Makan Kerang Rebus di Wanis Char Kueyteau Nibong Tebal. Semalam cuti Nuzul Quran, berehat secukupnya di rumah. Kebelakangan ni banyak aktiviti 'back to back' yang kena buat, memang letih. Lepas selesai semua urusan semalam, tiba-tiba en hubby ajak keluar. Tengok jam dah pukul 10 malam kot tapi mata masing-masing tak mengantuk so layan kan saja la. Siap-siap tanpa ada hala tuju lagi. Dah masuk kereta baru en hubby ajak pergi makan kerang rebus. Ni dek viral kat tik tok la ni, kami pun terjahkan makan kerang rebus di Wanis Char Kueyteau di Nibong Tebal. Tidaklah jauh sangat dalam setengah jam perjalanan daripada rumah, kalau tak jem. Tapi malam tadi memang jalan clear.
Wanis Char Kueyteau, Nibong Tebal
Inilah kedainya. Dari simpang luar dah nampak lampu terang benderang tanda kedai buka walaupun hari cuti. Ramai rupanya orang kat situ walaupun dah lewat malam. Mujur barisan tak panjang dan parking tak susah.
Kat luar ni ada macam-macam jenis kerang, siput, kupang pun ada . Korang boleh pilih satu jenis atau campur-campur. Selain itu, ada juga masakan goreng yang korang boleh order juga. Kami order campuran kerang dan lain-lain serta sepinggan kueyteau goreng. Nak raso-raso ja.
Belangkas pun ada. Akak tengok ramai juga yang order belangkas bakar tapi kami tak order. Dulu masa remaja makan juga telur belangkas tapi isi belangkas ni belum pernah cuba lagi.
Inilah yang kami order. Kerang rebus ni disertai dengan 3 jenis pencicah - air asam, sos cili dan juga kuah kacang. Tak pernah makan kerang rebus dengan kuah kacang tapi rasanya lebih sesuai kalau diberi kicap cili potong, lebih menarik ! Korang boleh juga cuba kueyteaunya...sedap !
Kesimpulannya - okaylah kalau korang makan sambil sembang-sembang. Pekerja kedai ni pun cepat dan tangkas juga, tak ada nampak kelam kabut, semua tau kerja masing-masing.
Kalau korang nak singgah, akak share lokasinya. Bulan puasa ni buka sampai jam 130 pagi.
12 Comments
sedapnye kerang cicah asam.. kami x pernah mkn belangkas.. dlu waktu kecik2 kami buang je belangkas ni kalau tersangkut pada jalan sebab xboleh makan..
ReplyDeletememang sedap dapat cicah air asam, dengan kicap potong cili padi pun sedap juga.
DeleteSedapnyer
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap ikut selera.
Deletefeveret saya tuh kalau kerang rebus..
ReplyDeletelayan kerang rebus sekali sekala.
Deletefuyoo macam2 makanan ada kat sini sampai belangkas pun ada tu
ReplyDeleteTu la, tapi tak tergerak lagi nak rasa isi belangkas.
DeleteKak Azi....SA teringin nak makan kerang rebus kat stall2 tepi pantai..tapi belah2 utara la sebab kat sana murah kan...
ReplyDeleteJomlah datang sini, nak kata murah taklah murah sangat tapi bolehlah.
DeleteNampak macam menarik . CCL pun belum pernah cuba makan colek kerang dengan kuah kacang
ReplyDeletesaya pun pertama kali cuba dengan kuah kacang tapi suka lagi cicah air asam atau kicap pedas.
Delete