Penginapan Semasa Di India.  Kita sambung cerita pasal trip India lagi.  Walaupun dah beberapa bulan berlalu, akak share je sebagai panduan dan kenangan simpan sini.   Kali ni akak share serba sedikit info tentang tempat penginapan sepanjang kami di sana.

Ada dua lokasi perjalanan kami sepanjang di India iaitu Hyderabad dan juga Belgaum.  Kedua-duanya terletak dalam negeri yang berbeza dengan jarak yang jauh. Di mana dari Hyderabad ke Belgaum kalau menggunakan pengangkutan darat boleh mencecah 12 jam atau lebih perjalanan.  Kami memilih naik kapalterbang sahaja, sejam sampai.

Akak share dulu penginapan di Hyderabad.  Selama 4 hari 3  malam kami menginap di Courtyard by Marriot.  Courtyard ni bersambung dengan Marriot Hotel.  Kalau stay di Marriot mestilah ribu raban cajnya.  Di sini caj yang kami bayar untuk tempoh penginapan tadi hanya lebih kurang RM1.1k dengan pilihan bilik bertiga.  Satu katil king dan satu extra bed.  

Tak ada gambar dalam bilik yang diambil. Korang boleh check dalam website jenis-jenis bilik yang ditawarkan.

hotel bercuti, jalan-jalan India, tempat bercuti, percutian luar negara, hotel murah, hotel cantik

hotel bercuti, jalan-jalan India, tempat bercuti, percutian luar negara, hotel murah, hotel cantik

hotel bercuti, jalan-jalan India, tempat bercuti, percutian luar negara, hotel murah, hotel cantik

Ruang makan di bahagian bawah agak selesa juga.  Kat sini memang ramai pelancong menginap terutama mat salleh.  

hotel bercuti, jalan-jalan India, tempat bercuti, percutian luar negara, hotel murah, hotel cantik

Ruang menunggu sementara process check in/check out atau korang saja-saja nak lepak-lepak dalam hotel.  Akak tak spend banyak masa sangat dalam hotel.  Masyarakat di India ni kalau jumpa orang luar, memang dia akan pandang kau atas bawah macam orang buat salah. Irfan kata itu biasa.


hotel bercuti, jalan-jalan India, tempat bercuti, percutian luar negara, hotel murah, hotel cantik

Kat hotel ni, sebelum korang masuk ke lobi hotel, korang akan diperiksa terlebih dahulu, termasuk beg-beg yang korang bawa.  Yang korang nampak ni adalah tempat scanner barang dan beg korang macam dekat airport.  Setiap pengawal yang jaga pintu masuk akan pegang alat scan untuk scan korang.  Situasi sama macam di airport.   Pemeriksaan ni akan dibuat setiap kali korang nak masuk ke dalam hotel.  Tapi bila dah 2-3 hari muka korang ada je keluar masuk, kalau yang berada di pintu masuk tu dah kenal, dia bagi je masuk tak perlu scan lagi.   


hotel bercuti, jalan-jalan India, tempat bercuti, percutian luar negara, hotel murah, hotel cantik

Pemandangan dari bilik.  Di Hyderabad ni tak adalah view yang cantik-cantik yang korang boleh nampak bila tarik tirai bilik. Hyderabad merupakan bandar industri.  Bangunan-bangunan bersusun-susun macam bongkah kayu.  Di bawah tu adalah tempat pembakaran mayat.  Secara kebetulan, ada kematian masa kami tengah mengintai-intai di balik tirai bilik tu.  Tengok dari atas sahaja.  Di atas bumbung bangunan jadi  tempat anak-anak bermain.  Macam pernah tengok situasi ni dalam cerita di tv.


hotel bercuti, jalan-jalan India, tempat bercuti, percutian luar negara, hotel murah, hotel cantik

Sehari sebelum kami check out,  housekeeping yang bersihkan bilik kami tinggalkan nota kecil atas katil.  Sweet pulak budak ni !  Comel je dia susun bantal dan teddy bear tu.  By the way bear tu akak bawa dari Malaysia hahaha....Ambil masa nak fahamkan apa yang disampaikan.  Secara kebetulan pula, bila kami keluar bilik, terserempak dengan beliau di depan lift.  Terus dia tanya, are u the person stay in that room ?  Irfan yang jawap dengan beberapa perkataan Hindi.  Seronok sungguh dia, minta  nak selfie dengan Irfan dan En Hubby. Layankan saja !

Coretannya mengikut apa yang akak faham daripada penulisannya:

Namaste,
Thank you for staying with us. I hope you ae stay comfortable with us.  Anything you want, take up phone  dial '0'.

Thank you.

Share your vulnerable 'feedback'

Yours housekeeping
Subha

Jenuh juga nak faham tulisannya. Sweet Subha !

Dari Hyderabad, kami ke Belgaum.  Belgaum yer bukan Belgium.  Belgaum ni lebih kepada kawasan pertanian.  Suasana kat sini lebih nyaman dan tidak seperti bandar Hyderabad. Bila kawasan pertanian dan kampung ni korang kena jangkalah akan ternampak macam-macam benda yang korang tak jangka. 
 

hotel bercuti, jalan-jalan India, tempat bercuti, percutian luar negara, hotel murah, hotel cantik

hotel bercuti, jalan-jalan India, tempat bercuti, percutian luar negara, hotel murah, hotel cantik

Sebaik sahaja turun kapalterbang, nyaman jer rasa udara dengan cuaca redup disertai gerimis.  Sejuk jer. Irfan kata, di Belgaum ni ada musim sejuk dan musim panas.  Musim sejuknya bukanlah sampai turun salji tapi redup, gerimis, kadang-kadang hujan.  Memang nyaman. Tapi kalau musim panasnya memang panas boleh mencecah 40C suhunya.  Beruntung waktu kami sampai dah mula cuaca sejuk. Hari-hari hujan tapi tak adalah angin kuat.  

Di Belgaum kami menginap di UK 27 The Fern.  Hotel biasa sahaja tapi biliknya mewah sangat.  Terasa macam orang kaya pulak !  Di sini kami berada selama 5 hari 4 malam.  Sama macam di Courtyard, sebelum masuk ke lobi, korang akan diperiksa dahulu.   Seronoknya masa ni, ramai juga parent anak-anak yang menginap di hotel yang sama.  Jadi setiap masa kalau duduk di lobi mesti terjumpa orang Malaysia. 

Jarak hotel ini dengan tempat pengajian Irfan  tak sampai 10 minit perjalanan menaiki auto.  Pemandu auto di sini juga mudah berurusan sebab pemilik syarikat auto ni dah biasa menerima tempahan anak-anak pelajar.  

hotel bercuti, jalan-jalan India, tempat bercuti, percutian luar negara, hotel murah, hotel cantik

Hotel ni hampir setiap hari ada program orang besar-besar.  Kumpulan polis selalu sahaja ada di sini.  Macam biasa, bila tengok orang luar, memang pandangan daripada atas ke bawah.  Nak jadi cerita, satu malam tu kami kena sebaik pulang daripada makan diluar, kami dipanggil staff di receptionist.  Muka nampak tak puashati, tanya macam-macam. Aish....akak senang je, minta dia panggilkan manager bertugas sahaja. Jangan macam-macam sebab penginapan ni memang akak dah buat full payment.  Bila manager sampai, check system semua terus minta maaf.  Okay kurang point review nak bagi nanti !


hotel bercuti, jalan-jalan India, tempat bercuti, percutian luar negara, hotel murah, hotel cantik

Kami ambil bilik bertiga juga.  Bila masuk tak sangka punyalah besar biliknya macam apartment, untuk 5 hari 4 malam kami hanya bayar dalam RM900++ termasuk sarapan. Lagi murah daripada Courtyard. Bilik ni ada ruang menonton tv, ruang makan, ruang kerja, ruang bersiap dan ada dua toilet dan 1 bilik mandi berasingan.  Memang luas sampai rasa macam nak rehat dalam bilik sahaja.


hotel bercuti, jalan-jalan India, tempat bercuti, percutian luar negara, hotel murah, hotel cantik

Kat sini, setiap pagi masih ada lagi penghantaran suratkhabar.  Baca je la tau juga apa yang berlaku di situ.

hotel bercuti, jalan-jalan India, tempat bercuti, percutian luar negara, hotel murah, hotel cantik

Bila bilik dah besar sangat, rasa macam orang kaya pulak ! Boleh dikatakan kebanyakan masa tinggal kami berdua sahaja sebab Irfan sibuk mengemas barang-barang di kolej.  Jumpa pun masa nak keluar makan atau malam sebelum tidur.  


hotel bercuti, jalan-jalan India, tempat bercuti, percutian luar negara, hotel murah, hotel cantik

Hotel ni pernah dapat pelbagai pengiktirafan.  Lokasi dan keseluruhan hotel ini memang sangat memuaskan.   Sikap pekerja yang kadang-kadang agak kurang mesra tu biasalah, di mana-mana pun mesti ada.  Hotel ni memang nampak biasa sahaja dari luar, tapi bilik-biliknya memang luar biasa.

Seronok juga perjalanan ini walaupun tak banyak tempat yang sempat kami lawati.  Tempahan hotel ini kami buat 3 bulan lebih awal, membolehkan kami dapat harga yang sangat berbaloi.  Lepas ni kalau ada peluang memang nak lagi berjalan di India. Ada banyak tempat menarik di India terutama di kawasan-kawasan tanah tinggi dan pantai. Jomlah isi tabung bagi penuh !

Baca juga:






18 Comments

  1. Puas hati betul.. Dapat bilik besar gitu.. Memang terasa mcm orang kaya lah sekejap.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Kalau di Malaysia dengan harga mcm ni belum tentu dapat bilik yang besar dan luas.

      Delete
  2. Uncle pernah sampai India, new delhi.
    Pengalaman suka duka bercampur baur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam pengalaman boleh dapat di India.

      Delete
  3. Menarik lah Belgaum ni. Best cuaca sejuk² nyaman gitu
    Besar betul biliknya mmg puashati dan dikira murah la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada akak murah jugaklah dengan bilik yang besar macam tu. Betul tu cuaca musim sejuk sejuk sangat nyaman. Tak berpeluh langsung. Kiranya baju pun boleh recycle pakai tanpa basuh.

      Delete
  4. Jadi staff itu tanya Macam2 Krn tak yakin kakak belum settle paymentnya yaa? Padahal dah dibayar full in advance?

    Agak pelik juga mereka. Kan bisa dicek dari sistem. Atau dia tak bisa lihat sistem pembayaran 😅

    Saya kalau ke India nanti memang nak stay di hotel yg bagus atau international chained hotel sekalian. Soalnya considering di sana banyak sangat scam, drpd cari yg murah ternyata tempat macam tak patut, better yg mahal tp trusted .

    Penasaran yg ditulis oleh staff di hotel pertama. Tulisannya tak terlihat 😅. Mungkin Krn saya pakai Hp yaa saat baca ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah update apa yang ditulis staff housekeeping tu. Pusing juga nak fahamkan apa yang tertulis.

      Delete
  5. Macam takut pula nak travel ke sana. Sebab banyak insiden negatif dibaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay ja travel ke India. Mana-mana pun pasti ada segelintit yang selalu pandang negatif pada pelancong.

      Delete
  6. saya just nak tanya 1 benda je
    macam mana air pilinya?
    maksud sy... ada bau ke... bau klorin ke... atau sama je mcm air paip biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air biasa sahaja tak adalah bau klorin kuat. Air minuman, kami beli air mineral sahaja. Bilik hotel akan letak botol baru setiap hari dan masa sarapan kami ambil lebih botol air mineral setiap orang. Tapi pengalaman anak 5 tahun di sana, bekalan air di tempat beliau okay.

      Delete
  7. Wow hotel ni nampak besar biliknya ya...puas hati menginap kat sini tapi minus tang derang pandang slack pulak kat kita ya?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya besar bilik hotelnya, biasalah tu adat orang tengok orang luar .

      Delete
  8. wahh duduk di hotel kat Belgaum tu boleh fefeeling OKB tu ...

    ReplyDelete
  9. lady teringin juga nak ke sana... lady ingt hyderabad ni cantik bandarnya, menghijau.. rupanya ldy silap... sebab dulu ada salah sorg kawan kami tinggal di sini n dia ade bg beberapa keping gmbr... mungkin kawasan lain agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hyderabad bandar industri. tapi mungkin ada bahagian-bahagian yang menghijau. Akak pun tak explore semua sebab satu-satu tempat ambil masa juga perjalanannya.

      Delete