Resipi Ikan Siakap Goreng Kerabu Mangga
Resipi Ikan Siakap Goreng Kerabu Mangga. Dah masuk pertengahan Ramadhan baru nak share resipi. Jadual padat sungguh, tambah cuaca panas sekarang ni, cepat letihnya. Kalau nak cerita masakan, memang boleh dikatakan hari-hari masak sahaja menu berbuka. Cukup satu mata, nasi panas, sedikit kuih yang dibeli di bazar dan buah kurma. Makan ala kadar saja.
Kebiasaannya akak akan makan terus nasi semasa berbuka. Kalau tidak, memang tak makan teruslah sampai ke sahur. Kalau air, memang bergelas-gelaslah jadinya. Sedikit air manis, selebihnya air kosong saja. Saah satu menu yang pertama kali dicuba - Ikan Siakap Goreng Kerabu Mangga.
Resipi Kerabu Mangga akak pernah kongsikan sebelum ni ---- KERABU MANGGA
Korang boleh cuba buat.
Beli seekor ikan siakap sederhana besar. Kalau tak ramai, belilah saiz kecil sedikit. Nak lagi senang, cari penjual yang dah siap siangkan ikan siakap tu, lepas tu korang minta dia belahkan ikan tu macam belahan ikan bakar. Penjual tu cakap belah butterfly. Butterfly pun butterflylah.
Basuh ikan dan lumurkan dengan tepung beras dan tepung jagung. Jangan lupa sedikit garam. Panaskan kuali dan minyak. Bila minyak dah betul-betul panas, bolehlah masukkan ikan dalam kuali. Akak tak terbalikkan pun ikan masa menggoreng tu tapi gunakan minyak banyak. Sambil-sambil tu curah-curahkanlah minyak panas atas ikan.
Goreng sampai masak dan garing. Angkat dan toskan. Letak elok-elok atas pinggan. Agak-agak dalam 3-4 minit sebelum masuk waktu berbuka, korang curahkanlah kerabu mangga tadi atas ikan siakap goreng tu.
6 Comments
Baru tadi beli siakap, bole Cuba resepi ni nanti 👍
ReplyDeleteSilalah cuba, kalau suka masakan masam-masam ...memang ini salah satu pilihan yang mudah untuk disediakan.
Deleteaduyai terliur mama. sedap tu makan dgn nasi panas aje dh cukup
ReplyDeletehaah..makan satu menu ni dengan nasi pun dah okay.
DeleteMenarik !!
ReplyDeleteBoleh cuba
Silalah mencuba, senang je.
Delete