Tukar Baru Radio Kereta.  Baru-baru ni radio kereta en suami rosak, tak keluar bunyi langsung.  Kereta lama, macam-macam ragamlah.  Kereta ni pun kami beli untuk kegunaan abang irfan ke tempat kerja.  Kereta lama, harga pun murah.  Tak mahu buat hutang baru, jadi gunalah dulu sementara abang irfan nak stabil.  

Bila anak-anak dah ada lesen memandu sendiri, memang ibu ayah jarang dah memandu kalau keluar ramai-ramai.  Kena biasakan masing-masing memandu sendiri.  Bila dah memandu sendiri baru lah mereka  tahu kena fokus, kalau tidak masuk kereta masing-masing tidur.  Sepanjang radio kereta ni rosak, memang sunyi waktu memandu.  Boleh mengantuk jadinya terutama bila memandu sendirian.


cerita harian, kisah radio, kereta kami

Beli radio ni di shoppee aje.  En suami nak yang simple simple aje janji boleh dengar.  Orang lama, macam tu la.  Harga dalam RM250 sahaja. Upah pasang di kedai RM50.   Boleh disambungkan ke wifi.   


cerita harian, kisah radio, kereta kami

Boleh guna hotspot dengar lagu di spotify.  Itu anak-anak sukalah.   Macam-macam lagulah kalau anak-anak yang memandu.  Sekarang ni taklah sunyi bila memandu kereta en suami ni.  

Selamat meneruskan ibadah puasa...dah masuk hari ke 4, cepat betul masa berlalu.


 


7 Comments

  1. Murah tu Kak, plus boleh smbg dgn hotspot tu kira ok sangatlah esp budak² skrg ni kan suka dengar lagu dekat Spotify tu...

    ReplyDelete
  2. anak anak kalau pasang radio macam macam lagu keluar. kalau saya dengan suami, lagu slow rock kapak 80/90an ...

    ReplyDelete
  3. RM250 ada macam2 function, kira berbaloi la....

    ReplyDelete
  4. Boleh sambung wifi tu pun ok dah kak...
    Kadang2, dengar radio nie.. Lagi banyak bebel dari lagu nya... Bertambah mengantuk jadinya

    ReplyDelete
  5. Best kan shopping di Shopee, macam2 ada. Sekejap je masa kan, dah 4 Ramadhan.

    ReplyDelete
  6. Sekarang kat shopee macam2 ada. Lagi murah dari beli kat kedai.

    ReplyDelete
  7. Saya pun tak tahan kalo naik mobil tanpa ada suara lagu. Mesti ada, biar tak mengantuk 🤭😄

    ReplyDelete