Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah.   Bila tiba mood malas masak, memang cari kedai makan sahajalah.  Kadang-kadang dah masak untuk pagi dan tengahari, bila malam macam tak tahu nak makan apa terutama hujung minggu.  Seharian di rumah, malam mesti cari kedai makan luar.  Masa nilah nak 'korek' cerita anak-anak. 

Tempat kami di Kulim ni banyak juga kedai makan yang akan guna nama taman di mana lokasi kedai berada.  Senang nak ingat.  Taman-taman baru muncul macam cendawan, jadinya kedai makan pun macam-macam ada.  En suami agak pemilih sedikit kedai mana yang boleh makan, kedai mana yang tak menarik masakannya.  Begitulah kalau suami pandai memasak, sampaikan kedai makan pun kena pilih juga.

Kalau kedai yang okay, akan ulang datang lagi.  Tapi kalau kedai yang tak okay, sekali sahaja kami singgah.  Kedai makan Dapur Tomyam Kempas Indah ini antara kedai favorite kami.  Walaupun harganya mungkin sedikit lebih tapi masakannya memang sedap.  Dah masuk dalam senarai kedai boleh 'repeat' en suami.  

Kalau korang datang Kulim, boleh cari kedai ni.


masakan sedap, makan tomyam, menu menarik, makan bersama keluarga

Pilihan Masakan Sedap Ikut Selera

Ahad lepas kami singgah makan di sini.  Portion makanan di sini  korang boleh share berdua.  Biasanya bahagian akak memang 'tolak' sebahagiannya pada Irfan.  Macam biasa, kami suka juga order ala carte menu sebab nanti boleh rasa macam-macam masakan. 


masakan sedap, makan tomyam, menu menarik, makan bersama keluarga

Kuey teow kung fu pilihan akak.  Sedap tau ! Sayur pun banyak.  Kuahnya pekat rasa sedikit masam, sedap dihirup.  Makan dengan nasi pun sedap.  Sepinggan ni harganya RM8.00


masakan sedap, makan tomyam, menu menarik, makan bersama keluarga

Nasi goreng belacan pilihan Irfan. Nasi goreng belacan ni disertai dengan telur mata, ayam masak pedas (tapi taklah pedas pun), potongan cili padi, sambal belacan dan kerabu mangga.  Memang puashati. Plating pun cantik !


masakan sedap, makan tomyam, menu menarik, makan bersama keluarga

Pilihan en suami - nasi goreng dengan sotong masak pedas.  Portion nasi dan lauknya memang agak 'mewah'.  Makan puas kata en suami.  Tak kisah harga lebih sedikit tapi kita puashati.  


masakan sedap, makan tomyam, menu menarik, makan bersama keluarga

Adik Wan pula makan nasi goreng ayam goreng kunyit.  Si bungsu ni kalau makan mesti ada telur.  Di asrama, jaranglah nak dapat makan telur setiap hari, so bila balik rumah, mak layankan je la.  Kalau perasan, setiap nasi gorengnya rupa parasa berbeza.  Ada kedai yang guna nasi goreng  yang sama cuma dihidangkan dengan padanan lauk masing-masing.  

Menu nasi goreng di sini berharga dalam RM9-RM10 sepinggan.  Ada juga pilihan nasi goreng special antaranya nasi goreng ayam chicken chop, nasi goreng ayam buttermilk.  Ramai bagi review salad ayamnya pun sedap.  Lain kali boleh try yang ni pula.

Minggu depan mesti ramai yang bersambung cuti sempena Chinese New Year dan cuti sekolah.  Kalau ada yang singgah di Kulim, boleh cuba masakan di sini.

Lokasi : 875 & 876 Taman Kempas 3, Kulim

Apa aktiviti korang CNY nanti?