Teringin Makan Burger Untuk Makan Malam.  Cerita malam tadilah ni.  Oleh kerana semalam akak bekerja dari rumah sahaja jadinya seharian tak keluar rumah.  Mengadap laptop dari pagi sampai petang memang boleh stress dibuatnya.  Tambahan pula hari Jumaat memang betul-betul mengejar dateline cuba selesaikan kes-kes yang masuk sebelum hujung minggu.

Mujur tengahari en hubby ada di rumah, settle makan tengahari disiapkan.  Alhamdulillah syukur dapat en suami yang suka memasak.  Tak kisahlah apa pun yang terhidang, pastinya,  jarang  mengecewakan.  Tengahari selesai dengan kari pisang muda, ikan goreng.

Sambil rehat-rehat sebelah petang, terasa nak makan yang simple, kak cik kata jom makan burger.  Okay! Lepas selesai solat maghrib, bergeraklah kami bertiga ke kedai makan biasa tapi kali ni kami makan burger dan kentang goreng beserta air sarbat.


menu malam, makan ringkas, sedap, burger special

Makan burger dalam pinggan dengan disertakan pisau dan garfu, lain rasanya dengan makan burger bungkus bawa balik rumah. Hahahaha......

Selesai makan malam kami...balik rumah rehat dan selamat malam !