Cari Ikan di Pasar Bisik Kuala Muda
Cari Ikan di Pasar Bisik Kuala Muda. Korang pernah tengok orang beli ikan secara berbisik-bisik? Kalau tak pernah, korang kena cuba ke Pasar Bisik Kuala Muda. Di sini ikan memang segar-segar dari bot dan dijual secara berbisik-bisik.
Pasar Bisik Kuala Muda dan Pasar Bisik Kota Kuala Muda
Di utara ni ada 2 pasar bisik yang terletak bertentangan dan berada di dua buah negeri yang berbeza. Pasar Bisik Kuala Muda terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang. Manakala Pasar Bisik Kota Kuala Muda terletak di negeri Kedah. Ianya dipisahkan oleh Sungai Muda.
Cara penjualan ikan di kedua-dua pasar ini adalah secara berbisik. Jumlah ikan yang dijual juga dalam jumlah yang besar, tak sama macam kita beli ikan di pasar biasa. Bila penjual meletakkan ikan, korang agak-agaklah berapa kilo dan pandai-pandailah bagi harga. Biasanya penjual pasar malam atau restoran makan dah tau berapa harga yang mereka nak letak. Siapa yang 'beat' harga menarik pada penjual, akan dapatlah hasilnya.
Seronok tengok kalau hasil tangkapan banyak. Kalau silap letak harga, si penjual senyum je lah. Pernah juga en suami cuba berbisik. Adalah jugak dapat habuan sekali dua.
Pasar Bisik Kota Kuala Muda agak lebih meriah berbanding dengan di Seberang Perai. Di sinilah juga kawasan yang teruk dilanda tsunami pada satu keika dahulu.
16 Comments
SA belum pernah ada pengalaman pergi pasar bisik ni..tapi memang menarik..pernah tgok masa rancangan majalah 3
ReplyDeleteSeronok tengok yang pakar bisik dan yang amatur. Paling seronok tuan punya hasil tangkapanlah bila dapat menjual dengan harga yang berbaloi.
Deletenikmat bila dapat ikan segar.. keterujaan memasaknya luar biasa..
ReplyDeleteBetul sangat. Bila dapat ikan segar ni kena masak dulu sebelum simpan selebihnya dalam fridge. Rasa manis isi ikan baru.
DeletePernah dengar ttg pasar bisik ni tapi belum ada kesempatan ke sini.
ReplyDeleteBoleh ye beli sikit² Kak ? Ingatkan kena beli sebakul terus 😅
kalau ikan temenung memang jual sebakul-sebakul. Biasanya penjual pasar malam yang akan beli ikan ni. Kalau kita nakmbeli sikit-sikit, kena beli kat penjual runcit yang ada kat situ. Tapi mereka pun jual secara longkok, banyak jugaklah.
DeleteAzie kena bisik bisik juga ke hehe :) seronok beli ikan hasil lauk segar macam ni kan :)
ReplyDeleteHahhaa....suka tengok depa berbisik. Kita suruh en suami je bisik. Kalau pandai letak harga, penjual dan pembeli sama-sama tersenyum.
DeleteEh kenapa mereka harus berbisik2? Ada penyebabnya atau supaya unik saja? Menariiik👍👍. Saya jadi teringin nak kesana
ReplyDeleteBerbisik tu cara mereka menjual hasil tangkapan. Tiada siapa yang tahu berapa harga jualan dan belian kecuali antara penjual dan pembeli itu sahaja.
DeleteTeringin nak kesini. Dengar cerita RM50 boleh dapat satu bakul besar pelbagai seafood termasuk ketam sotong
ReplyDeleteTengok masa juga. Kalau banyak hasil tangkapan, boleh dapat banyak juga belian, asalkan pandai bisik.
DeleteMZ pernah tgk psl pasar bisik ni kat TV..so tahulah kewujudannya ;)
ReplyDeleteYa pernah disiarkan dalam Majalah 3 kalau tak silap saya.
DeletePernah tengok pasar ni dalam Majalah 3 agaknya. Uniknya kena berbisik tu.
ReplyDeleteYa, pernah disiarkan dalam Majalah 3.
Delete