Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum

Lama tak kongsi resepi.
Kali ni kita ke selatan tanahair. Rasanya tak best kalau orang Melaka tak bagi resepi asam pedas melaka kan?...Rugi jugak org melaka kalau tak tahu nak masak asam pedas.

Kalau di Melaka, terkenal juga dengan asam pedas daging tetel. Korang tau tak daging tetel tu apa? Daging yang bercampur dengan lemak dan urat-urat, bila di masak hmmmm...memang terangkat!!!
Kalau guna daging pun boleh tapi cuba korang campurkan dengan tulang.

Resepi Asam Pedas Daging Tulang

1kg tulang (guna daging pun boleh tp aku prefer campurkan sedikit daging pejal ...)
9 sudu besar cili mesin (ikut la korang nak boh lebih pun boleh....)
3/4 sudu teh serbuk kunyit (kalau guna kunyit hidup yg ditumbuk lumat lagi best)
halba campur sedikit
1 mgkuk kecil air asam jawa (yg ni boleh adjust rasa masamnya ikut citarasa korang)
Air rebusan tulang (agak2 sukatannya)
3 batang serai - diketuk
2-3cm halia (hiris & tumis)
1 batang bunga kantan
3 ulas bawang merah (hiris & tumis)
3 ulas bawang putih (hiris & tumis)
3 sudu bawang mesin (campuran merah & putih)
1 sd besar kerisek
minyak utk menumis
daun limau purut
sedikit gula
garam

resepi asam pedas


Caranya:
Memula korang rebus tulang/daging tu utk sejam @ 3/4 lembut. Jangan lupa masukkan 1-2cm halia semasa merebus tulang.
Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah dihiris dan halba campur sehingga naik bau. Pastu masukkan bawang mesin pulak (bawang byk kuah dia jadi lagi best - tu pada pendapat aku la...)
Bila agak-agak dah perang sikit masukkan cili mesin dan serbuk kunyit. Kacau bagi cili tu garing sikit..kalau agak2 pekat masukkan sikit jer air....kacau2 la sampai nampak cili tu garing dan pecah minyak sikit.
Masukkan kerisek - aku suka masukkan kerisek ni masa tengah tumis cili tu...pastu masukkan jugak serai.  Bila agak-agak cili tu dah garing masukkan air asam jawa..kacau, biarkan kejap. Pastu masukkan tulang/daging tadi kacau lagi. Biarkan cili dan tulang/daging mesra kejap....pastu sendukkan la air rebusan tulang/daging tadi..agak2 la budget kuah dan kepekatan yg korang nak....boleh jugak tambah dengan air sikit. Masukkan bunga kantan, daun limau, garam, gula...pastu korang adjust la rasa, kepekatan dan kelembutan masakan korang tu...

Boleh disediakan untuk menu berbuka nanti!

9 Comments

  1. ila, sedapnyaaaaaaa......rindunya asam pedas....

    ReplyDelete
  2. Asam pedas Melaka memang lain la dari asam pedas yg pernah pcl makan di utara..asam pedas tetel ada kelainannya tersendiri..nak kena buat asam pedas untuk dia, guna tulang daging pulak lepas ni...

    ReplyDelete
  3. Asam pedas tu nampak sedapp jer kak zie

    ReplyDelete