Hidangan Minum Petang Dengan Kek Pisang Sedap

Monday, December 21, 2020

Hidangan Minum Petang Dengan Kek Pisang Sedap.  Hujung minggu biasanya masa yang sesuai untuk akak buat testing menu lain daripada kebiasaan.  Tambah-tambah musim covid ni, jarang sekali nak keluar berjalan lama-lama.  Keluar untuk perkara penting sahaja atau sesekali bawa juga anak-anak keluar makan di luar waktu puncak.  Siapa lagi nak jaga kita kalau bukan kita sendiri kan.  Kebetulan baru-baru ni setandan pisang emas yang en hubby tanam dah tiba masa untuk dituai.  Pertama kali nak merasa hasilnya.  Lepas potong beberapa sisir dan agihkan pada jiran dan saudara, masih lagi berbaki 3-4 sisir untuk kami.  Banyak juga tu, kalau nak makan pun jemu juga. Masa tengok en hubby tebang tandan pisang ni, dalam kepala dah terfikir nak buat kek pisang.

resipi kek pisang gebu, hidangan minum petang, hasil tanaman


Resepi Kek Pisang Mudah Dan Sedap

Bahan untuk diayak :
2 cawan tepung gandum @ high protein
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan kisar:
8 biji pisang emas
1 cawan minyak jagung - kalau takde guna minyak masak biasa saja
1 cawan gula kastor
3 biji telur

* kesemua bahan ni akak masukkan dalam mesin pengisar saja. Kisar sampai halus.  

Selepas tu masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam tepung yang telah diayak bersama dengan baking powder dan soda bikarbonat. Masukkan secubit garam.  Gaul secara kaup dan balik sampai semuanya bercampur. Sebelum tu pastikan korang dah panaskan oven 170 -200 C. Lenserkan bekas kek dengan butter/margerin atau boleh gunakan kertas pelapik kek di bahagian bawah dan keliling bekas.  Akak guna kertas pelapik lebih mudah nak keluarkan kek yang dah masak.

resipi kek pisang gebu, hidangan minum petang, hasil tanaman


Selesai semua, boleh masukkan dalam oven dan bakar selama 45min - 1 jam bergantung pada oven korang.  Akak bakar 30 min api atas bawah, 10 min api atas dan 10 min api bawah.  Dah masak, bolehlah sejukkan sebelum potong.

resipi kek pisang gebu, hidangan minum petang, hasil tanaman

Korang boleh juga masukkan sedikit esen vanillaa untuk tambahkan aroma baunya, kek yang ni akak tak masukkan tapi baunya harum satu rumah juga. Cubalah best tau bila dapat hidangkan minuman petang dengan hasil tangan sendiri pada keluarga.


 


You Might Also Like


3 comments

  1. Nampak sedap kejadiannya
    selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  2. seronok ada bakat baking2 ni.. meriah pisang dapat kongsi dengan jiran2 pun best juga. saya suka juga kek pisang. sukaaa bau dia dan semestinya rasa jugak =)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers