Antara SBP dan MRSM, mana satu pilihan anak.   Dah lama tak memikirkan  tentang ni. Almaklum beza umur antara Amira dan Dikwan agak jauh juga.  Tapi tahun ni kenalah fikir semula arah tuju anak untuk sekolah menengahnya.  Kenapa pilih sekolah asrama? Tak salah mencuba kan?  Pada akak, tujuannya selain daripada membolehkan anak lebih berdisiplin dalam belajar, ianya juga memberi peluang untuk anak-anak menonjolkan apa yang beliau minat, daya kepimpinan dan dapat bergaul dengan lebih ramai kawan-kawan yang mungkin datang daripada pelbagai lokasi dan latar belakang.  Antaa SBP (sekolah berasrama penuh) dan MRSM (Maktab Rendah Sains Mara), yang mana pilihan anak?

Antara SBP dan MRSM

Akak tak ada pengalamaan anak bersekolah di MRSM. Dua orang anak sebelum ni, keduanya masuk SBP. Kakak bersekolah menengah harian biasa.  Memang ada bezanya dari segi pembelajaran anak-anak dan juga penyertaan aktiviti luar bilik darjah.  Alhamdulillah ketiga-tiganya berjaya bawa diri dalam kelompok masing-masing.

Untuk yang bongsu ni, kami cuba mohon kedua-duanya.  Sebelum ini untuk abang dan kakak pun akak mohon kedua-duanyaa cuba lebih berat kepada kemasukan SBP.  Kali ini, keterujaannya sama rasa untuk kedua-duanya.  Jarak yang lama antara kakak dan adik ni banyak beri peluang kepada kami mengikuti dan lebih memahami konsep pembelajaran kedua-dua kelompok ini.

Biasalah tu, kalau anak sulung, teruja kita ni sangat tinggi, walaupun banyak buat semakan itu ini tapi masih banyak juga kekurangannya.  Bila no dua dan tiga, masih teruja dan lebih berhati-hati dan memilih.  Kali ni, kita usaha lebih dah tawakal apapun yang ditawarkan.  Ketiadaan peperiksaan UPSR ni memang sangat memberi kesan.  Memang akak setuju sekiranya UPSR diadakan semula untuk melihat prestasi anak-anak ini di tahap mana.

Bagaimana Pemilihan Kemasukan SBP dan MRSM ?

Kemasukan samada ke SBP atau MRSM sekarang ni kena lalui dulu fasa penilaian. Di mana untuk SBP, anak-anak perlu lalui PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus).  Manakala untuk MRSM pula, perlulah lalui UKKM (Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM).  Konsep keduanya agak sama iaitu untuk menguji tahap kebolehan anak-anak dalam subjek tertentu dan ujian keperibadian. Tambahan penilaian sekiranya memilih aliran tertentu seperti Ulul Albab, IGCSE atau pun teknikal (untuk MRSM).

Ada yang kata senang, ada yang kata susah. Biasalah tu, rezeki masing-masing. Kali ini, kami cuba kedua-dua permohonan, SBP dan juga MRSM.  Kalau ada rezeki Adik Wan masuk sekolah asrama, alhamdulillah tapi kalau tak dapat pun tak apa.  Sebelum ni dah ambil peperiksaan untuk PKSK kemasukan ke SBP.  Adik kata  - tak senang tak susah, ada yang boleh jawap cepat, ada juga yang kena fikir lama sikit, untuk UKKM ni harap-harap adik boleh jawap sebaiknya.

Akak ada juga dapatkan buku-buku latihan yang berkaitan dan juga latihan secara online.  Tak boleh nak jangka corak exam nya macamana.  Anak-anak tak ada UPSR ni susah juga nak agak tahap kecekapan mereka.  Sebagai ibu bapa, kita tak oleh terlalu yakin dengan kemampuan anak, kita juga jangan rendahkan kemampuan anak.  Akak sentiasa beri sebanyak mana sokongan yang diperlukan. Buat sahaja latih tubi contoh-contoh soalan sebagai persediaan dan bagi anak-anak biasa dengan format soalan.  

Format UKKM :

Matematik - 30 soalan objektif dan subjektif (35 minit)
Bahasa Melayu - 30 soalan objektif (30 minit)
Sains - 30 soalan objektif (35 minit)
Keperibadian -80 soalan objekti (30 minit)

Penilaian dijalankan menggunakan komputer di makmal-makmal komputer sekolah-sekolah terpilih.  Kalau PKSK, semasa permohonan, dah boleh pilih pusat peperiksaan manakala untuk UKKM, hanya boleh buat pilihan zon sahaja.  Tapi kebiasaannya, pusat peperiksaan tidaklah jauh sangat dengan kediamn pelajar.

Adik Dah Selesai Penilaian UKKM

Selesai dah anak akak melalui ujian UKKM ni semalam.  Bila tanya okay ke?...tak pernah tak okay. Lebih mudah daripada ujian kemasukan SBP. Moga ada rezeki untuk anak kami ni dan dapat tawaran ke sekolah yang dipilih.

pilihan sekolah menengah,  ukkm, mrsm, sekoah asrama penuh

Masuk pagar sekolah nampak bangunan ni dulu.  

pilihan sekolah menengah,  ukkm, mrsm, sekoah asrama penuh

Sebelum ke pusat peperiksaan, belanja dulu roti sarang burung.  Tangan tu tak lepas yer dengan handphone, bagi chance la layan sekejap sambil sembang-sembang bagi semangat.

pilihan sekolah menengah,  ukkm, mrsm, sekoah asrama penuh

Dewan terbuka MRSM PDRM Kulim.  Datang awal untuk buat semakan dokumen sokongan.  Dewan terbuka.  Masa sampai tak ramai lagi.  Ibu bapa tak boleh tunggu, jadi drop off je la.  Mak ayah pi dating tempat lain dulu sementara tunggu exam habis.  Jangka masa 2 jam setengah.

Moga ada rezeki adik.




19 Comments

  1. wowww format UKKM diaaaa... kalah org nak minta masuk keje!

    apa2 selamat berjaya utk si bongsu. semoga ada rezeki belajar di sekolah terbaik. aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer...risau tengok format exam dan sekolah budak-budak sekarang.

      Delete
    2. kite yg dewasa ni pun seriau. entah mcm mn laa generasi sekarang nak hadap. harap2 nya ia sesuatu yg bermanfaat bkn utk ilmu sahaja tetapi utk sahsiah juga

      Delete
  2. sama ngan anak buah saya... dedua pun dia cuba aply walau minat dia more to kesenian melukis... omak eh soh aje dia aply semua yang berkenaan.. ada rezeki ada la ,,kalau takde kita sekolah kan aje yg dekat ngan rumah.. :D semoga berjaya utk semua nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana-mana sekolah pun boleh asalkan semangat nak belajar tu ada.

      Delete
  3. Saya doakan moga rezeki anak murah dan dpt tmpt nanti insyallah....

    ReplyDelete
  4. Insyaallah..Moga terpilih salah satu..aamiin...

    ReplyDelete
  5. semoga tercapai apa yg diingi.. pada mama keduanya sama2 ada kebaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...mana-mana pun tak apa, sekolah harian pun okay.

      Delete
  6. Moga anakanda dapat apa yang diimpikan, Aamiin.

    ReplyDelete
  7. wahhhhh MRSM Kulim! bulan 5 haritu sempat kursus sat kat area Lunas.. tiap kali nak balik Perak ikut Junjung tu sy lalu mesti pandang MRSM PDRM Kulim ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...kalau nak ke Junjong memang lalu depan mrsm ni...ni pertama kali saya masuk area mrsm ni.

      Delete
  8. Pernah juga Dania melalui interview kat MRSM Kuala Kubu Baru....interview ada, test sains dan maths ada tapi mungkin kali ni agak berbeza sikit. SBP pun pernah di Sekolah Alam Shah....kenangan dulu-dulu...

    Moga ada rezeki anak di sekolah yang terbaik untuk dirinya ya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulillah dua-dua tawaran dapat dan pilih ke sbp.

      Delete