Assalamualaikum wbt

Seterusnya.....

Masuk sahaja bumi Thailand, akak rasa tenang jer. Penduduk tempatan sibuk dengan aktiviti harian tapi takde lah nampak berserabut. Jalan pun lurus elok jer takde berlubang-lubang atau tak rasa. Nak memandu pun rasa best jer. Sepanjang jalan memang banyak kelihatan gambar raja Thailand. Masyarakat Thailand memang amat menghormati raja mereka. Kat mana-mana mesti boleh nampak gambar raja Thailand sampai budak-budak pun boleh kenal lah.

Kami bergerak masuk dengan hanya berpandukan peta yang akak dah download dalam internet. Konon, tak mau beli data ...alah tak susah kot nak ke Hat Yai.  Mula memang lah jalan lurus jer. Dan untuk pengetahuan korang, siaran radio Sinar FM dengan frekuensi 97.10 masih boleh kedengaran sehingga beberapa km nak sampai Hat Yai. Hebatkan!!! 

Bila dah masuk bandar Hat Yai mulalah masing-masing pening mencari jalan ke hotel. Tak susah sebenarnya sebab setiap jalan memang ada namanya, cuma nak tengok peta nak tengok jalan ...kadang-kadang terlepas jugak. Nasib baiklah abang irfan pandai tengok peta dan cepat dapat cam jalan. Akak walaupun co pilot tapi masa tu akak dok diam..hahahhaa....

jalan-jalan ke hat yat, cuti-cuti sekolah, hat yai

Ni la peta yang kami gunakan untuk sampai ke hotel.


Tak lama pun mencari, tepat jam 3pm kami dah terpacak depan hotel penginapan. Hotel yang kami pilih ialah Centera Hotel, Hat Yai.  Puashati tau menginap kat sini....

Nanti akak cerita lagi

Pada yang terlepas part 1, boleh baca  : jalan-jalan-ke-hat-yai-part-1

2 Comments