Berkelah di Lata Sempeneh, Batu Kurau Perak.  Aktiviti kami beberapa bulan lepas, baru sempat nak update kat sini.  Masa tu musim panas, kalau boleh hari-hari nak cari tempat sejuk-sejuk nak berendam.  Sampai sini pun dengan plan ad hoc sehari sebelum.  Macam biasa, kalau plan tiba-tiba memang menjadi.

Lata Sempeneh Batu Kurau

Lata ini antara yang terkenal di negeri Perak.  Jarak lebih kurang sejam suku perjalanan daripada rumah.  Tidak lah jauh sangat.   Kawasan ini juga antara tempat popular pengumpulan buah durian ketika musimnya.  Waktu kami berkunjung ke sini, bukan musim durian jadi tidaklah terlalu ramai.

Sampai sahaja lokasi, kena cari port dulu.  Oleh kerana hujung minggu memang dah jangka kawasan ini akan ramai.  Tak apa pelan-pelan  gerak cari tempat.  Kami dengan dengan 4x4 en hubby, jadiya tak risau sangatlah melalui jalan-jalan tak rata atau bengkang bengkok ni.  Cumanya risau bila bertembung dengan kenderaan lain.  


tahun melawat perak, jalan-jalan perak, air terjun, tempat berkelah, jalan-jalan cari makan, tempat rehat, riadah keluarga

Sepanjang jalan dari mula sampai area lata ni agak penuh dengan pengunjung.  Kami pun bergerak ke atas lagi. Akhirnya dapat juga tempat yang agak selesa untuk kami set up kan tempat memasak.  Berdekatan dengan laluan air dan sedikit terlindung.

tahun melawat perak, jalan-jalan perak, air terjun, tempat berkelah, jalan-jalan cari makan, tempat rehat, riadah keluarga

Anak-anak pun seronoklah dapat berendam dalam air.  Tempat yang kami pilih ni laluan airnya tidak laju jadi kuranglah sedikit bahayanya.  Memang best yer berendam dalam air macam ni.  

tahun melawat perak, jalan-jalan perak, air terjun, tempat berkelah, jalan-jalan cari makan, tempat rehat, riadah keluarga

Kalau rajin, boleh lagi bergerak ke atas tapi kami pilih di sini sahaja.  Lata Sempeneh ni pernah juga berlaku kejadian kepala air, jadi kenalah berhati-hati.


tahun melawat perak, jalan-jalan perak, air terjun, tempat berkelah, jalan-jalan cari makan, tempat rehat, riadah keluarga

Anak-anakpun main-main di tepi-tepi sahaja. Teringin jugak nak berendam, tapi bila fikirkan nak kena salin baju semua nanti, akak pilih duduk tepi rendam-rendam kaki sahaja sambil masak-masak.

tahun melawat perak, jalan-jalan perak, air terjun, tempat berkelah, jalan-jalan cari makan, tempat rehat, riadah keluarga

Sementara tunggu en hubby hidupkan api, bakar ayam dan lain-lain, kita potong mangga dulu.  Mangga ni manis sedap betul. Bawa juga kuah cicah tapi sedap lagi makan begitu aje.

tahun melawat perak, jalan-jalan perak, air terjun, tempat berkelah, jalan-jalan cari makan, tempat rehat, riadah keluarga

Sambil makan mangga, sambil bajar ayam, jagung dan kentang.  Ayam tu dah siap perap semalam. Pilih ayam yang tak berapa besar, hiris-hiriskan sedikit di bahagian isi tebal supaya perapan lebih mesra dan lebih cepat masak.  Kentang pula, balutkan dengan foil dan bakar sebiji-sebiji.  

Kalau korang nak air yang sejuk, korang boleh rendam botol air dalam air sungai , letakkan dalam pasir yang di atasnya ada laluan air. Siap memasak, memang air tu pun sejuk. Tak perlu ketul ais dah.

Elok kami siap makan , cuaca pun dah makin mendung.  Bergegaslah kemas barang-barang sebelum hujan turun.

Di sini juga ada beberapa chalet yang korang boleh sewa,  Tapi terlupa pulak nak ambil nombor untuk dihubungi.  Pada yang jalan-jalan ke Perak dan suka healing healing di kawasan macam ni, bolehlah cuba singgah di Lata Sempeneh, Batu Kurau ni.


 

7 Comments

  1. syok berkelah tu..nk plak layan bbq..mangga tu pn sodap

    ReplyDelete
  2. Wah…bestnya! Tengok gambar je pun dah terasa seronok.

    Ooh…gitu cara nak sejukkan air secara semula jadi. Thanks! Ada ke sungai boleh saya cuba.

    ReplyDelete
  3. Lama tak berkelah sini, biasa balik kampung mesti berkelah.

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaa kalau dpt berendam kat siniiii👍👍👍

    ReplyDelete
  5. seronoknya Azie, sejuk dan nyaman situ ye :)

    ReplyDelete
  6. Aisssh susah nak Cari tempat seperti ini kalo di jakarta. Harus keluar jakarta baru ketemu 😄. Anak2' saya kalo dah ketemu sungai bersih seperti ini dah pasti akan langsung main air. Sejuk pula ❤️

    Nampak sedap pula ayam bakar dan semuanya itu kak. Terlebih pula mangga manis yaa 🤤🤤

    ReplyDelete
  7. Aisssh susah nak Cari tempat seperti ini kalo di jakarta. Harus keluar jakarta baru ketemu 😄. Anak2' saya kalo dah ketemu sungai bersih seperti ini dah pasti akan langsung main air. Sejuk pula ❤️

    Nampak sedap pula ayam bakar dan semuanya itu kak. Terlebih pula mangga manis yaa 🤤🤤

    ReplyDelete