Telur Masak Lemak Cili Padi

Friday, April 03, 2020

Telur Masak Lemak Cili Padi


Akak pasti antara stok bahan yang kena ada kat rumah korang ialah telur.  Betul tak?  Samalah dengan akak.  Ada beras dan telur pun dah memang cukup untuk sementara.  Telur ni boleh dipelbagaikan untuk jadi lauk.  Kalau selalu buat telur dadar, telur mata, sambal telur, telur masak kicap, apa kata kali ni korang cuba buat telur masak lemak cili padi.

Tak susah mana pun. 

masakan senang, macam-macam masak telur, cara mudah masak telur, masakan cepat siap



Bahan-bahannya:

Telur (ikutlah berapa biji korang nak buat)
Santan - akak guna santan kotak jenama Kara. Yang ni pekat sikit. Tapi jenama lain pun boleh. Kalau ada kelapa parut pun okay.
Cili padi - ikut kepedasan yang korang nak. Kat rumah akak semua orang suka pedas.
4-5 biji bawang merah 
Asam keping 
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam dan gula
Belimbing buluh (optional, kalau ada boleh masuk)

Cara nak sediakan:
Cili dan bawang tu korang kisar lumat. Lepas kisar, korang masuk terus dalam kuali/periuk. Masukkan santan dan sedikit air.  Santan dan air korang agak-agak untuk kuah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.  Masukkan serbuk kunyit dan asam keping - 1 keping pun cukup.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.  Kacau kuah supaya santan tak berketul-ketul.  Lepas agak mendidih, korang perlahankan api dan pecahkan telur satu persatu. Biarkan jangan kacau. Bila agak telur hampir keras, perlahan-lahan korang terbalikkan telur, yang ni kena hati-hati jangan sampai pecah.  Kalau ada belimbing buluh, boleh masukkan masa ni. Biarkan sampai telur masak dan angkat.  Ada orang guna telur itik tapi akak guna telur ayam je.

Dah siap boleh hidangkan.  Kalau ada ikan pekasam atau ikan kering boleh lah padan sekali. Mesti makan bertambah-tambah. Cukuplah satu lauk satu hari.

Stay safe korang !


You Might Also Like


20 comments

  1. Masak lemak makan dengan ulam dan sambal belacan, sedapppppppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Dapat pulak ada ikan goreng. Tak toleh kiri kanan dah.

      Delete
  2. Tadi husband mintak buat masak telor jugak tapi masak sup. Mrs. A kata kena guna telor itik kalau tak pecah rupanya telor ayam pun boleh kot tengok AR punya tak pecah pun hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga guna telur ayam. Sebelum ni pun biasanya guna telur itik juga.

      Delete
  3. Betul ada beras dan telur.

    ReplyDelete
  4. Masa cengini, kalau dapat teluk itik lagi uump

    ReplyDelete
  5. Simple Dan menyelerakan.. bezanya.. kami goreng dulu telur tu.. suami suka makan jenis tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo...macam-macam cara ye. Asalkan ada yang suka boleh je cara mana pun.

      Delete
  6. Abah SA baru buat last week kak..tapi guna telur itik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun baru cuba-cuba buat dengan telur ayam.

      Delete
  7. sedap ni makan kuah banjir. hihi

    ReplyDelete
  8. ini memang kalo kita gengkan dengan ikan masin bertambah2 makan..
    sedap !!

    ReplyDelete
  9. Sedap tu telur itik masak lemak campur belimbing buluh. tambah pucuk ubi sikit pun sodap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena dengan geng dia memang sedap dan bertambah makan.

      Delete

Like us on Facebook

Followers