Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah.  Depan rumah akak memang ada kebun getah tinggal. Dah lama tak nampak orang datang memotong getah pagi-pagi.  Agak luas jugalah kebunnya.  Kat sinilah jadi tempat tinggal kera, lotong dan mungkin juga binatang lain.  Kejadian pokok tumbang ni berlaku semasa hari raya ketiga. Waktu ni akak sekeluarga masih lagi berada di kampung akak.  

Memang dah jangka pokok ni ak

an tunggu masa untuk tumbang, melihatkan keadaannya yang dah semakin condong.  Kami agak-agak kalau tumbang tak akan sampai ke bumbung rumah tapi mungkin cecah juga pagar rumah.  Nak upah potong memang tak adalah y

ang  nak buat menjelang hari raya.  Nak maklumkan kepada tuan kebun, kami pun tak kenal siapa.


celoteh makcik, sembang petang,cerita keluarga

Waktu sedang bersiap-siap untuk balik rumah sendiri tu , en suami dapat panggilan phone daripada jiran lorong depan maklumkan pokok dah tumbang.  Kesan daripadanya, habis kabel TNB da TM jatuh ke bumi termasuklah sambungan kabel internet ke rumah akak.  Internet rumah dan elektrik pun terputus.


celoteh makcik, sembang petang,cerita keluarga


celoteh makcik, sembang petang,cerita keluarga

Kalau korang nak tahu, ini kabel unifi, ada jalur kuning.  Kalau korang jumpa kabel ni, maknanya area tu ada coverage unifi.


celoteh makcik, sembang petang,cerita keluarga

Dengan bantuan jiran, dapatkan bantu uruskan pemotongan pokok dan menghubungi pihak TNB untuk betulkan kabel.  Kabel TNB tu memang betul-betul atas  pagar rumah akak.  Hampir sepuluh jam jugalah kejiranan akak tu tak ada elektrik, mujur juga pihak TNB cepat datang dan betulkan.  Akak bantu hubungi kawan-kawan untuk kembalikan sambungan internet.


celoteh makcik, sembang petang,cerita keluarga

Bila sampai rumah unifi ni dah berfungsi semula.  Sekarang ni semuanya kena ada sambungan internet, bila kat rumah, kami lebih suka guna home unifi ni saja, lebih pantas.  Akak pun ada hari-hari yang bekerja dari rumah sahaja, jadi bila sambungan internet terputus memang kena cepat-cepat minta bantuan.



celoteh makcik, sembang petang,cerita keluarga

Ada team datang potongkan dahan-dahan yang berpotensi untuk patah atau tumbang.  Sebelum ni tiang TM tu tak nampak ditutupi dahan-dahan pokok getah, sekarang ni dah nampak jelas.  Macam ni la bila rumah berdepan dengan tanah kebun.  Kalau diusahakan, nampaklah bersih tapi kebun ni tak tahu kat mana tuannya.  Tapi seronok rumah area ni sebab kawasan sejuk sedikit, pagi-pagi puas tengok kehijauan. 






8 Comments

  1. Bahayanya, tumbang merentasi jalan lagi. 10 jam juga tak ada elektrik, lama juga tu.

    ReplyDelete
  2. Naseb baik takde kerosakan serius...syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tak ada yang serius.

    ReplyDelete
  4. Seronok kalau depan rumah ada kawasan hijau² gini tapi itulah ada juga risikonya Akk kan... Dekat kawasan sy ada masa TNB datang potong pokok² yg cecah/lindung wayar letrik

    ReplyDelete
  5. Ya Allah tapi bersyukur juga tak ada menimpa rumah atau mobil atau orang yaaa. Pohon2 besar ini memang buat udara lebih sejuk, tp kalo dah terlalu besar kuatir dia roboh pula

    ReplyDelete
  6. Di musim hari raya ini tumbang pulak pokok.. tapi syukur tiada yang tercedera dan sebagainya..

    ReplyDelete
  7. Macam2 terjejas!

    Ehem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang juga saya terjah.....tahniah tahniah

      Delete