Pertama kali dalam hidup akak nak travel jauh.  Macam-macam rasa yang timbul.  Perjalanan ke bumi India untuk menghadiri majlis White Coat Ceremony Irfan.  Alhamdulillah dah tamat belajar selama 5 tahun di rantau orang.  Memang kami dah berjanji dalam masa 5 tahun ini, kami akan datang ke tempat beliau menuntut ilmu.  Apapun pertama sekali nak kena buat ialah passport.  En suami pun perlu perbaharui passport beliau yang telah lama tamat. 

Selesai  dengan passport, kenalah pula survey harga tiket kapal terbang.  Orang kata kalau beli awal tiket agak murah sedikit.  Pelan-pelan cari dan bandingkan harga.  Lokasi tujuan adalah di Belgaum, Karnataka, India.  Tiada flight terus, perlu transit dan ambil flight domestik pula.  Ada beberapa pilihan tempat transit yang boleh dipilih.  Mula merancang untuk berjalan-jalan dahulu tapi memandangkan masa agak terhad maka kami pilih untuk transit beberapa hari di Hyderabad dan seterusnya akan ke Belgaum.  Penerbangan pilihan -MAS.

Seterusnya cari tempat penginapan pula.  Memandangkan ada 2 lokasi tempat yang kami akan menginap untuk beberapa hari, kenalah cari yang sesuai.  Bila sebut India ni, macam-macamlah cerita yang disogokkan di media sosial mahupun daripada cerita kawan-kawan yang pernah ke sana.  Kami pilih hotel yang ada sediakan sarapan yang sesuai untuk muslim.  Di kedua-dua tempat yang kami pergi ni memang ada ramai Muslim, maka untuk makan tidaklah menjadi masalah sangat. 

Selesai dengan tiket penerbangan dan penginapan, barulah kami mula susun jadual dan perancangan di sana.  Perjalanan kali ini hanya akak dan en hubby sahaja , Irfan tunggu kami di sana dan anak-anak yang lain tinggal di Malaysia.  Kena susun juga jadual mereka supaya ada yang tinggal di rumah dan ada yang menjenguk adik di asrama.  

Untuk memasuki negara India, setiap pengunjung perlu mendapatkan visa.  Lega juga rasanya bila kerajaan India mengumumkan pemberian visa percuma untuk rakyat Malaysia yang berkunjung ke India dengan membuat permohonan melalui e-visa.  

Oleh kerana kami tidak bercadang untuk berlama di sana, kami mohon untuk e-visa pelancong untuk 30 hari.  Boleh mohon di laman web E-visa India ,  Irfan yang mohonkan untuk kami.  Nanti akak share panduan memohon e-visa ini di post yang lain.  Siap dalam masa 2 hari sahaja.  Lega...dah boleh buat persiapan yang lebih detail, maklumlah usia-usia kami nak berjalan jauh.


jalan-jalan luar negara, travel India, e-visa India, USM-KLE, pengalaman hadir white coat ceremony, WCC

Paling penting segala ubatan berkaitan kami sediakan.  Kata orang makanan di India, kalau tak sesuai, boleh jadi meragam perut.  Tak apa kita cuba dulu. Harap-harap semua okay.  Bawa bersama lebih mudah daripada beli di sana.  


jalan-jalan luar negara, travel India, e-visa India, USM-KLE, pengalaman hadir white coat ceremony, WCC

Kami hanya bawa satu luggage pakaian yang dimasukkan ke dalam satu luggage besar kosong dan satu hand carry.  Mesti korang ingat luggage kosong untuk isi barang shopping kan? Salah tu...luggage kosong tu standby untuk masukkan sebahagian barang-barang Irfan sebab kami akan balik bersama sekali nanti. Extra caj luggage pun dah beli siap-siap.


jalan-jalan luar negara, travel India, e-visa India, USM-KLE, pengalaman hadir white coat ceremony, WCC

Kami berdua, orang kata macam berbulan madu. Hahaha...tapi bagi kami ini adalah pre trip kami berdua bermula.  Sekiranya diizinkan kesihatan, lepas ni akan menyusul trip-trip yang lain mengisi waktu-waktu selepas sekian lama sibuk dengan kerjaya masing-masing.


jalan-jalan luar negara, travel India, e-visa India, USM-KLE, pengalaman hadir white coat ceremony, WCC

Seronok tengok awan .  Cuaca cerah tapi tidaklah begitu panas.


jalan-jalan luar negara, travel India, e-visa India, USM-KLE, pengalaman hadir white coat ceremony, WCC

Flight kami ke Hyderabad sebelah malam, agak lama jugalah kami transit di KLIA tu.  Puas ronda pusing-pusing dalam KLIA.  Bila dah tak larat teruslah standby menunggu gate perlepasan dibuka.  Memang ramai malam tu, ada beberapa penerbangan ke India.  Kat sini pun dah rasa macam di sana..hahaha...


jalan-jalan luar negara, travel India, e-visa India, USM-KLE, pengalaman hadir white coat ceremony, WCC

Memang saja tak makan berat malam tu sebab nak makan dalam flight.  MAS dan kacang goreng tidak boleh dipisahkan.   Kami ambil  nasi dan kari ayam. Makanlah dulu masakan Malaysia sebelum menu berubah nanti.  

Perjalanan adalah lebih kurang 4 jam lebih.  Beza masa antara Malaysia dan India ialah 2 jam setengah.  Kami sampai di Lapangan Terbang Aantarabangsa Hyderabad pada jam 1130 malam, kalau di Malaysia dah jam 2 pagi.

Nanti akak cerita pengalaman melepasi imegresen di Hyderabad.


 

7 Comments

  1. wahhhh ke india gituuuu... jumpa bakal doktor yaaaa...

    ReplyDelete
  2. bila cakap pasal nak travel ke india sy pula yg berdebar😁...
    BTW belgaum ni kat bahagian mana ya? barat india? timur? selatan? utara? nama pun dah dekat2 dgn belgium da tu😀

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. comment yg sama, kita remove satu yer

      Delete
    2. oo ye ke? blog macam tu laa.. ada kala dia jadi semgal sampai 2 3 kali keluar komen sama🤣

      Delete
  4. Tahniah Irfan & Akk sekeluarga. White coat tu means Irfan amik medic la Akk kan? Maaf kalau salah & terlepas cerita 😌
    Anyway tak sabar nak baca pengalaman Akk di India.

    ReplyDelete
  5. Waaaah tak sabarrrr nak baca cerita2 selama di India. 😍😍. Saya akan kesana THN depan, Jadi dari skr dah nak cari tahu informasi apapun ttg India

    ReplyDelete