Korang pernah dengar pasal Pasar Bisik tak?...Kalau org belah Kedah sure tau kat mana tempatnya pasar bisik ni. Kalau korang nak tahu pasar bisik ni letaknya di Kota Kuala Muda Kedah. Kat sini merupakan tempat pendaratan nelayan-nelayan dengan hasil tangkapan mereka di laut. Kat sini orang datang sbb nak beli ikan dan lainlain hasil laut..selalunya yg datang ialah peraih2 ikan, penjual ikan di kedai-kedai, taukeh kedai makan, penjual di pasar dan tak ketinggalan jugak orang-orang persendirian yg nak buat kenduri ka tak pun yang macam chik la ngan hubby ...yang memang suka tengok org jual ikan...hehhee.
Kenapa dipanggil Pasar Bisik...sebb penjualan hasil laut di sini dijual secara berbisik2 tentang harga antara penjual dan pembeli so org lain tak tahu harga yg diberitahu. Siapa yg bagi harga tinggi orang tu la yang akan dpt membelinya...lebih kurang macam lelong barang la sapa buat bidaan tinggi dialah yang dapat.
Sabtu baru ni, hubby ajak chik la ke pasar ni utk tengok apa yang menarik. Lagipun stok mentah kat rumah dah habis dan memang aktiviti setiap hujung minggu untuk memenuhkan peti ais tu. Selalunya pergi pasar berdekatan ajer tp kali ni gi jauh sikit. Ni kali ke  4 kalau tak silap chik la ke sana dan yang pertama utk tahun ini. Kenapa suka ke sana? Macam chik la bagitau tadi seronok tengok kemeriahan mereka menjual ikan....dan kalau pergi kat sini bukan la nak beli ikan macam kat pasar malam...kenalah beli kuantiti banyak sikit dan hubby berkongsi dengan kawannya tp kami tolong belikan.

Nampak tak atas plastik tu?....selonggok udang sedang sesi bisik2 harga....penjual tak letak banyak2 sekali....kebiasaan mereka akan dtg bawak ikan dll letak atas plastik camtu dan sapa yg berminat akan mula buka harga...

masa ni tengah bisik2 harga ikan siakap...memang meriah hehe....sesi jualan utk satu2 longgok tak lama dlm seminit dua ajer.....siapa cepat dan harga baik dia akan dpt. Kat sini kami jumpa la penjual2 di pasar besar dan jugak pasar mlm tempat kitaorg selalu beli ikan....depa pun kenal kami..hehe....

ni hasil tangkapan awal hubby...sesi bisik2 dengan bantuan penduduk tempatan kat situ....kena carik bantuan jugak....silap bisik nanti kena gelak dengan si tukang jual....

ni la antara bot2 nelayan yg baru sampai....di belakang pasar ni memang tempat pendaratan bot2 ni..so ikan2 yg dibeli memang betul2 fresh..

di seberang sana tu (yg ada bangunan tu) yang tu Kuala Muda Seberang Perai Penang....tempat kami pergi Kuala Muda Kedah.....kat situ pun tempat pendaratan nelayan jugak tp kami tak pernah ke sebelah sana lagi...

yang ni dah sesi kemas2...kat belakang tu ada lagi bot2 yg baru sampai. Masa ni lebih kurang 11.30 pagi. Anak2 pun ikut jugak tp depa main tepi pantai ni la ..tangkap ketam kecik...he

Abis dah beli2 on the way balik tu pekena pulak dengan air nira nipah bagi sejuk badan....hmmm sedap...

ni la antara hasil `tangkapa' kami....yang ni ketam


Udang sederhana besar..sekarang ni memang musim org tangkap udang....hubby kata musim angin timur..hehe...tak tahu la chik la..org yg minat memancing depa tau la....


ikan siakap........

So hari ni kena la google2 sikit carik resepi2 best utk minggu ni. Lepas ni entry makan pulak..

0 Comments