Berbakti Sementara Di Beri Kesempatan.  Hari ini akak nak share menu masakan orang lama. Sepanjang hampir seminggu lebih MIL  bersama kami, kami cuba penuhi selera makannya.  MIL dah berusia hampir 83 tahun, masih kuat begerak sendiri. Cuma di usianya, kami tidak benarkan beliau tinggal sendirian di kampung.  Anak-anak secara bergilir ambil peluang dan kesempatan menjaga beliau.

Biasanya bila MIL agak kurang berselera makan, kakak en hubby akan cadangkan unttuk datang ke rumah kami.  Walaupun jarak antara kami agak jauh tapi biasanya ada sahaja yang mempermudahkan perjalanan.  Di rumah kami biasanya kami penuhi selera kampung.  Enn Hubbylah yang faham sangat selera ibunya, sedaya upaya cuba cari dan masak sendiri.


menu orang lama, himpunan lauk lama, selera kampung, selera orang tua, berbakti kepada orang tua, ibu bapa

Menu paling favorite mak aji (MIL) - masak lemak keledek dengan daun asin-asin (ada yang panggil daun turi).  Memang bertambah. Dapat pula digandingkan dengan ikan masin goreng. Kami pun join sekali bertambah-tambah. Kalau tak ada daun asin-asin ni, boleh juga gantikan dengan sayur bayam.


menu orang lama, himpunan lauk lama, selera kampung, selera orang tua, berbakti kepada orang tua, ibu bapa

Masak lemak keladi dengan ikan kering.  Isi keladi kalau dapat yang lembut memang sedap.  Masukkan juga belimbing buluh dan ikan kering (pilihan, kalau tak ada ikan kering pun okay).  Biasanya kami beli sebuku isi keladi di pasar boleh buat 23 kali masakan.  Tapi isi keladi yang dibeli kenalah pandai pilih, takut terpilih yang gatal, langsung tak boleh makan.  Sebelum ni keladi ni kami tanam sendiri sahaja, memang puas makan.  Akak pernah share masak lemak cili pada jantung pisang. Korang boleh cuba resipi ni, sedap tau !  Resipi masak lemak


menu orang lama, himpunan lauk lama, selera kampung, selera orang tua, berbakti kepada orang tua, ibu bapa

Ikan gelama masak cuka juga antara kegemaran mak aji.  Akak pun suka menu ni. Senang disediakan.  Boleh gunakan juga ikan lain seperti isi ikan merah, ikan tongkol.  Akak suka letakkan bawang putih lebih.  Masak cuka ni, kalau korang biarkan beberapa jam sebelum makan lagi sedap.


menu orang lama, himpunan lauk lama, selera kampung, selera orang tua, berbakti kepada orang tua, ibu bapa

Tapai pulut ni kami beli.  Tak pandai lagi nak buat sendiri.  Mak aji masa kuatnya suka buat sendiri sahaja. Biasanya beli, tak berapa kena dengan rasa mak aji tapi kalau ni ngam!  Bolehlah buat makan-makan bila teringin.  Akak suka simpan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi sedap.


menu orang lama, himpunan lauk lama, selera kampung, selera orang tua, berbakti kepada orang tua, ibu bapa

Kuih-kuih kegemaran mak aji. Goreng cempedak, ubi, isang,  bingka ubi, kuih bakar.  Mujur kami ni tinggal di kawasan pinggir bandar, masih ada lagi gerai-gerai berjualan skuih muih lama yang memang sedap.  Abaikan telur mata di situ...hehehe goreng sebagai tambahan makan nasi lemak.


menu orang lama, himpunan lauk lama, selera kampung, selera orang tua, berbakti kepada orang tua, ibu bapa

Pajeri memang kegemaran mak aji dan en hubby.  Tak kisahlah pajeri terung ataupun nenas. Kadang-kadang kami masukkan keduanya sekali.  Terung pilihan biasanya terung hijau yang panjang, lebih sedap rasanya. Tapi kalau tak ada, boleh je guna yang warna purple tu.  Terung hijau ni sedap juga kalau di bakar yer. Korang boleh cuba resipi pajeri nenas kami di sini ---> resipi pajeri nenas
 

menu orang lama, himpunan lauk lama, selera kampung, selera orang tua, berbakti kepada orang tua, ibu bapa

Asam pedas ni menu akak tapi mak aji makan sambal petai bilis dan ikan pekasam goreng.  Memang letops lah gabungannya.

Menu orang lama memang sedap.  Masak yang simple pun buat korang berselera dan bertambah makan.  Tak perlu masak banyak lauk, cukup sekadar satu atau dua menu.  Syukur kami sebab masih diberi peluang untuk berbakti dengan orang tua.  Bila diri sendiri pun dah makin dimamah usia,semakin faham rasa hari orang tua bila ada anak dan keluarga di samping mereka.



1 Comments

  1. Setujuuuu kak. Menu2 seperti inilah yg dulu mama juga sering buat. Sayangnya saya tak pandai. JD baru bisa makan begini lagi kalo mudik ke tempat mama. Sayur Turi itu pun saya sukaaa sangat 😍😍

    ReplyDelete