Jalan Jalan ke Hat Yai - Part 1

Thursday, January 07, 2016


Assalamualaikum wbt


Cerita lama, sekolah pun dah buka..akak tak update lagi . Tak jauh pun, jalan dekat-dekat sempadan jer, pertama kali pi oversea anak akak kata. Plan nak gi oversea ni dah lama, daripada awal tahun lagi dok plan tapi tak kesampaian memandangkan abang irfan ada exam PT3. So kami tunda ke hujung tahun sebagai hadiah juga untuk anak-anak selepas bertungkus lumus dalam peperiksaan masing-masing. Boleh jugak isi tabung penuh-penuh...hehhee...

Bila nak berjalan dengan gerabak-gerabak ni, selain daripada penginapan, pengangkutan...kos juga adalah perkara utama yang diambilkira.  Akak tak budget banyak, sebab dah remind diri sendiri dan anak-anak - pergi berjalan bukan bershopping. Jadi shopping memang dah slash awal-awal.  Penginapan akak dah tempah sebulan awal. Trip kami 10 - 12 Disember 2015 lepas. Bila dah decide nak ke Hat Yai, akak lah yang menjalankan tugas survey sana sini blog yang menceritakan pengalaman kat sana. Dapatlah sedikit gambaran dan tempat-tempat yang boleh dikunjungi termasuk tempat makan.

Kami bertolak dari Kulim jam 7 pagi, target nak sampai tengahari. Masing-masing excited giler sebab dah lama tak bercuti. Singgah kejap kat Jitra berjumpa adik EnyAbdullah yang famous dengan brownies kedutnya. Bawak bekal kononnya!! Daripada Kulim tidaklah ambil masa lama sangat...tak sampai 3 jam pun. 

Sebelum sampai Bukit Kayu Hitam, kami berhenti di stesen minyak Caltex sebelum exit ke Kuala Perlis. Isi minyak penuh-penuh dan buat terus insuran kereta dan white card. Insuran RM12  jer dan whitecard setiapnya RM3. Boleh je nak buat sendiri kalau dah biasa pergi tapi aku ambil jalan selamat lah...buat semua kat situ. Untuk yang membawa kenderaan sendiri korang ada 2 form lagi yang perlu diisi. Form TM2 (maklumat kenderaan) dan form TM3 (maklumat penumpang). Kat stesen tu pun boleh buat juga tapi disebabkan aku tak tahu ....bila tiba kat post sempadan baru aku terhegeh-hegeh isi. Form bahasa siam di translate ke bahasa inggeris tak standard tau. Baca banyak kali baru boleh hadam.


jalan-jalan hat yai, imegresen sempadan Thailand, hat yai

Berbaris memasuki imegresen Bukit Kayu Hitam.  Masa ni tak banyak sangat kereta, baru jam 10 pagi. Lagipun kami pergi hari orang bekerja jadi tak ramailah.

Kat imegresen Bukit Kayu Hitam tak lama dalam setengah jam beratur. Masa ni boleh dok dalam kenderaan masing-masing lagi. Di imegresen thailand, semua orang kena turun. Sila parking kereta ditempat yang disediakan. Masa ni cuaca pun dah rasa lain..panas. Masa ni lah aku tahu kena isi form tm2 dan tm3 tu. Walaupun ada contoh yang diletakkan di atas meja menulis tapi blur jugak sikit-sikit. Boleh jer nak upah diaorang yang ada kat situ buatkan, tapi aku tengok semua dok pakat tulis sendiri maka aku pun tulis sendiri la. Nasib baik ada yang sudi menolong semak...hehhe...


jalan-jalan hat yai, imegresen sempadan Thailand, hat yai

Ni dia whitecard. Ada 2 keping - arrival dan departure. Satu serah masa masuk dan satu lagi depa ambil masa balik.

Lepas tu berderet-deretlah kami ke post imegresen untuk cop pass. Masa ni kalau korang bawak budak kecik yang aktif harap bertabahlah yer. Kalau korang tak buat lagi whitecard boleh jer upah depa kat sini tuliskan dan diaorang akan bantu korang sampai ke kaunter cop pass tapi ingat...berbayar!!

Masa cop pasport tu setiap orang kena tunjuk muka sebab depa nak scan muka korang. Bagi yang bawa kenderaan sendiri, lepas cop pasport korang ..korang kena beratur pulak kat kaunter pelepasan cukai kenderaan. Masa ni korang kena bawa borang tm2 dan tm3 tadi bersama. Lepas tu depa akan print bagi borang declaration. Pastu pergi pulak booth disebelah nya untuk pegawai depa sign..jangan lupa ambil copy korang sebab salinan ni korang nak kena serahkan masa balik sebelum keluar sempadan. Kalau tak serah depa akan hantar surat denda, 1 hari lewat 10,000 bat bersamaan dengan RM100 lebih kurang (lebih lagi la kalau currency jatuh). Korang jangan lupa yer setiap kali korang hulur pasport atau form sila selitkan RM1 supaya korang dapat layanan daripada depa. 


jalan-jalan hat yai, imegresen sempadan Thailand, hat yai

Welcome to Thailand. Selesai semua urusan di imegresen maka memandu masuklah kami menuju destinasi. 

Selesai semua ni barulah korang boleh bawak masuk kereta ke bumi siam......
Pada yang pertama kali, mungkin rasa rumit sedikit tapi kalau dah ada pengalaman ....in sha Allah mudah jer sebenarnya......Bila dah menjejak masuk bumi siam....hmmmm....lain rasanya berbanding Malaysia. Ada yang kata jangan pergi Thailand...bahaya. Takde apapun sebenarnya. Korang jangan lah pergi ke tempat yang bergolak. Carilah tempat-tempat menarik yang banyak terdapat di Thailand ni...


jalan-jalan hat yai, imegresen sempadan Thailand, hat yai

Jam pertama yang korang nampak selepas melepasi kawasan imegresen. Waktu di Thailand awal sejam daripada Malaysia. Dekat 2 jam jugak aku habiskan masa di sempadan ni. 


Nanti sambung pulak dengan kisah di bumi siam yer.....


You Might Also Like

4 comments

  1. info yang bagus. Nanti boleh refer sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila ikuti kisah seterusnya...hahaha

      Delete
  2. Pasport skrg warna biru ea? bukan merah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang warna biru tu border pass. Passport masih warna merah

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook