Menu Simple Di Awal Minggu.  Isnin adalah hari akak akan bekerja dari rumah.  Jadi boleh tenang-tenang seawal pagi.  Semenjak abang Irfan dah memulakan HO nya dan kakak dah mula intern, akak pun tambah boost sikit untuk sediakan sarapan dan bekalan di awal pagi.  Untuk Irfan simple aje selalunya sebab dia hanya akan grab saja apa-apa yang boleh dikunyah dalam kereta.  Seawal 630 pagi dah keluar bekerja.  Jadual tak serupa yang lain.

Kakak pula waktu kerjanya bermula 830 pagi, jadi bolehlah tenang-tenang sedikit.  Biasanya memang akan bekalkan makan tengahari untuk kakak sebab tempat internnya jauh sedikit daripada kedai makan. Masa yang terhad memang terkejar-kejar kalau nak keluar makan.  Nak order grab setiap hari, banyak pula kosnya nanti.  Jadi sama macam ibu, bawa bekal waktu hari kerja.

Pagi ni ibu buatkan wrap telur.  Kemudian masak nasi, goreng telur dadar dan buat sambal sardin aje.

menu sarapan, makan tengahari, menu simple, rajin masak

Telur dadar campurkan dengan hirisan cendawan, bawang besar, cili merah dan daun bawang.  Kalau campur-campur macam ni, makan telur sahaja pun rasa kenyang.


menu sarapan, makan tengahari, menu simple, rajin masak

Dah lama tak buat sambal sardin ni.  Biasanya buat lebih, nanti beli roti atau buat jemput-jemput bawang boleh cicah dengan sambal ni.  Kalau rajin bolehlah bancuhkan tepung buat doh jadi karipap sardin.  

Menu makan tengahari akak juga nanti.  Jom korang dah masuk waktu kerja ni.  Nanti ada kesempatan akak terjah blog korang yer!


3 Comments

  1. Lama juga tak buat sambal sardin ni. Teringin pulak.

    ReplyDelete
  2. Nampak sambal sardin akak ni terus teringin ank buat sambal sardin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah habis pun tak sempat nak buat jemput-jemput dah

      Delete