Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz4E9KjgoTn AziRahmanDotCom | JourneyOfLife

Jul 21, 2016

Dia Dan Boboiboy Tidak Dapat Dipisahkan


Assalamualaikum wbt.  Hari-hari tengok boboiboy. Kalau tak kat tv tengok kat youtube. Itulah minat adik wan sekarang ni.  Satu ketika dulu dengan Upin Ipin. Sekarang dah beralih arah.  Koleksi mainan boboiboy lah yang paling dia sayang. Bawak tidur, letak sebelah bila tengah makan, bawa berjalan ke sana ke sini. Huh...sayang lebih dia kat boboiboy.

Masa balik Melaka cuti raya hari tu, akak ada singgah di Dataran Pahlawan. Kan ke banyak kedai dan ada mall juga kat situ. Puas menapak, asalnya nak cari kasut untuk abang irfan guna bermain kriket tapi tak jumpa yang sesuai, penat menapak je la dalam tu.  Kat ruang legar bawah ada hiasan deko sambutan Aidil Fitri. Tetiba terselit di satu bahagian replika dan patung-patung watak siri Boboiboy. Melompat okay budak kecik tu sambil tepuk-tepuk tangan. Kejap lari kat Gopal, kejap lari kat Ying kejap menyorok kat Boboiboy Halilintar dan macam-macam aksi lagi. Layankan aje lah minat anak-anak.  Boleh jugak akak cuci-cuci mata sambil rehat-rehat kat ruang legar tu.

Memang tempat ni jadi tumpuan terutama yang datang membawa anak-anak kecil. Akak tengok bukan anak-anak kecil aje sibuk bergambar, abang kakak mak ayah pun sama. Akak pun tumpang sama. Bila lagi kan??

Dia Dan Boboiboy Tidak Dapat Dipisahkan;boboiboy

Secara kebetulan berbaju merah. Dah sama tinggi dengan si boboiboy.

Dia Dan Boboiboy Tidak Dapat Dipisahkan;boboiboy

Adudu pun ada. Tiba-tiba ada jugak yang tumpang bergambar kat belakang tu.


Macam-macam watak ada kat sini. Selain daripada tu ada promosi jualan patung mainan watak-watak dalam cerita boboiboy ni. Sebelum ni kalau tak silap akak, patung mainan ni di jual di kedai mesra Petronas. Lepas tu akak jumpa jugak di Hasani Book Store. Adik wan dah ada 4 koleksi patung mainan ni - 2 watak boboiboy, gopal dan ying. Bila sampai kat sini, tarik-tarik tangan akak suruh beli lagi. Mula-mula buat tak tau, suruh tanya ayah, ayah suruh tanya ibu. Ibu kata adik beli guna duit raya sendiri. Hahaha.....tapi tak sampai hati kan tengok muka sedih anak-anak. Dapatlah satu lagi koleksi boboiboy halilintar....bukan main seronok lagi dia, kemana-mana di  bawa bersama.

Dia Dan Boboiboy Tidak Dapat Dipisahkan;boboiboy

Bukan kata anak, ibu pun nak tumpang sekali. Boboiboy ibu si baju merah tu la.


Yang bagusnya adik wan ni, bila dah dapat satu mainan kesukaan dia, dia akan leka main sendiri dan tak kacau mak ayah dah. Asalkan ada yang memerhati dia bermain. Layankan je la dikkkk........


Jul 18, 2016

Mudahnya Membuat Kek Marble Butter


Assalamualaikum wbt.  Masih mood raya? Akak baru hari ni nak mula puasa 6.  Harap-harap sempatlah selesaikan 6 hari bulan syawal ni. Tapi esok dah ada jamuan raya..hehe..
Mood raya dah kurang. Tinggal saki baki sama macam saki baki kuih raya yang ada kat rumah.  Oleh kerana tahun ni pun memang akak tak buat kuih raya, kuih tunjuk pun setakat 2,3 bekas aje, tiba-tiba teringin pulak nak membakar kek. Layan google nak cari resepi yang paling mudah. Akak kan suka resepi-resepi mudah.

Cari punya cari jumpalah resepi kek butter. Nampak simple dan bahan-bahannya pun memang sembilan puluh peratus dah sedia ada kat rumah. Pada masa yang sama jugak akak ternampak lah video zebra kek yang kawan-kawan share kat fb. Pun nampak menarik!! Adik wan kata ..adik nak yang ni!! Nak aje tu, akak tahu dia bukannya suka makan kek.  Maka jumaat hari tu, lepas hantar kakak-kakaknya ke kelas tuition, menyinggahlah akak kat supermarket beli butter dan baking powder, antara bahan yang takde dalam stok kat rumah.

Sabtu pagi lepas selesai kerja rumah, memandangkan hari tu ada jemputan rumah terbuka maka akak pun merajinkan diri membakar kek. Dengan semangat berkobar-kobar tau sebab dah lama sangat tak buat kek.  Dibantu oleh anak dara serba sedikit, terjadilah Kek Marble Butter edisi akak. Mudah sangat!! Tak sampai sehari licin habis sebiji kek. 

Resepi Kek Marble Butter

1 ketul @ 250gm butter - akak guna seketul buttercup
1 1/2 cawan gula castor
4 biji telur gred A
1 penutup ese vanila
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sd kecil baking powder
* tepung dan baking powder ayak 2 kali yer
1 cawan susu segar - akak guna susu sejat, terlupa beli susu
serbuk koko

Guna cawan yang sama. Kalau ada set penyukat, guna yang tu pun boleh.

Pukul butter dan gula sampai gebu putih.  Masukkan telur sebiji demi sebiji.  Pukul sebati, masukkan esen vanila.  Lepas tu masukkan tepung selang seli dengan susu sampai habis. Gunakan kaedah kaup dan balik. 

Akak dah derhaka sikit kat resepi tu, tukar jenis susu. Lepas tu derhaka lagi, akak asingkan beberapa susu adunan dan masukkan serbuk koko. Serbuk koko ni ikutlah kalau banyak yang korang asingkan letakkan lebih serbuk koko dan kacau rata.

Panaskan ketuhar pada 170'. Lenserkan sedikit butter/planta kat bekas kek. Kalau ada kertas minyak/ kertas turas bolehlah lapikkan bekas kek tu agar kek mudah dikeluarkan. Masukkan sesenduk adunan kek dan diselangselikan dengan sesenduk adunan koko tadi. Buat sampai habis. Lepas tu masukkan dalam ketuhar dan bakar selama 35 - 50 minit bergantung pada ketuhar masing-masing. Mulakan dengan api atas dan bawah. Bila dah agak kuning cantik bahagian atas, biarkan api bawah sahaja. 

mudahnya membuat kek marble butter; kek butter; kek marble
Masa masuk dalam bekas ni susah hati takut tak jadi. Tengok warna pun...dalam hati dup dap dup dap...Tapi bila dah siap......

mudahnya membuat kek marble butter; kek butter; kek marble
Tengok...tengok...memang sedap, memang gebu, memang lembut. Tak sabar nak buat lagi.

Resepi ni akak dapat kat fb oleh Sofea Omar.  Terima kasih atas perkongsian, akak ubah sikit-sikit ikut citarasa.  Kek ni memang sedap dan lembut. Siap ada permintaan untuk buat lagi.

En hubby pun dah request suruh buat roti pulak. Alahai..bila la nak terajin tangan menguli doh pulak ni.......

Jul 14, 2016

Penyelamat Di Masa Kecemasan


Assalamualaikum wbt.  Siapa yang terlibat dalam kesesakan lalulintas di lebuhraya semasa cuti raya baru ni?  Akak terlibat juga tapi tak lah sampai berjam-jam atas jalan.  Salah satu sebab kami suka memulakan perjalanan di tengah malam atau awal pagi adalah untuk mengelakkan terlibat dengan kesesakan lalulintas. Kecuali jika ada kemalangan, itu kejadian yang tidak dijangka.

Cuti raya baru ni, kan aktiviti akak sekeluarga agak padat sebab mengejar masa yang agak singkat di kampung akak. Rezeki murah tahun ni, setiap rumah yang disinggah memang makan best best. Bila sesekali balik kampung, makan tu kadang-kadang tak kira sangat...rembat je bila rasa menarik dan sedap. Bila dah makan macam-macam, kalau tak kena gaya memang sakit perut menyerang.  Malam tu,mula-mula adik wan yang kata sakit perut. Lepas tu syafiah.  Masa ni memang atas jalan dan kebanyakan klinik tutup. Nak cari klinik 24 jam memang agak sukar sebab tak tahu kat mana nak cari. Mujur akak ada bawa bersama minyak Yu Yee Cap Limau. Terus aje sapukan minyak kat perut masing-masing dan suruh tidur sementara tunggu siang hari. Kenalah maknya jadi nurse malam tu tanya keadaan masing-masing. Akak kira kalau tak berkurang, bawa terus ke hospital. Nasib baik dua-dua orang kata dah ok lepas angin keluar pot pot dan berebut-rebut ke tandas...hahhaahaha....

penyelamat di masa kecemasan; minyak yu yee cap limau


Esoknya dalam perjalanan pulang ke kulim, atas lebuhraya juga, en hubby pula tiba-tiba badannya jadi gatal-gatal. Nak kata ruam bukan, naiknya tiba-tiba macam alergik pulak.  Mulalah berkira apa yang dah dimakan sebelum ni. Habis semua disenaraikan. Terpaksalah tukar driver sebab en hubby dok menggaru tak henti. Tengah highway kan, kat mana pulak nak cari klinik ?  Akak bagi je minyak Yu Yee Cap Limau kat hubby suruh dia sapu dulu satu badan dengan minyak tu. Kawalan sementara, barulah kurang sikit menggaru. Memandulah akan sampailah ke rumah lebih kurang jam 3 pagi. Masa tu memang tengok badan hubby pun merah-merah dek naik macam ruam tu rapat-rapat. Dah unload barang-barang masuk kereta, barulah bawa hubby ke klinik. Pagi-pagi hari dah mengadap klinik...hehe.....

penyelamat di masa kecemasan; minyak yu yee cap limau

Ni kat tangan, sampai rumah terus check....lepas sapu minyak kurang sikit naiknya tapi still gatal tak boleh kata. Kesian pulak tengok en hubby menggaru tak henti. Pi klinik dapat sejarum...alergik...tak tahulah silap apa makannya, tak pernah kena seteruk ni.


Mujurlah ada minyak Yu Yee Cap Limau ni dalam kereta.  Memang berguna di saat-saat kecemasan macam ni, membantu juga mengurangkan kesakitan yang tak diduga. 

Jul 13, 2016

Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Al Ansar


Assalamualaikum wbt.  Entry lambat nak publish. Menjadi tradisi keluarga belah hubby di penghujung ramadhan akan adakan kenduri berbuka secara kecil-kecilan.  Biasanya dibuat di rumah kampung tapi tahun ni since MIL kurang sihat, kami plan buat di tempat yang mudah kami semua nak access.  Akhirnya, en  hubby tawarkan diri untuk uruskan buat di Maahad Tahfiz Al Ansar, Kulim. Secara kebetulan, maahad ini juga di bawah penyelenggaraan kawan lama hubby, mudahlah sikit urusannya. Mudah untuk kami yang memang tinggal berdekatan dan juga untuk adik beradik lain nak datang since adik ipar dan salah seorang abang ipar akak tinggal di utara ni juga. Secara kebetulan MIL pun ada kat rumah kami masa tu.

Untuk pertama kalinya, en hubby kata biarlah dia yang sediakan juadah sebab tak ramai pun budget makan untuk 60 orang sahaja. Menu mudah saja - kurma daging, jelatah dan nasi ala-ala arab. Kami selitkan juga kambing bakar untuk anak-anak tahfiz ini. Akak tambah dengan agar-agar sebagai dessert dan juga buah tamar serta air sirap. Dua tiga hari sebelum dah kumpulkan barang-barang yang perlu. Kenduri kecil-kecilan ni dibuat pada hari jumaat sebelum cuti raya tu. Hari terakhir kerja, akak kena kerja tapi ambil half day sebab tengaharinya boleh terus pergi ambil abang irfan di asrama. Malamnya dah siap kupas bawang dan buat agar-agar semua. So paginya tinggal nak masak kurma dan sebelah petangnya masak nasi dan buat jelatah. Mujur anak-anak dara ada kat rumah bantu ayah memasak. Sambil-sambil anak-anak tolong kemas rumah sikit-sikit. 

Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Al Ansar; kenduri berbuka puasa

Siapkan bahan-bahan daripada pagi lagi. Bawang, halia, tomato,serai, rempah 4 sekawan dan lain-lain lagi untuk masak kurma. Daging potong siap-siap untuk 60 orang makan. Bancuh sekali dengan rempah kurma.


Alhamdulillah selesai masak semua sebelum asar. Lepas asar, kami semua bergerak ke lokasi. Tinggal nak bakar kambing saja lagi. Tiba di sana, sambil mendengar anak-anak tahfiz mengalunkan zikir dan ayat al-quran, kami bersiap-siap menunggu waktu berbuka sambil membakar kambing.  Adik dan abang en hubby dan keluarga dapat turut serta, meriahlah juga dengan budak-budak ni berkejaran sebab dah lama tak jumpa.

Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Al Ansar; kenduri berbuka puasa

Maahad ini merupakan rumah banglo 2 tingkat. Anak-anak yang belajar di sini ada lebih kurang 40 - 50 orang. Pada hari ni, anak-anak sebahagiannya ke masjid untuk berbuka di sana...memang ada tugasan mereka ke masjid. Budak-budak ni bukan main seronok nak bakar kambing.

Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Al Ansar; kenduri berbuka puasa

Ada cadangan untuk perbaiki lagi maahad ni. Baru 2-3 tahun usianya, banyak lagi boleh buat di sini. 

Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Al Ansar; kenduri berbuka puasa

Sebahagian anak-anak yang ada. Sementara tunggu waktu berbuka mereka berzikir dan bermain alat-alat muzik seperti rebana kecil, kompang.

Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Al Ansar; kenduri berbuka puasa

Dah nak dekat waktu berbuka, menu simple, nak hidangkan kejap aje. Akak kan suka yang simple simple...hehe

Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Al Ansar; kenduri berbuka puasa

Makan dalam talam/dulang. Bos kena tengok dulu cukup tak kuantiti hidangan.


Pengalaman untuk anak-anak kami makan bersama dalam talam/dulang.  Lepas berbuka semua, sempat juga bungkuskan untuk anak-anak tahfiz ini bersahur nanti sebab keesokan  harinya mereka nak pulang ke kampung masing-masing menyambut aidil fitri.

Tertunailah sudah hajat MIL dan syukur semua urusan dipermudahkan. Berkesempatan kami untuk laksanakan hajat ini dengan sebaik mungkin.  Lepas selesai di maahad, kami bergegas berkemas dan balik rumah, selesaikan tarawih kat rumah ajer beramai-ramai. Lepas tarawih pakat bersembang lagi sebab sorang lagi abang hubby baru sampai kat rumah. Akak sampai terlelap-lelap. 

Jul 12, 2016

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak

Assalamualaikum wbt.  Siapa nak duit raya? Jom join GA Cik Akak ni, mudah sesangat syaratnya...
Giveaway berlangsung hari ini hingga 25.07.2016 - TAMAT jam 7.00 pagi

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak

click duit ni untuk join

Klik sini

Google+ Followers

top social

Pages