Cendawan Hitam Masak Lemak Cili Padi Dengan Daging.  Sebelum ni akak bukan penggemar cendawan. Tapi anak no 2 memang peminat tegar cendawan. Hmmmm...anak no 2 memang lain sikit yer.  Kalau buat stok sayuran, mesti ada dimasukkan cendawan sekali.  Sampaikan, bila  anak dah balik kolej pun, mak ayah ni terbeli juga stok cendawan.   Cendawan hitam (black fungus) ni baru cubaan kami untuk masak-masak.  pernah makan cendawan hitam masak lemak cili padi di rumah abang, kakak ipar suka masak.  Bila terjumpa cendawan hitam ni, kami pun cuba skill untuk memasak menu ni.

Resipi Cendawan Hitam Masak Lemak Cili Padi Dengan Daging

masakan sedap, menu viral, menu kampung, makanan pedas, masakan daging, masakan cendawan

Tergoda tak?  Akak share cara paling mudah nak sediakan menu ini.  Bahan- bahan pun tak susah - kena ada cendawan hitam, daging (potong nipis), bawang merah, cili padi, serai, asam keping, sedikit kunyit hidup (kalau tak ada boleh je guna serbuk kunyit), serbuk perasa, garam, gula, bawang merah, santan kotak atau kalau ada kelapa parut pun boleh perah santannya.


masakan sedap, menu viral, menu kampung, makanan pedas, masakan daging, masakan cendawan

Biasanya masak lemak cili padi ni menggunakan daging salai.  Tapi kali ni, kita buat kelainan sedikit.  Daging yang dipotong nipis tadi, diperap dengan sedikit sos tiram, serbuk lada hitam, sedikit kicap.  Biarkan untuk 10-15 minit. Kami suka guna daging yang ada urat dan lemak serba sedikit. 


masakan sedap, menu viral, menu kampung, makanan pedas, masakan daging, masakan cendawan

Bawang, kunyit, cili padi tumbuk lumat. Nak pedas, masukkan lebih cili padi. Tapi tengok jugaklah berapa banyak daging dan cendawan yang korang nak masak.  En hubby suka peda, akak kurang sikit, so kami letak 7-8 biji cili padi. 


masakan sedap, menu viral, menu kampung, makanan pedas, masakan daging, masakan cendawan

Biasanya orang guna daging salai.  Kali ni kami guna daging yang telah diperap tadi dan kemudiannya digoreng.  Bukan goreng sampai garing tapi goreng masak. Kalau potongan tidak tebal, daging akan cepat masak.  Lepas masak, ketepikan daging.  


masakan sedap, menu viral, menu kampung, makanan pedas, masakan daging, masakan cendawan

Inilah black fungus yang kami gunakan.  Beli sepeket sahaja dia pasaraya Aeon.  Tempat lain pun ada. Tak perlu rendam pun sebab cendawan ni bukan cendawan kering.  Basuh-basuh dan toskan.

Lepas tu bolehlah korang buat kuah lemaknya.  Masukkan rencah yang dah tumbuk tadi dalam periuk, masukkan santan, kalau pekat boleh tambah air sedikit-sedikit.  Masak lemak cili padi ni lebih sedap kalau kuahnya sederhana pekat tapi jangan lah ceroi.  Kacau-kacaukan, masukkan asam jawa sekeping dua, nak masuk serai pun boleh, tak masuk pun tak apa, tapi biasanya kalau masak lemak ada daging, lebih sesuai masukkan sebatang serai yang dah diketuk sedikit.

Kuahnya perlu sentiasa dikacau untuk elakkan santan jadi berketul. Masukkan daging, kacau lagi untuk beberapa minit, bagi daging lebih lembut. Kemudian masukkan cendawang dan perasalah garamnya.  Terus kacau sampai sebati rasa semuanya.  Siap dan bolehlah dihidangkan.  Sedap tau...boleh bertambah-tambah makannya.


6 Comments

  1. kompem sedap ni mkn bertambah2 nasi

    ReplyDelete
  2. Sy pun suka cendawan...
    Nanti nak try resepi Akk ni :)

    ReplyDelete
  3. anak-anak tak gemar sangat sayur...jadi yang selalu jadi stok sayur...carrot aje lah..dan timun...hihihi

    ReplyDelete
  4. Oh masak dengan daging...tak pernah cuba lagi resipi ni. Mesti sedap ni makan dgn nasi panas.

    ReplyDelete
  5. Memang lapar dibuat kak 😍😍. Saya pun suka jamur. Jenis apapun saya sukaaa sangat. Makanya stok jamur selalu ada di rumah. Kapan2 nak buat jamur masak lemak seperti ini

    ReplyDelete
  6. xpernah lg cuba..tp mcm sedap ja..simple ja kan resepinya

    ReplyDelete