Resipi Pajeri Nenas dan Air Nenas Sedap Hasil Tanaman Sendiri
Resipi Pajeri Nenas dan Air Nenas Sedap Hasil Tanaman Sendiri. Buah nenas antara buah kegemaran kami sekeluarga. Rasanya yang manis memang sedap kalau dimakan begitu sahaja atau dimasak buat lauk. Kalau dapat buah nenas ni memang tak payah tunggu cepat-cepat kupas, potong dan sejukkan. Bila sejuk lagi sedap dimakan. Kadang-kadang makan cicah dengan kicap.
Oleh kerana suka makan nenas, en hubby pun merajinkan diri menanam nenas di rumah. Kalau sebelum ini kami tanam atas tanah tapi kali ini tanam dalam pasu besar sahaja. Bila tanam dalam pasu ni nampak lebih kemas dan teratur, tak perlu susah-susah nak kemaskan kawasan keliling yang dinaiki rumput. Itulah yang akak suka. Hasilnya pun berbaloi asalkan rajin tabur baja dan sesekali disiram air.
Resipi Pajeri Nenas
Pajeri nenas adalah antara menu yang pasti akan dimasak sekiranya ada stok nenas di rumah. Resipi dan cara penyediaannya tidaklah renyah. Akak share bahan-bahan dan cara buat pajeri nenas ni, manalah tahu korang pun suka. Ini cara masakan kami.
Caranya:
Sebelum menumis, bancuhkan serbuk kari dengan air. Kemudian masukkan nenas yang telah dipotong tadi ke dalam bancuhan rempah. Gaulkan. Masukkan 2 sudu besar gula pasir, serbuk cili(ikut suka), kerisek dan sedikit garam. Gaulkan.
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, udang kering dan daun kari sampai naik bau. Selepas itu, masukkan nenas yang telah bergaul dengan rempah tadi. Masukkan sedikit air. Biarkan. Sesekali kacau lah sehingga rempah masak. Masukkan gula melaka.
Masukkan santan (ikut banyak nenas) dan rasakan masin, masam dan manisnya. Biarkan kuah pekat sedikit. Biasanya aku biarkan sehingga sejam supaya nenas betul-betul mesra dengan rempah dan masam nenas dan manis guna bersatu.
Dah siap boleh la hidangkan bersama nasi panas, telur dadar dan sayur goreng atau ulam-ulaman. Kalau tak mau telur dadar boleh juga dengan ikan temenung goreng.
Ada juga yang suka kisar bersama susu atau yoghurt untuk jadikan smoothies. Ini pun sedap juga. Kalau disimpan di tempat dingin beku, boleh jadi ais krim nenas.
Eh..macam-macam pulak akak ni kan !
Nenas ni ada pelbagai khasiat. Korang boleh baca di sini antara khasiat pengambilan nenas >> KHASIAT NENAS
Tak rugi tanam sendiri. Dapat tanam sepoko dua pun dah cukup untuk makan sendiri. Tapi tanam nenas ni korang kena sabar menunggu pokoknya besar, keluar buah dan menunggu buahnya sesuai untuk dituai.
2 Comments
Hasil tuai dh boleh dimakan .sedapnya
ReplyDeletememang puashati bila dapat makan hasil tanaman sendiri
Delete