Baru-baru ni, department kami mengadakan cabaran makan makanan sihat.  Cabaran ni dimasukkan dalam pertandingan Gaya Hidup Sihat yang diadakan di semua cawangan  di setiap negeri.  Selain daripada penyediaan makanan, kiraan 'step' juga diambil secara individu dan berkumpulan.  Masing-masing pun sibuklah pulun sekurang-kurangnya nak capai 10k langkah setiap hari untuk dapat markah maksimum.

Seronok bila masing-masing tak berhenti nak cari langkah walaupun di pejabat.  Pantang ada masa sedikit, bergeraklah ke depan ke belakang dalam pejabat.  Iyelah kebanyakan kami memang cara kerja adalah di depan laptop, jadi setiap sejam atau 45 minit, kami akan bangun untuk buat sedikit streching, ikutlah masa masing-masing.

Bagi menambahkan jumlah poin, pihak HQ masukkan pula perkongsian makanan sihat.  Kami kena update dalam aplikasi BookDoc.  Syarikat memang dah sediakan akses untuk setiap anggota ke aplikasi ini. Jadinya masing-masing pun sibuklah berkongsi hasil masakan masing-masing untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam untuk bantu tambah kutipan markah team masing-masing.



suku-suku separuh, diet sihat, diet kurus

Antara menu yang akak sediakan untuk diri sendiri, memang dah terbiasa makan cara suku-suku separuh hampir setahun yang lepas lagi, jadi tak susah nak fikir apa yang nak disediakan.  Sebelum makan, ambil gambar dulu dan share dalam aplikasi.  Tunggu feedback samada lulus atau tidak.  Kalau tak lulus, kena cuba lagi untuk sesi makan berikutnya.


suku-suku separuh, diet sihat, diet kurus


Macam-macam menulah yang keluar.  Tiap-tiap hari masing-masing berkongsi dulu nak sediakan apa. 


suku-suku separuh, diet sihat, diet kurus

Paling mudah, sarapan pagi dengan overnight oat.  Tapi ada pula kawan yang tak suka oat.  Boleh cuba sandwich atau bijirin bersama susu.  Senang dan mudah disediakan.


suku-suku separuh, diet sihat, diet kurus

suku-suku separuh, diet sihat, diet kurus

Biasanya akak akan ambil buah-buahan sebagai snacking pagi dan petang.  Stok buah-buahan memang kena ada sentiasa di rumah.

Cabaran makanan sihat ni akak dah mula hampir setahun yang lepas selepas sedikit ujian kesihatan pada diri sendiri.  Dah kena baru nak sedar.  Jadi bila department kami buat cabaran ni, akak on saja la sambil dapat sharing-sharing dengan team member.  

Kadang-kadang tu memang 'penat' juga nak memikirkan apa yang nak disediakan setiap hari.  Stok bahan pun kena sentiasa ada. Bukan mudah nak istiqomah, tapi bila dah hari-hari buat, dia dah jadi rutin.  Sesekali tu ter 'cheat day' juga, terutama bila anak-anak ada di rumah.  Sesekali okay lagi, kena cepat-cepat sedarkan diri semula.   

Ramai yang berkongsi tentang pemakanan sihat ni di pelbagai media sosial.  Jadi tak jadi masalah nak teruskan.  Jom teruskan gaya hidup sihat!
 


0 Comments