Makan Durian di Dusun Abah Man.  Kat mana Dusun Abah Man ni? Ianya terletak di sempadan antara daerah Kulim dan Bukit Mertajam.  Pertama kali tahun ni masuk dusun cari durian.  Durian pun dah hujung-hujung musimnya di sini.  

Durian Dah Makin Kurang

Kat belah kami di Kulim ni dah makin kurang durian walaupun ada ramai yang berjualan di tepi-tepi jalan.  Kebanyakannya durian yang di bawa dari luar kawasan. Tahun ni tak berapa membeli sangat durian. Umur dah meningkat ni kena kawal-kawal juga.  Anak-anak pun tak berapa beriya sangat.  Tapi dah nama mak ayah , teringat juga kat anak-anak yang jauh.  Oleh kerana tak lama lagi, yang jauh-jauh tu nak balik, bolehlah beli untuk frozenkan sedikit buat rasa-rasa musim kali ini.

Terbaca tentang Dusun Abah Man ni.  Tak jauh sangat daripada rumah, jomlah kita terjah tengok apa yang menarik kat sini. 

tempat viral raja buah, makan buah-buahan, kebun buah, raja buah

Daripada jalan besar memang tak nampak kebun ni. Tapi akan nampak banner di tepi lorong masuk. Jalan tak berturap yer....yelah jalan dalam kebun. Boleh bawa masuk kenderaan korang sampai depan bangunan ini.  Memandu masuk tak sampai 10 minit pun tapi kena pandu kereta perlahan-lahan.  Hati-hati bila bertembung kereta di hadapan, salah sau kena mengalah. Bila nampak pintu ni, baru tersenyum lebar.


tempat viral raja buah, makan buah-buahan, kebun buah, raja buah

Kebun ni agak luas. Banyak juga pokok-pokok durian besar kecil semua ada.  Kalau pergi masa buah tengah lebat mesti seronok.  Masa kami di sini, dah tak banyak buah kelihatan di pokok-pokok.



tempat viral raja buah, makan buah-buahan, kebun buah, raja buah

Sempat pulak skodeng pokke kat batang pokok.  Korang nampak tak? Dulu masa Irfan kecil-kecil, dia memang suka tangkap pokke ni.  

tempat viral raja buah, makan buah-buahan, kebun buah, raja buah

Antara buah-buah durian yang ada. Kebanyakannya durian kampung.  Durian kawin ada juga tapi kata yang menjual tu, sebahagiannya di bawa daripada lokasi lain sebab dah tak banyak buah dari kebun itu sendiri.

tempat viral raja buah, makan buah-buahan, kebun buah, raja buah

Dapatlah buat rasa-rasa.  Kat sini ada pondok yang disediakan untuk pengunjung makan terus di kebun. Kami pilih beberapa biji durian yang kecil-kecil untuk dimakan terus sambil menikmati pemandangan hijau. Di sini, kalau durian yang korang pilih tu rosak, boleh terus tukar tapi kenalah maklumkan dulu pada tuannya.

tempat viral raja buah, makan buah-buahan, kebun buah, raja buah

Dapatlah juga beli untuk anak-anak.  Masuk terus dalam bekas, kurang sikit baunya dalam kereta.

tempat viral raja buah, makan buah-buahan, kebun buah, raja buah

Ada juga disediakan pulut dan santan untuk dimakan bersama durian.  Tapi bukan free yer, kenalah beli.  Makan berdua sahaja, okaylah.  

Bagi peminat durian, kalau dapat menikmati raja buah ni dalam kawasan kebun memang sangat menarik.  Kena plan lain dengan anak-anak untuk musim akan datang.  Bila masuk  kebun durian ni, terus rasa nak ada kebun sendiri...tak tahulah sempat atau tidak.

Buat korang nak cuba singgah sini bila tiba musim durian, akak kongsikan lokasinya. Sebelum pergi tu, pastikan korang call dulu no yang ada kat banner yang akak share di atas tu.  Takut nanti sampai, boleh tengok pokok saja pulak.


2 Comments

  1. Wah .. syok ... Baru feeling nikmati durian dalam dusun... Tapi saya dan family tak makan durian... Jadi, tak menikmati lah musim durian... Hehe

    ReplyDelete
  2. Musim durian kat jdt pun dan berakhir.
    Tunggu sebulan lebih lagi untuk musim 2nd beth pula

    ReplyDelete