Kemeriahan AidilFitri Bila Anak-anak Pulang Beraya Bersama Keluarga
Kemeriahan Aidil Fitri Bila Anak-anak Pulang Beraya Bersama Keluarga. Korang masih sibuk dengan sambutan Aidil Fitri? Dah dua minggu lebih berlalu, asyik bertangguh nak bercerita di sini. Sambutan yang sangat sederhana tapi padat dan meriah. Al maklum, anak-anak semua dah keluar meneruskan perjuangan mencari ilmu di tempat-tempat yang berbeza. Memang sangat terasa tak sabar-sabar menunggu seorang demi seorang balik ke rumah. Beginilah yer rasanya ibu ayah kita dahulu, menanti kepulangan anak-anak.
Tahun ni semua anak-anak dapat bersama menyambut Aidilfitri, Abang Irfan pun berkesempatan balik dari India. Kiranya seminggu sebelum raya, akak dan hubby sibuk menyusun jadual nak ambil anak-anak daripada beberapa lokasi. Hilang penat bila dapat berkumpul. Buat pertama kali sambutan raya kami tanpa kuih raya. Memang dah set tak nak beli atau buat kuih raya kali ini sebab kami akan lebih masa atas jalan sepanjang minggu cuti tu.
Tahun ni giliran beraya di kampung en hubby. Sama seperti tahun-tahun kami beraya di Perak, tugasan utama kami adalah menyediakan juadah pagi raya. Kali ni en hubby masak kurma kambing, rendang daging untuk dimakan dengan ketupat pulut. Awal pagi raya masak pula nasi minyak dan ayam masak merah yang jadi juadah makan seharian keluarga yang ada. Tak ramai pun kali ni beraya di Perak, dua keluarga bersama mertua akak, yang lain-lain raya kedua baru sampai.
Ramai juga yang singgah berkunjung bertemu dengan MIL yang dah lama tak jumpa. Kami pun berulang-ulang berkumpul di meja makan sambil bercerita. Banyak sangat 'catch up' nak buat. Sesi bergambar sudah semestinya kena ada - sebagai kenangan dan ingatan di kemudian hari. Bila anak-anak dah dewasa, mereka dah pandai nak set sendiri masa dan gaya photoshot mereka.
Seharian raya pertama di Perak, tengah malam macam biasa bergerak ke selatan selepas keluarga ipar sampai. Kena berganti di kampung sebab tak nak tinggalkan MIL sendirian. Sebelum gerak, makan dulu bekalan yang ipar bawa dari Perlis. Sepanjang jalan, ditemani abang Irfan bersembang dengan ayahnya pengalaman dan cerita-cerita dari bumi India. Akak curi-curi dengar sambil layan mata mengantuk.
Bergerak waktu malam, kenderaan tidak banyak sangat atas lebuhraya, suasana pun sejuk, nyaman je berbanding dengan waktu siang ketika ini yang panas membahang. Dua pit stop macam biasa, luruskan pinggang dan ambil secawan kopi. Kali ini En Hubby drive sorang sahaja, mungkin dah dapat rehat cukup awal tadi. Dapatlah akak tidur tidur ayam sepanjang perjalanan. Sebaik dengar laungan azan suboh, kami dah sampai di bumi Melaka. Singgah masjid dahulu sebelum teruskan perjalanan.
Hari raya kedua, kami sambut di rumah abah. Abang kakak dah berkumpul semalam dan dah balik ke rumah masing-masing, jadinya akak kenalah rancang pergerakan bertemu abang kakak pula. Biasanya kami berkumpul sama-sama pada hari raya pertama. Sempatlah juga bertemu dengan anak-anak saudara dan cucu saudara. Tetap riuh walaupun tak ramai.
Memang agak padat cuti kali ini sebab masa anak-anak bercuti tidak lama. Hari raya keempat dan mula seorang demi seraong pulang ke lokasi masing-masing. Mulalah rasa sunyi semula. Walaupun begitu, raya kali ini memang meriah buat kami sekeluarga. Padat dan penuh terisi dengan pelbagai rancangan.
Zaman digital, jumlah gambar diambil tak perlu dikira dah. Jom layan gambar raya kami. Gambar pun dah tak tersusun ceritanya..
Selamat Hari Raya korang semua dari kami sekeluarga !
10 Comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Kak Azi..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya utk SA sekeluarga juga.
DeleteSalam aidilfitri, maaf zahir dan batin!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri
Deletesince 3 years ago akak dah tak balik kg beraya. beraya anak beranak je.
ReplyDeleteAbah saya masih di kampung, jadinya akan beraya dikampung juga selagi boleh. Dah berusia ni penat juga ulang alik bersesak dengan jem di jalanan.
Deletemeriah bila semuanya ada...
ReplyDeleteBetul...bila sorang-sorang dah balik sunyi pulak.
DeleteMeriah kalau semua balik berkumpul ni kan
ReplyDeleteBetul...penat tapi seronok.
Delete