Buah Cempedak Di Luar Pagar
Buah Cempedak Di Luar Pagar. Akak tak tahulah kalau sekarang ni musim buah cempedak sebab nampak macam banyak juga berjualan di jalanan. tapi pokok di kampung tak berbuah pula. Tak kisahlah musimnya atau bukan. Bila nampak buah cempedak ni terus teringat peribahasa 'buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan.
Buah cempedak ni adalah antara buah-buahan tempatan yang akak minat. Isinya yang manis memang boleh ralit bila dah mula makan. Samada makan mentah atau digoreng, dua-dua akak layan. Kalau dulu di kampung arwah mak banyak tanam pokok nangka, jarang sekali jumpa cempedak. Bila dah kahwin dan menetap di utara ni, en suami lebih suka makan cempedak. Maka bertukar minatlah.
Hujung minggu lepas, jalan-jalan cari makan lalulah rumah-rumah kawasan kampung, terjumpa pula orang kampung berjualan cempedak. Menarik buahnya, isinya tebal, rasanya manis. Terus jumpa tuan kebun untuk buat kira-kira. Aktiviti en suami pun bermulalah dengan hasil yang baru dijumpai ni.
31 Comments
alaaa..kat seremban macam xde je cempedak ni kak...kena cari gak ni..tapi tu la SA x leh makan banyak
ReplyDeleteKat utara ni macam banyak juga. Buah luar musim macam ni la. Kalau dekat boleh hantar.
Deletefaveret ammi juga ni walaupun lepas makan selalu sebu perut. kalau kat seremban seulas cempedak goreng dia kira singgit.
ReplyDeleteBetul, cempedak goreng memang mahal, geram je bila beli dapat berapa ketul je. Goreng sendiri puashati.
Deletedapnya..yum yum
ReplyDeletememang sedap, isinya manis.
Deleteya Allah, sedapnye... antara makanan yg lady suka...
ReplyDeleteAlhamdulillah, kena cari tu.
DeleteHa aa dah musim cempedak sekarang.
ReplyDeleteTapi harganya agak tinggi sebab buah luar musim
Betul wak, ada yang jual harga tinggi, buah tak banyak isi, tapi insya Allah yang ni isinya padat. Mana yang kurang isi, kami bagi percuma sahaja.
DeleteMemang best makan cempedak, tak kisahlah mentah atau goreng! 😋 Betul tu, cempedak goreng ni memang layan, especially bila bijinya pun empuk. Seronok dengar cerita tentang aktiviti jualan cempedak tu, sambil buat bisnes, dapat berkenalan dengan orang kampung lagi.
ReplyDeleteBetul seronok pengalaman berniaga ni macam-macam orang jumpa. Anak-anak pun seronok tolong ayah dia sebab pengalaman ni tak diajar dalam silibus sekolah.
Deletepuas hati nie..isi besar2 dan tebal..linda pun baru lepas beli, ada kawan ofis jual isi je..rm12/kg..ok lah..dah tentu dapat isi, kalau beli yang belum buka lagi, takot kena scam je..hahaha...
ReplyDeletedulu2 makan lah biji cempedak, skang, malas betul nk buang kulitnya kak...anak-anak pun tak reti makan biji cempedak tu.sudhanya, let go aje lah
Akak suka makan bijinya, tapi sekarang kena kurang-kurang dah, nanti asyik buang angin ja.
DeleteSedapnya cempedak goreng!
ReplyDeleteSy suka makan biji cempedak rebus, letak garam masin² sikit mmg layan Kak...
Ya betul, akak pun suka makan bijinya.
DeletePenuh belakang trak!
ReplyDeleteRezeki
Deletewow..sedapnya cempedakkk..
ReplyDeletenieyl sukaaa cempedak goreng, tapi terpaksa tahan x makan sbb klu makan, Allah sakit satu badan...
Makan sikit sikit ja sekarang ni.
Deletewahhh fresh dari ladang...kat sini tak nampak lagi. Kalau akak nampak mmg beli pastu buat cempedak goreng. Dulu masa muda remaja, mesti nak makan bijinya sekali tapi bila dah tua2 ni, takut nanti angin mmg jenuh nak baik
ReplyDeleteDulu apapun makan, biji cempedak, biji nangka. Sanggup kumpul-kumpulkan lepas tu rebus, makan sambil tengok tv.
Deletetolong pos sebiji
ReplyDeletehantu cempedak goreng tgh mengidam ni
hahahaha
Kalau dekat boleh ja pas pas ni.
Deletemeriah buah cempedak tu..sedapnya
ReplyDeleteSedap manis isinya.
Deletesekarang mmg banyak nampak cempedak dijual
ReplyDeleteYa..walaupun luar musim tap ada sesetengah tempat yang banyak hasilnya.
DeleteSebenernya saya masih bingung kak, cempedak dan nangka itu sama tak? Mirip aja saya lihat...
ReplyDeleteSaya suka jugaaaa. Makan fresh ataupun digoreng, sampai2 sedaaaap 😍😍😍
Kalo bijinya suka direbus Ama mama. Di sini sebutannya beton. Jadi suka kami buat jokes. Beton kan means steel. Jadi kalo ada yg sebut, lagi makan beton, kami bilang Gatotkaca lah 😄
Buah cempedak biasanya tidak besar-bedar sangat. Isinya lembut dan comel-comel. Manakala buah nangka ianya besar-besar. Isinya juga besar dan keras sedikit. Kedua-duanya ada bau yang berbeda. Kedua-dua kalau rajin, bijinya boleh direbus juga. Biasanya orang jual goreng cempedak, buah nangka makan begitu aja.
DeleteNak cempedak goreng....fuhhh lama tak makan ni....
ReplyDelete