Makanan Kegemaran Ketika Berada Di India.  Tak habis lagi cerita India. Ada beberapa post lagi akak nak share tentang pengalaman di India.  Sesekali berjalan ke negara orang, akak cuba titipkan seberapa banyak perkongsian yang boleh.  Bercerita pasal India, pasti akan banyak pertanyaan yang keluar tentang makanannya.  Okaykah? Tak sakit perutkah? Senang tak nak cari makanan halal dan bersih? Nah...akak kongsi apa yang akak makan sepanjang hampir 10 hari berada di India.

Sebelum ke mana-mana tempat yang tidak biasa kita kunjungi, perkara pertama yang akan akak beri perhatian ialah tentang makanan.  Biarlah tak banyak pilihan tapi makanan yang boleh diterima oleh perut.  En suami agak pemilih tentang bab makanan ini.  Perut dia agak sensitif jadi memang kena berhati-hati.  

Pertama sekali, pilihan tempat penginapan. Kami pilih penginapan yang memang menjadi lokasi pilihan antarabangsa, maksudnya hotel yang selalu jadi pilihan pelancong luar menginap.  Puas baca review yer, berhari-hari spend masa untuk baca review hotel sahaja.  Biar lambat janji buat pilihan yang betul.  Pilihlah hotel yang rating pada makanannya tinggi dan kurang komen yang tidak memuaskan.  Semasa di Hyderabad, kami menginap di Courtyard by Marriot.  Manakala di Belgaum, kami memilih menginap di Uk 27 The Fern.  Nanti akak cerita tentang kedua-dua hotel ini.  

Pilih bilik yang termasuk sekali dengan sarapan pagi.  Waktu sarapan, ambillah makanan yang berat-berat sedikit.  Tapi di India, banyak makanan berasaskan bijirin, sayuran dan kekacang.  Jadinya memang bahan mudah hadam dan melawaskan.  Kami akan luangkan satu ke satu setengah jam berada di ruang makan. Makan perlahan-lahan dengan pilihan yang diminati.  Walaupun boleh dikatakan hampir setiap pagi, menunya hampir sama.  

Makan tengahari, kami akan skip dan akan makan semula lewat petang atau selepas maghrib.  Makan malam biasanya Irfan dah pilih siap-siap restoran yang biasa mereka singgah dan makanannya sesuai dengan selera.  Di India, hari-hari akan makan nasi beras basmathi yer.  


Makanan Yang Tidak Jemu Dimakan Setiap Hari


makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Hari pertama sarapan, akak dah nampak kuih kegermaran.  Kalau di Malaysia kita panggil vada atau masalode, di India dipanggil medu vada.  Rupa sama, rasa agak sedikit lain, mungkin beza pada bahan digunakan.  Rasanya lebih sedap di sini, ikut rasa akak lah.  Menariknya di hotel ni, setiap hidangan makanan akan disertakan dengan jumlah kalori bagi setiap 100gm makanan yang korang ambil.  Maka mulalah mengira-ngira berapa kalori makanan yang dipilih. Tapi rugilah kalau tak mencuba makanan negara lain kan !  Buat-buat tak nampak jumlah kalori tu.


makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Pastri yang pelbagai juga antara pilihan yang menarik setiap kali akak bersarapan.  Walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari jenis pastri yang sama dihidangkan, tetap makan juga. Pastri saiz-saiz kecil, sekali masuk mulut je, jadi memang tak membazir.   Hidangan di meja buffet juga diletakkan sedikit-sedikit tapi cepat refill bila dah berkurangan.


makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Selain vada yang juga menjadi pilihan setiap pagi, akak juga mencuba kuih beras kukus atau idli.  Disertakan dengan kuah pilihan.  Setiap pagi ada pelbagai jenis kuah yang disediakan, kalau korang tak pasti kuah apa yang sedap dan sesuai dimakan dengan roti atau idli ni, korang boleh bertanya pada crew di situ.  Mereka memang suka kalau korang bertanya, cuma kena pandai-pandailah menggunakan bahasa, bukan semuanya pekerja pandai berbahasa Inggeris, kita pun bukan pandai berbahasa Hindi.  


makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Kebab ayam dan sos masam.  Yang ini kami makan di kedai.  Hidangan kebab disertakan dengan hirisan kobis dan hirisan bawang besar yang digaul dengan rempah.  Di India, memang akak suka ratah bawang besarnya.  Rasanya berbeza dengan bawang besar di negara kita dan boleh dikatakan kebanyakan hidangan makanan di sini, akan disertakan dengan hirisan bawang besar.  Ya, mereka suka makan bawang.  Kalau lalu di tepi pasar pagi memang banyak longgokan bawang dijual.


makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Akak tak ingat nama minuman ni.  Memang cuba sekali jer sebab campurannya tak berapa kena dengan tekak.  Bahagian bawah tu sirap ros, dengan campuran susu, kekacang yang ditumbuk dan bau air mawarnya agak kuat.  Bolehlah buat rasa-rasa.  


makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Nampak..memang peminat vada sungguh! Tiap-tiap pagi akak akan ambil 2 ketul kuih vada ni.  Sarapan pagi di hotel kebanyakannya memang akan hidangkan makanan begini.  Bijirin, kekacang, kentang kukus, kacang merah bersos.  Ada sehari tu dapat makan sejenis makanan macam cucur bawang campur kucai.  Cuma rasanya tak samalah macam cucur bawang kucai yang kita buat sendiri.


makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Kami tak singgah makan di gerai-gerai tepi jalan, takut mudarat perut nanti.   Ramai yer yang berjualan di tepi jalan dengan kereta-kereta sorong.  Selain itu, ada juga kedai-kedai kecil yang menjual roti digandingkan dengan chai.  Chai adalah teh yang dicampur dengan susu dan herba .  Ada juga yang panggil teh masala.  Pada yang pertama kali mencuba, memang rasa sedikit lain.  Kalau kena dengan rasa, mesti korang nak ulang-ulang lagi minum chai.  Tambahan dengan cuaca sejuk berangin, memang minuman panas pelengkap selera malam.


makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Mudah saja hidangan si penjual.  Nak minum chai juga kena cari kedai yang sesuai, tak berani nak mencuba yang dijual di tepi jalan.  Chai biasanya dijual dalam gelas-gelas kecil sahaja. Hargapun murah.   Sebagai kenangan, kami beli juga teh serbuk dari India, buat sendiri teh masala.  Nanti akak share cara buat teh masala yang biasa en hubby sediakan. 


makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Selain bijirin dan kekacang, terdapat juga sayuran seperti kobis bunga dan brokoli yang dicelur.  Rasa kosong tapi kalau nak bagi tambah rasa bolehlah letakkan kuah-kuah atan sos yang disediakan. Pilihan biasa setiap pagi.  Kentang rebus potong baji digaul dengan rempah pun sedap juga.


makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Roti naan cheese ini juga antara yang akak rasa sedap untuk dimakan.  Biasanya kalau makan roti naan, akan digandingkan dengan ayam tandoori, tapi di sini, boleh pilih gandingan lain.  Akak tak ingat apa nama masakan tu tapi rasanya memang sedap bila dibalut dengan roti naan, lepas tu perahkan sedikit limau dan makan dengan hirisan bawang besar.  Kan akak dah kata, hirisan bawang besar ni memang sentiasa ada dalam hidangan masakan di sini. Roti naan cheese ni tak tebal, tepi-tepinya sedikit garing.  Makan rotinya saja pun sedap.


makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Cuba juga mengeteh di cafe depan hotel.  Murah dan cawan besar tapi nak tunggu order ni sampai, boleh jenuh juga yer.  Satu yang akak perasan, bila korang order makan, memang mereka ni akan ambil masa untuk siapkan walaupun orang tak ramai di cafe.  Tapi sebab kamipun nak rileks rileks sahaja jadi tak kisahlah tunggu lama sikit.  Seronok juga duduk cafe tepi jalan hari hujan gerimis sambil tengok gelagat manusia.


makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Kali ini hidangan diselitkan dengan nasi lemon.  Tak pernah makan, pertama kali cuba, sedap juga.  Bukanlah rasa masam tapi ada rasa lemonnya.  


makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Yang ni pilihan en hubby.  Secawan kopi dan segelas jus tembikai.  Jus tembikai yang disediakan daripada buah tembikai segar.  Sama saja mana-mana hotel, kalau korang nak makan telur, kenalah maklumkan pada staff di situ.   Kalau nak makan roti prata atau roti canai pun ada, tapi kena maklumkan pada staff di situ.


makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Ayam goreng salut tepung.  Macam starter sementara tunggu nasi sampai.

makanan india, Indian food, USM-KLE, makanan di negara asing, jalan-jalan India

Nasi mandy kambing.  Bezanya kambing tu di grill/panggang sedikit dahulu dan dimasukkan dalam nasi.  Di sini kalau makan nasi memang jenis order satu talam.  Bila talam sampai, nampak macam banyak tapi bila dah agih-agih dalam pinggan...eh macam tak cukup pulak.   

Alhamdulillah sepanjang hampir 10 hari kami di bumi India, tiada masalah dari segi pemakanan.  Perut pun boleh terima, meragam sikit-sikit tu biasa.  Cuma kami tak jamah atau mencuba 'food street'.  Kalau korang plan nak datang India, pastikan segala ubat berkaitan korang bawa, lebih mudah daripada nak cari sendiri di sini.  

Apa yang kami praktikkan, setiap kali selepas sarapan berat, kami tidak terus keluar berjalan.  Kami akan stay dahulu dalam bilik untuk 2-3 jam. Biasanya dalam tempoh ni memang cari toilet sebab banyak makan bijirin dan sayur yang memang mudah lawas kan.  Lepas tu baru kami keluar berjalan dengan tenang. 

Ada banyak lagi pilihan makanan di sini.  Kalau korang nak cuba 'street food' pun boleh.  Ramai je yang mencuba tapi kami skip dulu.

Panjang cerita kali ini, sedikit sebanyak perkongsian kami di sana.  Korang boleh juga baca kisah sebelum ini :


Nanti kita sambung cerita lagi.


8 Comments

  1. Semua nampak sedap pada saya :D
    Sama mcm suami sy cerita... Nak makan minum jgn sembarang antaranya sbb hygiene issue katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jenis perut sensitif, jangan cuba-cuba food street takut nanti bercuti atas katil ulang alik masuk tandas.

      Delete
  2. Saya plan ke India tahun depan kak. Memang dah ingin mencoba kuliner di sana. Tapi saya pun akan pilih2 utk makan. Kalo street foods mungkin akan saya coba tp lihat dulu penjualnya dan lokasi. Kalo terlihat bersih, oke.

    Cuma suami mungkin tak akan coba kalo street foods. Dia memang ada masalah dengan pencernaan .

    Dan tentang hotel, saya pun tak mau sembarangan stay. Hanya di hotel yg saya tahu reputasinya bagus dan banyak foreign tourist. Biar aman kan. India ini hrs hati2 juga. Krn banyak cerita macam2 yg didengar 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kesempatan dan peluang, akak pun nak ke India lagi, tapi lokasi yang lain. Banyak lagi tempat menarik untuk dikunjungi.

      Delete
  3. Btw minuman yg berwarna pink itu disebut falooda kak. Saya pernah coba di Myanmar di restoran India 😄. Tapi saya sukaaa 😄

    ReplyDelete
  4. sedap belaka mknn tu :) memang best dpt travel abroad :)

    ReplyDelete