Pengalaman di Imigresen Dan Jalan-jalan Hyderabad. Lama dah tergendala cerita kami di India. Sebelum banyak yang kena skip, jomlah sambung cerita. Kebanyakan flight ke India adalah sebelah malam. Kami memilih MAS dan flight kami adalah lebih kurang jam 1030 malam waktu Malaysia. Beza waktu Malaysia dan India ialah dua jam setengah, Lama masa perjalanan adalah lebih kurang empat jam lebih. Jadinya waktu kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi Hyderabad, dah tengah malam. Mata pun dah layu-layu mengantuk.
Suasana dalam flight. Penuh yer, tak ada langsung seat kosong. Asalnya akak dan en hubby dapat seat berjarak tapi dalam barisan yang sama. Tunggulah siapa gerangan yang duduk sebelah en hubby nak minta tukar seat. Mujurlah tak banyak cerita, boleh je tukar tapi tulah bertabah jugalah dengan flight malam ni sebab kebanyakanya akan tidor.
Kacang goreng MAS, rugi siapa tak ambil siap pramugara tu bagi lebih lagi sepeket. Oleh kerana penerbangan 4 jam lebih maka disediakan makan. Malam-malam pun makan juga kami sebab memang tak ambil makanan berat dari petang lagi. Malas nak meronda-ronda dah bila dah check in, makanan di airport pun harga boleh tahan !
Lepas makan, layan tidor pulak. Dapatlah lelap-lelap ayam sementara nak landing.
Bila mendarat sahaja, akak teringat cerita-cerita Tamil dan Hindi yang pernah ditonton. Tipikal betullah akak ni ! Dah tengah malam jadinya flight pun takde la banyak sangat. Seperti biasa bila ke negara luar, kenalah isi borang putih. Borang ni dah isi lebih awal semasa masih dalam kapalterbang lagi.
Anak memang dah pesan, kalau sampai di imigresen mesti akan ditanya beberapa soalan, jadinya jawap sahaja nak ke konvokesyen anak. Seperti dijangka memang kami ditanya soalan-soalan yang anak dah ingatkan, tambah-tambah kami datang bukan dengan agensi dan rujukan kami di sana adalah anak. Wajah pegawai-pegwai bertugas tanpa senyuman dan muka serius, aduh risau pulak akak. Tapi kita tak buat salah, jadi jalan je lah.
Lebih kurang setengah jam jugalah nak lepaskan proses di imigresen ni. Bila pegawai tu angkat cop dan cop kat buku merah, baru lega rasanya. Oleh kerana akak dan en suami beratur di barisan yang berlainan, jadi kita tunggu en suami pulak. Bila dua-dua dah lepas barulah betul-betul lega, bergerak ke luar , Irfan dah sedia menunggu.
Dah jumpa anak, kenalah cari transport untuk ke hotel pula. Kami guna grab sahaja. Memang korang kena sabarlah dihimpit oleh driver grab yang berlesen dan tanpa lesen. Manalah nak tahukan. Sepenuhnya bergantung pada anak, kalau salah langkah memang kena tipulah jawapnya. Mujur sedikit sebanyak anak faham apa yang ditanya dan boleh jugalah communicate semula walaupun banyak masa macam ayam bercakap dengan itik.
Sebaik dapat grab maka bergeraklah kami ke hotel penginapan. Tentang hotel, nanti akak share dalam entry yang lain. Hotel di sini, kalau pilihan betul, boleh rasa duduk macam orang kaya !
Esoknya bermulalah perjalanan kami di bandar Hyderabad.
Ronda-ronda Bandar Hyderabad
Ramai yang tanya kenapa pilih transit di Hyderabad? Kenapa tak ke Delhi, kenapa tak ke Kashmir? Macam-macam yer pertanyaan. Sebenarnya perjalanan kami ni agak terhad masanya, memandangkan majlis white coat Irfan adalah di pertengahan minggu, jadi kalau nak berjalan-jalan agak terhad, apatah lagi nak kena ambil cuti panjang. Kami ambil keputusan untuk singgah di lokasi yang bukan menjadi pilihan pelancong sangat.
Oleh kerana dah sampai tengah malam jadi kami hanya check in dan berehat. Keesokannya barulah kami ke destinasi pertama di sini. Di India ni, paling mudah bergerak menggunakan auto, atau kalau di Thailand dipanggil tuk tuk. Memang merata-rata terdapat banyak kenderaan motor roda tiga yang dipanggil auto ni. Booking melalui apps sahaja untuk mengelakkan penipuan harga. Korang boleh juga tunggu dan tahan auto ni di tepi jalan tanpa booking tapi mungkin caj yang dikenakan berbeza. Tambahan pula kita tak faham bahasa tempatankan so dinasihatkan guna grab dan booking online, lebih mudah dan selamat.
Auto ni ada dua saiz, yang biasa untuk bawa penumpang dan besar sedikit boleh letak luggage di belakang. Setiap kali berada atas auto ni memang berzikir panjang sebab driver auto ni akan menyelit di celah-celah kenderaan lain sekiranya ada peluang. Sama macam korang tengok filem Hindi atau Tamil, sepanjang jalan memang bunyi honk kenderaan bersambung-sambung. Kadang-kadang pelik jadinya sebab tiada kenderaan menghalang di hadapan tapi tetap honk akan dibunyikan.
Di mana-mana tempat sentiasa di penuhi dengan auto ini. Anak ada app macam grab, jadi setiap kali nak ke mana-mana memang akan book melalui app tersebut. Dalam banyak-banyak auto di sepanjang jalan yang berebut-rebut mendapatkan penumpang, korang takkan terlepas auto yang korang booking.
Di India ni kebanyakan transaksi adalah cashless. Sangat efektif. Tapi kalau korang gunakan cash pun, mereka terima. Jadi akak tak banyak bawa cash, transfer sahaja pada Irfan dan bayaran pembelian barang dan pengangkutan, semua Irfan yang uruskan. Mana-mana pun korang akan nampak QR kod untuk bayaran. Lebih selamat.
Singgah di Charminar - Lokasi Sejarah dan Bazaar Paling Sibuk
Hari pertama di bandar Hyderabad ni, kami ronda-ronda sahaja. Tak banyak tempat menarik sebab Hyderabad ialah bandar industri, jadi banyak kawasan industri di sini. Sepanjang jalan banyak kelihatan hospital, tapi kebanyakannya yang kecil-kecil sahaja macam poliklinik di Malaysia. Mungkin sebab ini jugalah bidang perubatan sangat popular di India.
Lokasi pertama kami singgah adalah Charminar. Charminar ialah sebuah monumen ikonik yang terletak di tengah-tengah Hyderabad, India. Dibina pada tahun 1591 oleh Sultan Muhammad Quli Qutb Shah, pengasas bandar Hyderabad, Charminar ialah simbol seni bina Islam yang memikat dengan gabungan elemen gaya Indo-Islam dan Parsi.
Nama “Charminar” berasal daripada dua perkataan Urdu: char bermaksud empat, dan minar bermaksud menara. Monumen ini mempunyai empat menara yang tinggi, setiap satu dengan ukiran seni bina yang indah. Ia dibina untuk memperingati penubuhan Hyderabad selepas wabak besar yang melanda kawasan itu.
Charminar terletak di tengah kawasan yang sibuk, dikelilingi oleh pasar-pasar tradisional seperti Laad Bazaar yang terkenal dengan barang kemas, pakaian tradisional, dan kraftangan. Terdapat juga masjid di tingkat atas monumen ini, yang masih digunakan hingga kini.
Monumen ini bukan sahaja menjadi tarikan pelancongan tetapi juga simbol budaya dan sejarah Hyderabad, melambangkan warisan kaya dan keindahan seni bina zaman Kesultanan Qutb Shahi.
Menara di belakang tu adalah Charminar. Korang tengoklah bahagian depannya, penuh dengan orang berjualan. Macam-macam ada pakaian, barang kraf, barang keagamaan dan laing banyak adalah makanan dan minuman. Berjalan di sini perlu berhati-hati dengan beg korang sebab memang ramai yer dan waktu kami datang ni merupakan hari Ahad, bertambah-tambah ramai la pengunjung di sini.
Di India, hari bekerja sehinggalaha hari Sabtu, jadi hari Ahad tu ramai yang nak luangkan masa dengan keluarga. Majoriti penduduk di Hyderadab ini adalah muslim jadi tiada masalah makanan cuma korang berani atau tidak untuk mencuba makanan yang di jual di jalanan atau bazaar begini. Tapi kami tak cuba pun, tak berani hahahaha......
Asalnya bercadang nak stay di sini sampai awal malam tapi tak jadi sebab perut meragam. Katanya waktu malam di sini cantik dengan cahaya lampu warna warni. Bukan rezeki kami.
Gelang ni sikit punya banyak di jual. Masa mula nampak ni ingatkan nak beli serba sedikit sebagai kenangan, tapi bila dan jalan ke depan, berpatah balik dah tak terserempak dengan penjual ni sebab orang dah makin ramai. Moralnya - kalau nak beli sesuatu tu, jangan bertangguh.
Tebu yang dah di potong-potong kecil di jual dalam plastik.. Kereta tolak orang berniaga macam ni memang banyak. Kami pusing-pusing juga di kedai-kedai yang menjual macam-macam barangan. Bila dah semakin ramai manusia di sini, baiklah bergerak pulang. Pening kepala dibuatnya sebab sambil berjalan sambil nak pastikan pasangan atau teman korang ada juga bersama. Kalau terpisah memang nayalah !
Begitulah perjalanan kami di hari pertama. Nanti akak cerita lagi persinggahan dan pengalaman seterusnya. Panjang pulak entry kali ni, harap korang baca sampai habis.
5 Comments
Menarik juga bandar Hyderabad ni. Pernah sampai Chennai, muslim tak banyak kat sana.
ReplyDeleteTahun depan saya plan ke Mumbay. Tak sabar memang. Saya justru paling semangat nak coba kulinernya 🤣. Tapi suami akan saya larang. Krn perut dia sensitif sangaatttt.kalo
ReplyDeleteperut saya dah kebal nampaknya 🤭😁
Itu juga yg saya pikir kakak nanti ke India kak. Kuatir dengan scam transport. Makanya dah plan penjemputan dari bandara ke hotel, saya akan sewa dari hotel saja, biarlah mahal, asal selamat. Nanti kalo nak jalan2 baru plan sewa driver dari travel.
Oh Hyderabad byk Muslim ye...
ReplyDeleteSuami pernah ke Mumbai, mcm ni jugalah dia cerita, hon tak berhenti ², bingit hehe...
bila kena tanya macam tu terus teringat peg imi kat london
ReplyDeletesm jg tanya mcm2
ada tu smpi minta tiket balik
berapa jauh jarak dari airport ke hotel tu?
ReplyDeleteagaknya kalau sy pergi ke sana pun perlukan org mcm irfan juga... bimbang kena tipu tu laa plg tkt...