Makan-makan

Assalamualaikum wbt

Dah part 4. Bertabah yer ada 1 atau 2 part lagi akak habiskan cerita kat Hat Yai. Boleh jer nak sump up satu entry tapi tak puas nak cerita. Ada banyak gambar jadi kena share sebanyak mungkin.

Kali ni nak cerita pasal makan . Di sini korang jangan susah hati bab makanan halal. Senang nak dapat makanan halal cuma antara kena dengan selera korang atau tidak. Kebanyakan yang meniaga makan adalah muslim Patani ataupun orang Kelantan yang buka kedai makan di sini.  Salah satu sebab akak pilih Centera Hotel jugak sebab makanan halal ada dan korang boleh baca review kat agoda. 

jalan-jalan hat yai, hat yai, tempat makan di hat yai

Hari pertama sampai, lepas check in simpan bag kat bilik, kami terus keluar cari makan. Memang dah lapar sangat dah masa tu. Tak sampai 3 minit jalan kaki daripada hotel, dah nampak Salma Restoran. Ramai yang review dan cadangkan kedai makan ni.  Kami cuba. Sementara tunggu order sampai, memang kerja akak review balik lokasi atau aktiviti seterusnya. Siap tulis tu, takut lupa. 

jalan-jalan hat yai, hat yai, tempat makan di hat yai

Hidangan pertama di bumi Hat Yai.  Selesai dimakan...hahahha..... Boleh tahan la kedai ni. Tapi pedas sangat, anak-anak aku lebih banyak minum air. Takper singgahan pertama. 


jalan-jalan hat yai, hat yai, tempat makan di hat yai

Tapi yang paling best...sontam. Ratah macam tu ajer. Pedas jugak tap sedap. Berebut dengan anak dara akak ajer yang ni. Kat kedai makan kat sini apa yang akak nampak, nasi dihidang dalam portion yang kecil tapi lauk hmmm...selambak. Makan banyak lauk daripada nasi....bagus tu....

jalan-jalan hat yai, hat yai, tempat makan di hat yai

Sebelah malam, korang jangan risau sebab di pasar malam memang ada jualan makanan untuk muslim. Sekali lagi yang menarik sebab keluar pintu hotel, terus masuk area `night market' sepanjang-panjang jalan. Macam-macam jenis barang yang dijual terutama pakaian, kasut, jam, beg dan macam-macam lagi. Makanan laut celup tepung seperti udang, ketam memang berderet-deret orang jual. Rata-ratanya jualan muslim, korang boleh jer pilih, beli dan makan. Depa ni semua boleh cakap melayu tapi slang kelantan la.


jalan-jalan hat yai, hat yai, tempat makan di hat yai

Di Centera Hotel juga, ada pilihan makanan untuk muslim. Macam biasa, pilihan salad adalah pilihan utama kami anak-beranak. Selain itu, ada pilihan makanan untuk vegetarian. Kira boleh jer kalau korang nak ambil bilik  dan breakfast sekali.  

Kalau nak breakfast di luar pun boleh ajer. Seawal jam 6 pagi (waktu Malaysia) atau jam 5 pagi waktu di sana, korang boleh ajer berkunjung ke pasar-pasar pagi yang banyak terdapat di sana. Nanti akak kongsikan kisah pasar pagi.  Akak tak berkesempatan keluar awal pagi sangat sebab adik wan masih lena dibuai mimpi. Tapi dari cerita en hubby dan irfan...pasar paginya memang menarik. 

jalan-jalan hat yai, hat yai, tempat makan di hat yai

Kalau ke Hat Yai, jangan lupa singgah di pasar terapung. Pasar ini dibuka setiap Jumaat - Ahad dari jam 4 petang sehingga 9 malam kalau tak silap. Bersusun sampan-sampan yang penuh dengan pelbagai jenis jualan yang kebanyakannya adalah makanan. Pilih yang mana berkenan sebab ramai muslim yang berjualan.

jalan-jalan hat yai, hat yai, tempat makan di hat yai

Makanan tempatan di sana kot...akak tak pasti apa isi di dalam tapi ramai juga yang menjual di jalanan.  Satu yang menarik di sini, persekitaran dan jalan-jalan walaupun sibuk dengan orang menjual tetapi bersih. Takde pasir-pasir berterbangan ke makanan. Tiada sampah sarap bersepah di celah-celah simpang jalan. 

Selain daripada pekan Hat Yai sendiri yang korang boleh dapat rasa dan cuba pelbagai jenis makanan, korang juga boleh bergerak ke Pantai Samila, Songkhla. Jarak dari Hat Yai ke sini tidaklah jauh sangat, dalam sejam lebih sikit perjalanan. Pantai Samila merupakan destinasi terakhir kami sebelum bergerak pulang. Kat sini selain daripada pantainya, kami jumpa satu kedai makan yang memang superb dengan selera kami.

jalan-jalan hat yai, hat yai, tempat makan di hat yai

Amina Seafood Restoran. Kat sini banyak deretan kedai tapi kena pilih, jangan tersilap masuk. Tugas memilih memang diserahkan pada en hubby. 

jalan-jalan hat yai, hat yai, tempat makan di hat yai

Kat sini kami order bawal emas stim limau, sotong masak pedas, telur dadar, tomyam seafood kuah putih campur, sayur goreng. Hidangan untuk 6 orang makan, total tak sampai RM100 yer. Rasanya memang sedap terutama ikan stim limau dan tomyamnya. Hasilnya, bila balik rumah, en hubby mulakan operasi mencuba tomyam seafood sendiri...hahha...kami bagi 5 bintang!!!


Bagi yang bercuti panjang di sini, banyak lagi lokasi tempat makan yang boleh dicuba. Banyak juga jenis masakan yang menarik tapi semuanya bergantung pada selera dan citarasa korang.

Harap pilihan ini boleh membantu korang kalau berkunjung ke Hat Yai.....

Entry lain tentang Hat Yai :



2 Comments