Iftar Dengan Murtabak Pisang.  Kan dah kata ahli rumah akak ni penggemar murtabak.  Bukan sahaja murtabak daging atau ayam, pisang pun boleh.  Bila pisang masak di rumah, memang macam-macam menu mula terhasil.  Boleh dikatakan semuanya menu masa en suami kecil-kecil dahulu, kali ni diberi peluang untuk kami rasa.  Hidangan paling MIL suka buat.

Kami pun belajar daripada MIL.  Tapi bila kami yang buat, apa yang boleh dpermudahkan, kami permudahkan.  Kali ni buat sendiri murtabak pisang.  Bila buat sendiri ni faham-fahamlah, tak ada rasa kedekut meletak bahan.  Paling penting, hasilnya mesti sedap dan habis.

Bila dah hujung-hujung Ramadan  ni biasanya dah kurang nak makan nasi.  Tapi akak masih mencari nasi juga sewaktu berbuka puasa.  Anak-anak dan en suami dah mula berbuka dengan kuih muih sahaja, sahur baru makan nasi.  Murtabak pisang ni mudah saja nak buat.  Kalau korang malas nak uli tepung, boleh cuba beli tepung yang siap diuli di kedai yang menjual roti canai.  Biasanya mereka boleh jual kalau setakat korang nak beberapa ketul tepung yang dah siap diuli tu.  Tapi kalau korang rajin, bolehlah uli sendiri.

Intinya pula, ambil 2-3 biji pisang emas (pisang lain pun boleh),  lenyekkan dengan garfu dan campurkan dengan sedikit gula.  Tebarlah tepung tadi ikut cara korang.  Kalau akak biasanya, tekan dan tarik atas dulang besar sahaja.  Tak pandai nak menebarnya.  Tapi kalau korang ada skill tebar roti canai, bolehlah gunakan.

Macam biasa,  bila dah lebar tepung tadi, letakkanlah sedikit-sedikit isi pisang tadi.  Lipat elok-elok dan letakkan atas kuali yang dah dipanaskan terlebih dahulu.  Renjis-renjiskanlah sedikit minyak masak.  Balik-balikkan sampai masak.  


menu iftar, berbuka puasa cara kampung, menu lama, menu kegemaran

Nampak macam roti pisang tapi kami panggil murtabak sebab bahan dan intinya lebih tebal daripada roti pisang kedai mamak.   

menu iftar, berbuka puasa cara kampung, menu lama, menu kegemaran

Satu pinggan berintikan telur dengan campuran daun sup, daun bawang, dan bawang besar.  Satu lagi berintikan pisang .

menu iftar, berbuka puasa cara kampung, menu lama, menu kegemaran

Asingkan siap-siap untuk Irfan.  Buat juga jemput-jemput pisang kegemaran anak-anak.  Semenjak bekerja ni baru sehari sempat berbuka di rumah, itupun waktu cuti.  Bertabahlah anak, memang tugas seorang doktor memerlukan banyk pengorbanan.


menu iftar, berbuka puasa cara kampung, menu lama, menu kegemaran

Sebelum makan, potong-potong dulu.  Makan macam nipun dah mengenyangkan.  Tak boleh buat selalu.  

Sebelum ni akak pernah kongsikan resipi murtabak nangka pisang.  Campuran hirisan nangka dan pisang pun sedap kalau korang nak mencuba.  Murtabak ni kegemaran MIL. Tapi sekarang kalau nak makan anak cucu lah yang kena buatkan. MIL pun dah tak larat nak uli dan tebar tepung roti.  Terima kasih sangat pada MIL yang masa sihatnya selalu sahaja berkongsi cara masakan dan menu orang lama-lama terutama makanan kegemaran orang Banjar.  



20 Comments

  1. Tak pernah makan murtabak pisang.

    ReplyDelete
  2. Yg bentuk begini memang disebut martabak kalo dj sini kak. Tapi biasa kalo isinya manis, sebut martabak manis . Kalo isinya daging/ayam sebut martabak telur. 😄.

    Saya sukaaaa juga. Apalagi kalo isi tebal, memang kenyang lah makan 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la, akak pun suka sebab makan sekeping pun dah kenyang.

      Delete
  3. Cantik kejadiannya, kalah kedai mamak ni Kak Azi. Memang sedap dan puas makan la buat sendiri kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali melayan selera makan, tak boleh buat selalu, bertambah-tambah kilo nanti.

      Delete
  4. Oh, boleh eh beli doh roti canai kat kedai, nanti nak cubalah beli dengan mamak thoufeeq kat rumah ni, hihi. Teringin jugak nak buat murtabak pisang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di sini, boleh je beli tepung yang dah siap uli tu.

      Delete
  5. bila dah potong tu sekali tengok mcm telur dadar pun yaaa

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. memang sedap, buat sendiri, makan pun puashati.

      Delete
  7. Wow! tengok dia punya tebal cam tu pun tau... komfom kenyang!

    ReplyDelete
  8. nampak sedap....

    btw, selamat hari raya..

    ReplyDelete
  9. Menariknya martabak pisang. Belum pernah makan lagi. Pertama kali tengok martabak pisang. Rupanya ada martabak lagi selain yang biasa saya dengar martabak daging, ayam dan maggi. Boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  10. ada nutella sedap tu
    mcm murtabak kat thailand tu😁

    ReplyDelete