Jalan-jalan ke Hat Yai - part 3

Tuesday, January 12, 2016

Penginapan dan Pengangkutan

Assalamualaikum wbt


 Sambung lagi kisah di Hat Yai. Agak-agak bila nak habis? Kali ni akak nak berkisah tentang penginapan dan pengangkutan. Sepanjang berada di Hat Yai, kami tinggal di Centera Hotel, ditengah-tengah kota Hat Yai. Nak makan, meronda pasar malam, turun hotel terus masuk kawasan berkaitan. Kat sini ada banyak pilihan samada korang nak bilik atau ambil apartment. Cuma kalau nak apartment kenalah booking cepat. Akak ambil 2 bilik deluxe. Oleh kerana tiada jenis bilik yang ada connecting room, akak minta Agoda arrange dengan pihak hotel untuk dapatkan bilik sebelah menyebelah. Itulah kelebihan booking melalui Agoda ni, korang boleh minta depa bantu keperluan korang. Semasa daftar masuk, korang akan diberi segelas air pandan....sejuk nyaman jer...hilang penat!!

Jalan-jalan ke Hat yai, penginapan dan pengangkutan

Ni bilik yang kami ambil. Biliknya agak luas juga, boleh bentang toto lagi kalau nak. Pemandangan bandar. Bestnya rancangan tv Malaysia pun boleh tengok. 

Jalan-jalan ke Hat yai, penginapan dan pengangkutan

Jalan-jalan ke Hat yai, penginapan dan pengangkutan

Macam biasa mana-mana hotel, benda-benda ni semua ada. Air mineral letak dalam botol kaca bukan plastik yer. Yang tu ajer percuma, yang dalam fridge berbayar. Kena remind banyak kali kat adik wan jangan ambil sebarangan.

Jalan-jalan ke Hat yai, penginapan dan pengangkutan

Remote tv dan senarai rancangan diletak elok dalam bekas ni. Mudah korang nak tengok channel mana. Punye ler banyak channel. Satu lagi yang menarik kat hotel ni, broadband memang laju sungguh. Dalam hotel memang guna wifi saja. Bila kat luar baru on data berbayar, tu pun best....laju.  Kira kalau korang guna smartphone, masalah nak cari lokasi atau arah jalan memang takde masalah, kelajuan datanya memang amat membantu.

Jalan-jalan ke Hat yai, penginapan dan pengangkutan

Tak sah kalau masuk hotel takde kolam renang kalau bawa budak-budak ni.  Kolamnya tidaklah besar sangat. Tak ramai pun nak terjun, so memang puaslah budak-budak ni berendam. Lepas mandi kolam boleh pergi sauna. Kolam di tingkat 7 kalau tak silap. Bersebelahan kolam ada spa dan gym. Abang irfan dah lebih tertarik untuk pergi gym, yang lain-lain terjun kolam ajerlah. Akak masa tak ramai teruja jugak main air dengan anak-anak. Bila dah ramai terjun, akak dok keringkan diri kat kerusi malas ajer la.


Jalan-jalan ke Hat yai, penginapan dan pengangkutan

Bagi yang ada anak-anak kecil, kat sini juga disediakan tempat jagaan anak-anak. Camp Safari namanya. Boleh bagi anak-anak main macam-macam kat dalam ni. Akak tak masukpun. Kakak dan amira yang temankan dik wan bermain kat dalam ni sambil abang di gym manakala ibu ayah pergi shopping di kawasan berdekatan. 

Jalan-jalan ke Hat yai, penginapan dan pengangkutan

Pemandangan dari tingkat 7 di kawasan kolam. Memang nampak bangunan-bangunan hotel sahaja. So, penginapan memang tidak mendatangkan masalah pada sesiapa yang nak ke Hat Yai. Kalau walk-in je pun rasanya korang masih boleh dapat bilik cumanya tak boleh nak pilih sangat la.

Pengangkutan

Kat sini, pengangkutan utamanya adalah tuk tuk. Mana-mana pun nampak tuk tuk. Berderet-deret tunggu penumpang. Hari pertama kat sini kami guna tuk tuk ajer nak ke mana-mana. Sorang RM2 tapi oleh kerana kami ramai cukup satu tuk tuk, depa tak kira per kepala, kira satu tuk tuk. Malam tu kami suruh bawa ronda-ronda Hat Yai...30-45 min kena dalam RM25. Boleh suruh diaorang berhenti nak ambil gambar. Ok lah masih murah sebab ambil satu tuk tuk. Budak-budak ni bukan main seronok lagi.....

Jalan-jalan ke Hat yai, penginapan dan pengangkutan

Tuk tuk depan hotel.

Jalan-jalan ke Hat yai, penginapan dan pengangkutan

Bukan main teruja lagi masing-masing dapat meronda bandar Hat Yai malam-malam. Driver tuk tuk tu pun pandai je bawa kat tempat-tempat cantik untuk ambil gambar.  Kat sini boleh jer nak bercakap Bahasa Malaysia. Diaorang sedikit sebanyak faham. Tapi kadang-kadang jadi jugak adegan macam ayam bercakap dengan itik. En Hubby sepanjang masa cakap loghat utara dia, budak-budak ni puas gelak.

Seterusnya, nanti entry berikutnya ..akak nak share pasal tempat makan.

Entry sebelum ni....















You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook