Cerita Raya Kami - Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Baru ada kesempatan menjengok blog ni. Raya sakan ka korang semua? Kami macam biasa, setiap raya, membelah lebuh raya utara selatan. Tahun ni akhirnya, dapat kesempatan berbuka puasa hari terakhir bersama keluarga di Melaka, ganti tahun lepas punya planning. Nampak teratur sedikitlah raya tahun ni. Jomlah baca cerita raya kami, tapau terus.
Walaupun pada awalnya, nyaris juga pinda plan lagi sebab en suami tak sihat. Mujur dua hari terakhir Ramadan tu dia dah boleh bangun dan cergas bergerak semula. Akak ni dah buat plan A, B dan nyaris juga buat plan C. Hahaha....yelah dah cuti panjang, kenalah isi dengan aktiviti yang sesuai.
Tak Sah Tak Jem Kalau Sambut Aidil Fitri
Memang tak sah lah kalau highway tu tak bersesak-sesak dengan kenderaan. Perjalanan pulang ke Melaka, lancar sebab kami melawan arus. Kesian tengok kesesakan yang sangat teruk di laluan ke utara. Dalam hati memang dapat rasa, kami akan lalui juga nanti waktu nak pulang.
Kali ni dapat jumpa semua adik beradik, hampir semua anak saudara dan cucu saudara. Menu utama - rendang daging, ketupat nasi, lemang dan mee kuah. Penat tak tahu nak cakaplah bila tetamu yang datang silih berganti. Tak sempat nak siap basuh pinggan, datang lagi dan lagi sampaikan last sekali kami tak larat dah nak ke dapur.
Hari raya ke 2, bertolak balik ke utara. Asalnya rasa tenang jalan clear tapi lepas dua jam perjalanan, highway dah mula sesak dengan kenderaan. RNR jangan cakap lah, berbaris nak masuk. Mujurlah kami sekeluarga dah makan berat siap-siap sebelum bertolak.
12 jam perjalanan Melaka -Kulim. 1230 tengahari masuk tol Ayer Keroh, 1230 tengahmalam touch down depan pintu pagar rumah. Macam-macam cerita kami bualkan dalam kereta sampai takda idea dah nak sembang apa. Anak-anak bersambung-sambung tidur tapi tak sampai-sampai. Memandu dengan kelajuan 40km/jam memang sangat menjemukan. Tak salahlah kalau ada yang berselfie dalam kereta melayan jem.
Kamipun bertukar ganti memandu dan berehat. Mujurlah setahun sekali ja nak rasa macam ni.
Raya Ketiga - Balik Kampung Bakar Lemang
Bila beraya di kampung en suami, kami memang awal-awal dah dapat tugasan di dapur. Dek kerana kepenatan semalam belum hilang, kami listkan sahaja bahan utama untuk yang lain tolong sediakan. Menu utama - nasi daging arab, lemang, rendang ayam dan sup tulang. Ramai yer, memang kena banyak menu.
Samapai sahaja terus sinsing lengan bantu en suami. Mujur anak-anak saudara ramai, buat arahan seperti mandur sahajalah kami. Seperiuk besar nasi siap bersama acar timun dan air asam power, sekuali rendang ayam siap, seperiuk sup tulang siap dan akhir sekali 10 batang lemang siap dibakar. Huhu...mana datang kudrat pun tak tahulah. Yang penting semua perut minta diisi dan bila tengok semuanya berselera makan berulang-ulang, penat hilang entah kemana.
Begitulah kami. Cuba semampunya menggembirakan keluarga kedua-dua belah pihak. Raya ke 4 dah balik ke sarang semula dan sempat juga sediakan kari kambing dan speghetti bolognese untuk santapan adik beradik yang datang beraya.
6 Comments
kenangan tido reramai bentang tilam tu... hehehe sonok meriah adik badik raya sesama ye.. selamat hari raya kak :)
ReplyDeletememang meriah bila ramai-ramai balik kampung.
DeleteTahun ini lain macam semangat beraya. Memang pergi rumah orang ramai beraya.
ReplyDeleteSeronok bila jumpa saudara, kawan-kawan, tambah-tambah kalau dah lama tak jumpa
Deletebest meriah raya.... kadang kan ada kawan yang kampung dekat dia tnya, bestnya boleh rasa jem lama-lama, rasa nak cepuk je yang cakap gitu hahahhah
ReplyDeletehahaha....kan. Selalu bila hari pertama masuk opis lepas cuti raya, benda pertama jadi topik - berapa jam sangkut dalam jem.
Delete