Tukar Baru Radio Kereta.  Baru-baru ni radio kereta en suami rosak, tak keluar bunyi langsung.  Kereta lama, macam-macam ragamlah.  Kereta ni pun kami beli untuk kegunaan abang irfan ke tempat kerja.  Kereta lama, harga pun murah.  Tak mahu buat hutang baru, jadi gunalah dulu sementara abang irfan nak stabil.  

Bila anak-anak dah ada lesen memandu sendiri, memang ibu ayah jarang dah memandu kalau keluar ramai-ramai.  Kena biasakan masing-masing memandu sendiri.  Bila dah memandu sendiri baru lah mereka  tahu kena fokus, kalau tidak masuk kereta masing-masing tidur.  Sepanjang radio kereta ni rosak, memang sunyi waktu memandu.  Boleh mengantuk jadinya terutama bila memandu sendirian.


cerita harian, kisah radio, kereta kami

Beli radio ni di shoppee aje.  En suami nak yang simple simple aje janji boleh dengar.  Orang lama, macam tu la.  Harga dalam RM250 sahaja. Upah pasang di kedai RM50.   Boleh disambungkan ke wifi.   


cerita harian, kisah radio, kereta kami

Boleh guna hotspot dengar lagu di spotify.  Itu anak-anak sukalah.   Macam-macam lagulah kalau anak-anak yang memandu.  Sekarang ni taklah sunyi bila memandu kereta en suami ni.  

Selamat meneruskan ibadah puasa...dah masuk hari ke 4, cepat betul masa berlalu.