Iftar Dengan Murtabak Pisang
Iftar Dengan Murtabak Pisang. Kan dah kata ahli rumah akak ni penggemar murtabak. Bukan sahaja murtabak daging atau ayam, pisang pun boleh. Bila pisang masak di rumah, memang macam-macam menu mula terhasil. Boleh dikatakan semuanya menu masa en suami kecil-kecil dahulu, kali ni diberi peluang untuk kami rasa. Hidangan paling MIL suka buat.
Kami pun belajar daripada MIL. Tapi bila kami yang buat, apa yang boleh dpermudahkan, kami permudahkan. Kali ni buat sendiri murtabak pisang. Bila buat sendiri ni faham-fahamlah, tak ada rasa kedekut meletak bahan. Paling penting, hasilnya mesti sedap dan habis.
Bila dah hujung-hujung Ramadan ni biasanya dah kurang nak makan nasi. Tapi akak masih mencari nasi juga sewaktu berbuka puasa. Anak-anak dan en suami dah mula berbuka dengan kuih muih sahaja, sahur baru makan nasi. Murtabak pisang ni mudah saja nak buat. Kalau korang malas nak uli tepung, boleh cuba beli tepung yang siap diuli di kedai yang menjual roti canai. Biasanya mereka boleh jual kalau setakat korang nak beberapa ketul tepung yang dah siap diuli tu. Tapi kalau korang rajin, bolehlah uli sendiri.
Intinya pula, ambil 2-3 biji pisang emas (pisang lain pun boleh), lenyekkan dengan garfu dan campurkan dengan sedikit gula. Tebarlah tepung tadi ikut cara korang. Kalau akak biasanya, tekan dan tarik atas dulang besar sahaja. Tak pandai nak menebarnya. Tapi kalau korang ada skill tebar roti canai, bolehlah gunakan.
Macam biasa, bila dah lebar tepung tadi, letakkanlah sedikit-sedikit isi pisang tadi. Lipat elok-elok dan letakkan atas kuali yang dah dipanaskan terlebih dahulu. Renjis-renjiskanlah sedikit minyak masak. Balik-balikkan sampai masak.
20 Comments
Tak pernah makan murtabak pisang.
ReplyDeleteBoleh cuba buat nanti Cie
DeleteYg bentuk begini memang disebut martabak kalo dj sini kak. Tapi biasa kalo isinya manis, sebut martabak manis . Kalo isinya daging/ayam sebut martabak telur. 😄.
ReplyDeleteSaya sukaaaa juga. Apalagi kalo isi tebal, memang kenyang lah makan 1
sama la, akak pun suka sebab makan sekeping pun dah kenyang.
DeleteCantik kejadiannya, kalah kedai mamak ni Kak Azi. Memang sedap dan puas makan la buat sendiri kan
ReplyDeleteSesekali melayan selera makan, tak boleh buat selalu, bertambah-tambah kilo nanti.
DeleteOh, boleh eh beli doh roti canai kat kedai, nanti nak cubalah beli dengan mamak thoufeeq kat rumah ni, hihi. Teringin jugak nak buat murtabak pisang tu.
ReplyDeleteKalau di sini, boleh je beli tepung yang dah siap uli tu.
Deletebila dah potong tu sekali tengok mcm telur dadar pun yaaa
ReplyDeleteMacam telur dadar kedai mamak eh
DeleteSedapnya murtabak Pisang.
ReplyDeletememang sedap, buat sendiri, makan pun puashati.
DeleteWow! tengok dia punya tebal cam tu pun tau... komfom kenyang!
ReplyDeleteya kenyang
Deletesedap
ReplyDeletesedap sangat ikut selera kami
Deletenampak sedap....
ReplyDeletebtw, selamat hari raya..
Selamat hari raya.
DeleteMenariknya martabak pisang. Belum pernah makan lagi. Pertama kali tengok martabak pisang. Rupanya ada martabak lagi selain yang biasa saya dengar martabak daging, ayam dan maggi. Boleh cuba ni.
ReplyDeleteada nutella sedap tu
ReplyDeletemcm murtabak kat thailand tu😁