Masak Lemak Cili Padi Jantung Pisang
Masak Lemak Cili Padi Jantung Pisang. PKP lagi maknanya semua orang akan berada di rumah. Kalau tempat akak ni, petang-petang selalunya hujan turun, memang asyik masuk dapur sahaja la masing-masing. Sampaikan hilang idea nak masak apa. En hubby rajinlah pusing-pusing keliling rumah kutip hasil yang boleh di masak. Hari ni dapat jantung pisang. Biasanya jantung pisang kami rebus dan cicah dengan sambal belacan. Kali ini kita tukar, jantung pisang ni kita masak lemak cili padi. Sedap !!
Bahan-bahannya:
Santan - akak guna santan kotak jenama Kara. Yang ni pekat sikit. Tapi jenama lain pun boleh. Kalau ada kelapa parut pun okay.
Cili padi - ikut kepedasan yang korang nak. Kat rumah akak semua orang suka pedas.
4-5 biji bawang merah
Asam keping
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam dan gula
Cara nak sediakan:
Jantung pisang direbus dahulu. Lepas tu sejukkan sekejap sebab kita nak potong dan hiris. Bila dah sejuk, jantung pisang dibelah 2 dan di hiris macam hiris bawang besar. Cili dan bawang tu korang kisar lumat. Lepas kisar, korang masuk terus dalam kuali/periuk. Masukkan santan dan sedikit air. Santan dan air korang agak-agak untuk kuah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Masukkan serbuk kunyit dan asam keping - 1 keping pun cukup. Masukkan hirisan jantung pisang tadi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau kuah supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah sesedap rasa dan kuah mendidih masak, bolehlah padamkan api.
Kuah masak lemak ni kalau dipadankan dengan ikan pekasam goreng atau ikan masih memang tak toleh kiri kanan dah. Telur dadar jangan lupa. Cukup dah gandingan tu, memang naik selera bertambah-tambah makan.
Kalau nak cuba masak lemak telur, boleh cuba resepi kat sini >>>> Telur Masak Lemak Cili Padi
2 Comments
sedapnya! timm klau masak lemak ni kena ada sambal belacan, mmg umphh!
ReplyDeletefavourite eca jugak ne!..
ReplyDelete