Tukar Baru Radio Kereta.  Baru-baru ni radio kereta en suami rosak, tak keluar bunyi langsung.  Kereta lama, macam-macam ragamlah.  Kereta ni pun kami beli untuk kegunaan abang irfan ke tempat kerja.  Kereta lama, harga pun murah.  Tak mahu buat hutang baru, jadi gunalah dulu sementara abang irfan nak stabil.  

Bila anak-anak dah ada lesen memandu sendiri, memang ibu ayah jarang dah memandu kalau keluar ramai-ramai.  Kena biasakan masing-masing memandu sendiri.  Bila dah memandu sendiri baru lah mereka  tahu kena fokus, kalau tidak masuk kereta masing-masing tidur.  Sepanjang radio kereta ni rosak, memang sunyi waktu memandu.  Boleh mengantuk jadinya terutama bila memandu sendirian.


cerita harian, kisah radio, kereta kami

Beli radio ni di shoppee aje.  En suami nak yang simple simple aje janji boleh dengar.  Orang lama, macam tu la.  Harga dalam RM250 sahaja. Upah pasang di kedai RM50.   Boleh disambungkan ke wifi.   


cerita harian, kisah radio, kereta kami

Boleh guna hotspot dengar lagu di spotify.  Itu anak-anak sukalah.   Macam-macam lagulah kalau anak-anak yang memandu.  Sekarang ni taklah sunyi bila memandu kereta en suami ni.  

Selamat meneruskan ibadah puasa...dah masuk hari ke 4, cepat betul masa berlalu.


 


16 Comments

  1. Murah tu Kak, plus boleh smbg dgn hotspot tu kira ok sangatlah esp budak² skrg ni kan suka dengar lagu dekat Spotify tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah murah juga harganya, setakat nak dengar radio buat peneman di perjalanan.

      Delete
  2. anak anak kalau pasang radio macam macam lagu keluar. kalau saya dengan suami, lagu slow rock kapak 80/90an ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan kami. Kalau anak2 yang memandu, memang lagu-lagu genre mereka je lah yang kedengaran.

      Delete
  3. RM250 ada macam2 function, kira berbaloi la....

    ReplyDelete
  4. Boleh sambung wifi tu pun ok dah kak...
    Kadang2, dengar radio nie.. Lagi banyak bebel dari lagu nya... Bertambah mengantuk jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radio dlm kereta ni layan masa pergi dan balik kerja saja sebab sorang2 memandu. Kalau keluar dengan keluar, anak2 lebih suka dengan lagu di spotify sbb tu berbaloi boleh connect ke wifi.

      Delete
  5. Best kan shopping di Shopee, macam2 ada. Sekejap je masa kan, dah 4 Ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya shopee ni, tak pernah keluar tangan kosong, so ronda-ronda bila ada keperluan sahaja.

      Delete
  6. Sekarang kat shopee macam2 ada. Lagi murah dari beli kat kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, macam-macam ada di shopee, tapi bila ada keperluan baru saya masuk, bahaya rambang mata,.

      Delete
  7. Saya pun tak tahan kalo naik mobil tanpa ada suara lagu. Mesti ada, biar tak mengantuk 🤭😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang begitu gayanya, tambah-tambah kalau memandu sendirian.

      Delete
  8. Murah tu...yang penting rasa seronok dengae

    ReplyDelete