Beli Kek Marble Online. Pernah tak beli kek secara online? Ini adalah kali kedua akak beli melalui seller yang berbeza tapi kedua-duanya famous dan kali kedua juga dengan seller yang sama.
Mungkin ada yang biasa dengar baker Sarina Anuar. Selalu juga buat live di TikTok. Di situlah rasa keinginan untuk mencuba tu datang bila melihatkan hasil kek marblenya. Nampak menarik dan rasa macam sedap. Akak ni pantang nampak yang menarik di mata, mesti nak cuba. Satu lagi nak cuba membeli makanan seperti kek ni, berapa lama bertahan kalau beli secara online.
Kalau ikutkan seller ni berada di selatan dan akak di utara. Jangkamasa sampai dalam 2 ke 3 hari bergantung pada hari korang order. Tapi setakat ni 2 hari dah sampai kat akak. Packaging memang sangat cantik dan kemas, lupa pulak nak ambil gambar unboxing. Tapi memang kemas, siap ada tanda 'fragile' dan nota maklumkan di dalam nya ada kek, supaya penghantar jaga baik bungkusan tersebut.
Order kali pertama akan beli kek marble red velvet. Sedap yer, kena dengan rasa yang akak suka, tak manis. Sampai dalam keadaan baik, tidak pecah atau hancur. Lepas terima pun masih bertahan lagi beberapa hari. Tapi tak lama pun, tak sampai dua hari, habis dah dimakan,
Kali kedua order, akak beli combo 4 perisa iaitu perisa red velvet, pandan, coklat dan oren. Semuanya sedap tapi paling akak suka ialah red velvet dan coklat.
Bila dah lama tak beli, tiba-tiba ternampak pulak seller buat live. Ha....terbeli lagi. Kali ni perisa nepolitan pulak. Suka pulak tengok warna bahagian dalamnya. Cantik !
Sekarang ni kena 'stop' dulu dengan kek marble ni. Tunggulah beberapa bulan nanti baru cari semula kek. Akak ni, kalau kena rasanya memang suka makan kek. Tapi dah berumur ni, makan pun kena pilih-pilih dan ada hadnya. Kenalah jaga lebih kesihatan diri.
Kalau korang nak cuba, boleh je cari di TT. Kalau seller buat live, adalah jualannya. Peminat kek marble boleh cuba ni.
7 Comments
Tak pernah lagi beli kek online. Cuma kawan pernah pos kek pisang coklat. Cantiknya kejadian kek tu.
ReplyDeletecantiknya kak..tergoda pula tengok akak share ni,ada juga yang terpengaruh beli nanti ni
ReplyDeleteCantiknya kek tu Kak Azi. Amazed Sy tengok orang mampu hasilkan kek secantik dan sedap gini
ReplyDeleteSaya pun sesekali beli cake online kak. Tp tak pernah kalau dari kota yg berbeda, pasti hancur sampai jakarta 😅😅. Jadi selalu beli dari jakarta juga, misal penjual di jakarta selatan, saya stay di jakarta timur. Masih okelah.
ReplyDeleteEh Tp pernah sekali beli kue lapis dari pontianak Kalimantan. Berhubung kue lapis memang lebih aman utk dikirim jauh, jadi saya masih oke belinya.
Kalau marble begini memang tak beranj beli dari jauh
Bagusnya x retak pecah kek tu...nampak sedap...
ReplyDeleteCantek nya warna dia haha... red velvet ni buat apa pun konpom sedap punya la kan 🥰🥰
ReplyDeleteHebat packagingnya, kue seperti ini lama di jalan, dan saat sampai tidak pecah 👍👍👍👍. Saya tak berani kalau beli kue dah beda kota kak. Krn pasti hancur. Kecuali kue2 macam lapis legit, itu lebih kokoh. Kalau marble cake, saya belum Nemu yg kokoh begitu 😅
ReplyDelete