Teringin Makan Burger Untuk Makan Malam
Teringin Makan Burger Untuk Makan Malam. Cerita malam tadilah ni. Oleh kerana semalam akak bekerja dari rumah sahaja jadinya seharian tak keluar rumah. Mengadap laptop dari pagi sampai petang memang boleh stress dibuatnya. Tambahan pula hari Jumaat memang betul-betul mengejar dateline cuba selesaikan kes-kes yang masuk sebelum hujung minggu.
Mujur tengahari en hubby ada di rumah, settle makan tengahari disiapkan. Alhamdulillah syukur dapat en suami yang suka memasak. Tak kisahlah apa pun yang terhidang, pastinya, jarang mengecewakan. Tengahari selesai dengan kari pisang muda, ikan goreng.
Sambil rehat-rehat sebelah petang, terasa nak makan yang simple, kak cik kata jom makan burger. Okay! Lepas selesai solat maghrib, bergeraklah kami bertiga ke kedai makan biasa tapi kali ni kami makan burger dan kentang goreng beserta air sarbat.
Makan burger dalam pinggan dengan disertakan pisau dan garfu, lain rasanya dengan makan burger bungkus bawa balik rumah. Hahahaha......
Selesai makan malam kami...balik rumah rehat dan selamat malam !
8 Comments
acane? sedap tak burgernya?
ReplyDeleteSedap la burger jalanan macam ni .
DeleteBetul kak, dua² pun layannnn.. tapi yg guna sudu garfu tu lagi kenyang kot sbb makan di kedai, vibe dia lain sikit :)
ReplyDeletesesekali ubah angin best jugak
DeleteKadang2 menu simple gini pun sedap.
ReplyDeleteBetul...kalau hari-hari menu berat, risau juga.
DeleteSenangnya kalo suami bisa masak 😄😄👍. Trus terbaca pula bisa buat gulai pisang muda, aiiiiih itu menu favorit keluarga saya kak 😍😍😍😍. Dah lama tak rasa. Mama yg dulu sering buat.
ReplyDeleteBurger nya pun nampak sedap yaa. Tipe burger vintage, dengan telur dadar. Ini yg saya sukaaa daripada burger modern sekarang
Iya , suami kakak suka memasak dan masakannya enak.
Delete