daripada tulangnya. Biasanya ikan sebelah ni isinya lebih banyak di sebelah bahagian sahaja tapi yang ini boleh ambil di kedua-dua bahagian kerana saiz ikannya agak besar. Potong elok-elok supaya isinya elok tidak terpisah.
Sementara menunggu en suami selesai mengambil isi ikan, akak pula ambil tugas menyediakan kentang dan sayuran yang nak dipadankan. Mula-mula, kupas kentang dan potong baji. Bagi mendapatkan kentang ala wedges yang lembut, kita kena rebus dahulu kentang tadi supaya ianya lembut. Jangan terlalu lembut nanti hancur. Toskan kentang tadi dan biarkan sejuk sebentar.
Ambil tepung jagung, tepung beras dan sedikit tepung gandum. Bancuh dengan air untuk hasilkan bater yang tidak terlalu cair. Campurkan sedikit kunyit serbuk dan gaul rata. Curahkan atas kentang tadi dan gaul supaya semua permukaan kentang dilapisi dengan campuran tepung tadi. Taburkan juga sedikit garam halus. Kalau nak mudah, korang boleh juga gunakan tepung bestari. Panaskan minyak dan goreng. Tak perlu goreng lama sebab kentang tadi dah masak.
Selepas tu bolehlah panaskan pula air untuk celurkan kobis bunga, karot dan apa saja sayuran yang korang rasa sesuai. Selepas sayuran lembut, toskan dan taburkan sedikit serbuk lada atau gaulkan sedikit chili flake.
Lebih cepat kerja kalau korang ada pembantu. Sementara akak uruskan kentang dan sayuran, en suami mula meng gril ikan dan menyediakan sos putih. Ikan terlebih dahulu digaul dengan sedikit garam dan mix herb. Oles sedikit minyak atas pemanggang supaya ikan tidak melekat. Balik-balikkan sampai ikan masak.
Untuk sos pula, en suami gunakan campuran mayonis dan sos salad serta perahan lemon. Gaul rata sambil korang rasalah masam manisnya agak-agak sedap. Siap semua bolehlah disusunatur atas pinggan.
8 Comments
Wah nampak sedap sangat tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah kalau buat sendiri memang ikut selera lah.
Deletetengok step siang ikan ja dah rasa nantilah buat dulu hahaha
ReplyDeletehahaha....senang je Arz. Kalau nak lagi senang beli ikan siakap.
Deletesos putih tu nampak sedap sangat
ReplyDeletetu la try and error je buat sos putih tu...alhamdulillah sedap
Deletebila tengok...macam senang jer nak buat
ReplyDeletesenang lah juga. Tapi kalau makan sorang atau berdua, lebih mudah order saja hehehe
Delete