Menu Simple Di Awal Minggu
Menu Simple Di Awal Minggu. Isnin adalah hari akak akan bekerja dari rumah. Jadi boleh tenang-tenang seawal pagi. Semenjak abang Irfan dah memulakan HO nya dan kakak dah mula intern, akak pun tambah boost sikit untuk sediakan sarapan dan bekalan di awal pagi. Untuk Irfan simple aje selalunya sebab dia hanya akan grab saja apa-apa yang boleh dikunyah dalam kereta. Seawal 630 pagi dah keluar bekerja. Jadual tak serupa yang lain.
Kakak pula waktu kerjanya bermula 830 pagi, jadi bolehlah tenang-tenang sedikit. Biasanya memang akan bekalkan makan tengahari untuk kakak sebab tempat internnya jauh sedikit daripada kedai makan. Masa yang terhad memang terkejar-kejar kalau nak keluar makan. Nak order grab setiap hari, banyak pula kosnya nanti. Jadi sama macam ibu, bawa bekal waktu hari kerja.
Pagi ni ibu buatkan wrap telur. Kemudian masak nasi, goreng telur dadar dan buat sambal sardin aje.
3 Comments
Lama juga tak buat sambal sardin ni. Teringin pulak.
ReplyDeleteNampak sambal sardin akak ni terus teringin ank buat sambal sardin..
ReplyDeletedah habis pun tak sempat nak buat jemput-jemput dah
Delete